Bagaimana Untuk Menjadi Lebih Kreatif & Lebih Bijak?

kratif
campuran einstein dan yoda = hasil seni yang kreatif! * Einstein Yoda by Rabittooth

Creativity is just connecting things. When you ask creative people how they did something, they feel a little guilty because they didn’t really do it, they just saw something.

— Steve Jobs

Steve Jobs mungkin menjadi orang yang pertama terlintas di kepala kita bila bercakap mengenai kreativiti dan inovasi.

Menurut beliau, orang yang kreatif adalah orang yang  bijak menggunakan pengalaman. 

Pengalaman adalah adalah senjata rahsia untuk membuatkan proses menghubungkait menjadi lebih mudah.

Ini kerana orang yang mampu menghubungkaitkan pengalaman dan pengetahuan yang ada di kepalanya, akan dapat melahirkan idea baru.

Dan sebab mengapa seseorang itu mampu berbuat sedemikian adalah kerana dia mempunyai banyak pengalaman..

… dan memahami pengalamannya dengan dengan baik.

 

Bila sel-sel otak kita mula berhubung!

Pernahkah anda menonton iklan susu Anmum, yang dibintangi Wardina Saffiyah?

Dalam salah satu scene iklan tersebut, dia menyebut bahawa sel-sel otak anaknya telah berhubung.

Benar.

Sebenarnya pengetahuan sahaja adalah tidak berguna melainkan kita dapat membuat connection (hubungkait) diantara ‘perkara-perkara’ yang kita tahu.

Tidak kira walau apa pun terma yang anda gunakan;

… ‘pengetahuan’ ataupun ‘pengalaman’ untuk menerangkan perbezaan antara keduanya, konsepnya disini adalah kemampuan untuk membuat proses hubungkait (connection).

menjadi kreatif
menjadi kreatif dengan menghubungkait pengetahuan menjadi pengalaman

Ramai dari kalangan penulis yang hebat, artis dan saintis, menegaskan kepentingan untuk mengumpul idea dan pengetahuan daripada dunia disekitar kita…

… dan menghubungkan antara titik-titik ini untuk menjana pemikiran kreatif dan idea yang baharu.

 

Pengetahuan adalah seperti blok-blok LEGO

kreatif legoTitik-titik pengetahuan ini boleh dianalogikan sebagai building block LEGO.

Semakin banyak banyak building block yang kita ada, dan semakin pelbagai bentuk serta warna yang kita miliki.

Maka semakin menariklah istana yang akan dapat kita bina nanti.

Kerana jika kita hanya mempunyai satu jenis sahaja warna dan bentuk, ia boleh menjejaskan dan menghadkan apa yang boleh kita buat..

… walaupun ia dalam bidang kepakaran kita sendiri.

 

Mengapa otak kita perlu berkomunikasi dengan baik dengan dirinya sendiri?

Kepintaran adalah sesuatu yang terdapat diserata otak kita,  bukan hanya tertumpu di satu kawasan yang spesifik sahaja – menurut kajian yang dijalankan oleh California Institute of Technology.

Kajian ini menunjukkan bahawa otak bekerja secara agihan (distribute system).

“Several brain regions, and the connections between them, were what was most important to general intelligence,”

Kajian ini juga menyokong teori yang sedia ada mengenai kepintaran.

Teori ini menyatakan kepintaran adalah berdasarkan kemampuan otak kita untuk menarik dan mengintegrasikan pelbagai jenis proses.

Contohnya proses mengingat.

Kemampuan untuk menghubungkan diantara idea dan pengetahuan yang tersimpan didalam ingatan akan membantu kita berfikir dengan lebih kreatif dan menghasilkan kerja yang lebih berkualiti.

Ilustrasi dibawah saya perolehi daripada laman brainpicking.org, yang menerangkan bagaimana idea baru dan kreativiti terbentuk:

kreatif
kita menerima informasi, daripadanya kita membentuk pemahaman (insight) dan akhirnya idea baru bercambah
kreatif
Otak kita mengambil idea ini, daripada kita dan orang lain, dan menyimpannya didalam takungan minda kita.
kreatif
Pengetahuan-pengetahuan ini akan terampai didalam minda kita sehinggalah pada suatu masa nanti ia akan menemui alignment yang betul untuk menghasilkan idea baru. Sel-Sel otak telah berhubung!

 

Sebenarnya tiada pun satu idea yang original.

Saya baru selesai membaca buku karya Austin Kleon, Steal Like An Artist. 

Menurut Kleon, secara umumnya setiap idea baru yang lahir adalah campuran dan adunan satu atau lebih idea yang terdahulu.

Apabila ada orang mengatakan sesuatu karya itu “original”..

… sebenarnya sembilan per sepuluh daripada mereka, tidak mengetahui sumber rujukan atau sumber asal yang sebenar, yang terlibat sebelum karya itu tercipta.

Seorang artis yang baik memahami bahawa tiada yang datang/tercipta secara tiba-tiba.

Semua karya kreatif dibina berdasarkan hasil kerja yang telah wujud sebelumnya.

Pendek kata, tiada yang betul-betul original.

Salah satu contoh yang baik yang boleh kita lihat adalah genetik.

