Berapakah Panjang Artikel Blog Yang Sepatutnya?

berapakah panjang artikel blog yang berkualitiBagaimanakah menghasilkan penulisan yang baik?

  • Berapa patah perkataan yang diperlukan dalam artikel blog?
  • Berapa panjang sepatutnya anda tulis untuk pembaca dan dalam masa yang sama mesra SEO?
  • Artikel yang dalam bentuk panjang lebih bagus? Atau dalam bentuk point-point?

Sebenarnya tiada jawapan yang khusus, kerana ia bergantung kepada pendekatan anda.

Ada blogger suka menulis pendek, padat dan straight to the point.

Contohnya Pakdi (Suzardi Maulan) dan Seth Godin. Artikel mereka tulis adalah sekitar 100-200 patah perkataan.

Pada masa yang sama pula, ada blogger yang menghasilkan artikel panjang, terperinci dan banyak menggunakan analogi.

Contohnya Khairul Abdullah dan Tim Ferris,  dimana penulisan mereka adalah sangat terperinci dan panjang (adakalanya mencecah 5000 patah perkataan)

Darren Rowse pula menasihatkan supaya berhenti apabila sudah cukup.

Blogger-blogger yang disebutkan diatas mempunyai bilangan pembaca yang ramai dan sentiasa berkembang dari tahun ke tahun.

Jadi untuk menjawab persoalan ini sememangnya agak sukar.

Tetapi saya mempunyai point yang kukuh berkenaan topik ini, berdasarkan pengalaman, data, trend dan apa yang saya tahu mengenai jenis kandungan yang digemari oleh enjin carian (google terutamanya).

Sila baca dengan lebih lanjut.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Untuk Suka Sesuatu Yang Baru, Membosankan & Kita Tak Suka?

 mari mencuba sesuatu yang baru
Hidup ini terlalu singkat untuk kekal ditakuk lama.. cubalah untuk buat sesuatu yang baru [Bergambar bersama penduduk tempatan di Boracay, Manila]
Pernahkah anda memaksa diri untuk buat perkara yang anda tidak suka?

Pagi ini, subuh-subuh saya sudah keluar memancing walaupun saya tahu banyak orang bencikan aktiviti ini, namun saya suka. (pelik orang yang tak suka mancing ni.. best gila kot. haha)

Tetapi saya pula benci berlari dan berjogging, tapi ada orang lain yang sangat suka.

Tapi itu dulu.. sekarang saya sudah mula suka untuk bersenam.

Banyak juga perkara-perkara yang dahulunya saya selalu ingin elakkan, pada akhirnya saya jatuh cinta terhadap aktiviti tersebut.

Contohnya travel, joging, berenang dan minum teh. haha. ヽ(^。^)丿

Memancing, seperti juga aktiviti lain, kita akan berasa teruk pada mulanya.

Dan apabila ia menjadi semakin baik, apabila kita sudah terbiasa dengannya.

Apa yang kebanyakkan orang tak tahu, kita semua boleh belajar untuk menyukai apa yang kita anggap asing dan tidak sesuai dengan diri kita.

Bagaimana?

Baca Sepenuhnya

Formula Kejayaan: Lupakan Tentang Matlamat. Sebaliknya Fokus Kepada Proses

matlamat dalam kehidupan seharian

Kita ada banyak perkara yang ingin dicapai dalam hidup.

Mendapat tubuh badan yang sihat, membina perniagaan yang berjaya, membesarkan keluarga bahagia, menulis buku best selling, travel ke seluruh dunia..

.. dan sebagainya.

Dan untuk kebanyakkan orang, laluan kepada semua perkara-perkara ini adalah bermula dengan menetapkan matlamat.

Sekurang-kurangnya, ini adalah langkah yang paling asas bagaimana kita semua mengharungi kehidupan sebelum-sebelum ini.

Saya boleh menetapkan matlamat untuk sebeberapa banyak artikel nak saya tulis, ke negara mana saya ingin travel seterusnya, dan sebeberapa banyak client yang saya mahu dalam bisnes foto saya.

Tapi, apa yang saya mula sedar adalah;

— apabila ia menjadi sesuatu yang perlu disiapkan, maka kita perlu membuat kemajuan terhadapnya..

Dari sinilah bermulanya perbezaan diantara matlamat dan proses.

Biar saya jelaskan..

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Kita Boleh Tertipu Dengan Endowment Effect?

fenomena endowment effect dalam kehidupan seharian

Pernahkah anda ditawarkan harga yang tinggi untuk sesuatu benda, tetapi anda enggan menjualnya?

Saya pernah ditawarkan untuk menjual salah satu blog kelolaan saya pada harga RM5K. Tetapi saya enggan menjualnya kerana percaya nilainya adalah lebih tinggi.

Namun selepas itu saya berasa menyesal pula dengan keputusan itu. Tiada lagi tawaran lain yang datang selepas itu sehinggalah sekarang.

Saya terpedaya dengan fenomena endowment effect.

Baca Sepenuhnya