Anda mempunyai ibu dan anda juga mempunyai bapa.

Anda mewarisi ciri-ciri daripada mereka berdua, tetapi hasilnya adalah anda.

Ada sebahagian daripada sifat anda mewarisi ibu dan ada pula mewarisi sifat ayah.

Anda adalah hasil daripada campuran daripada ibu dan ayah, serta keseluruhan nenek moyang anda.

kreatif

Seperti genealogi keluarga, kita juga boleh untuk mempunyai genealogi pengetahuan.

Walaupuan anda tidak boleh memilih keluarga, namun anda boleh menentukan kawan, guru, muzik untuk didengari, memilih buku yang ingin dibaca, dan movie yang ingin ditonton.

Kita adalah campuran daripada apa yang pilih untuk masuk ke dalam kehidupan kita.

Kita adalah hasil daripada pengaruh kita.

We are shaped and fashioned by what we love.

Untuk menjadi kreatif, Kleon mencadangkan supaya:

  1. membawa buku nota kemana-mana sahaja
  2. membaca dengan banyak, tidak kira bahan bacaan digital atau buku

 

Mari mula menghubung dan menjadi lebih kreatif!

Disini saya menyenarai beberapa cadangan untuk meningkatkan kebolehan diri kita untuk membuat hubungkait.

Marikan jadikan sel-sel otak kita mula berhubung.

1. Selalu menambah ilmu pengetahuan 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, lebih banyak pengetahuan yang kita ada, lebih banyak connection (hubungkait) yang boleh kita lakukan.

Mulakan dengan melebihkan pembacaan, meluaskan subjek bacaan , dan explore peluang baru untuk mengumpulkan pengetahuan.

(sebagai contoh, mencuba pengalaman baru — travel, tambah kenalan, tambah hobi baru)

“Only completely new things cause strong activity in the midbrain area.” – Dr.Duezel

Jadi, dengan mencuba sesuatu yang baru dan memaksa otak kita untuk berfikir akan menambahbaik aktiviti otak kita secara dramatik.

Tahukah anda bahawa Warren Buffet menghabiskan 80% daripada masanya dengan membaca buku?

Mungkin agak mustahil bagi kita, tetapi kita boleh mencuba seboleh yang mampu. Contohnya 1 bab sehari.

Beli dan kumpul buku, walaupun anda masih belum berhajat untuk membacanya sekarang.

Ia adalah satu pelaburan yang paling baik dan paling bijak.

You have to be curious about the world in which you live.

Look things up. Chase down every reference.

Go deeper and Google everything. Dont ask a question before you Google it.

You’ll either find the answer or you’ll come up with a better question.

 

2. Simpan semua idea kita

Seperti yang dicadangkan oleh Kleon, bawa buku nota (atau telefon) kemana-mana sahaja.

Catatkan nota bila terfikirkan sesuatu atau terjumpa sesuatu yang menarik.

Jangan mengharapakan otak kita untuk mengingat segala benda.

Bantu otak kita dengan mencatatkan nota konsep atau idea penting yang terlintas didalam kepala.

Semasa anda melakukan ini, mungkin anda akan teringat nota sebelumnya yang berkaitan (lihat, anda telah pun membuat connection/hubungkait).

Catatkan juga hubungkait antara dua nota itu.

Membawa nota juga mungkin perlu ketika kita dalam bilik air.

Sebab kadangkala idea yang best tu selalu muncul ketika kita mandi mahupun sedang membuang ketulan toksik. Huhu.

 

3. Menyemak kembali nota kita setiap hari

Mengimbas kembali nota-nota kita yang telah kita catatkan dengan kerap, akan membantu kita recall dengan lebih mudah tatkala kita memerlukannya.

Baca secara ringkas apa yang telah anda catatkan sebelum itu..

… dan anda akan sedar dalam berlalunya waktu, anda telah menambah pengetahuan baru.

Dapat dapat kenalpasti apa yang boleh dihubungkan dengan nota yang lama.

In fact, ini adalah salah satu amalan rutin yang digunakan oleh Benjamin Franklin.

Setiap pagi dan setiap malam dia akan mengimbas kembali harinya, melihat kembali apa yang telah dia lakukan.

Penutup

Tugas kita sekarang adalah untuk menambah ilmu pengetahuan dan mengutip pengalaman sebanyak-banyaknya.

Sentiasalah bawa notebook dan pen kemana-mana sahaja kita pergi.

Biasakan diri untuk mengeluarkannya dan mencatat pemerhatian dan apa sahaja idea yang terlintas di fikiran kita.

Salin ayat yang kita suka daripada buku yang dibaca.

Catit perbualan yang kita terdengar.

Lukis doodle bila kita sedang bergayut di telefon.

— yang penting sentiasa lakukan perkara agar sel-sel otak kita berhubung sehingga mencetuskan idea baru!

Bacaan lain yang menarik mengenai topik ini boleh dibaca di, Stroke of Genius: Here’s how the most creative people get their ideas

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Husna Hasan
Nur Husna Hasan
9 tahun yang lalu

“Dont ask a question before you Google it. You’ll either find the answer or you’ll come up with a better question.”

Boleh tahu contoh situasi yang kita boleh apply benda di atas? Nak tahu penjelasan yang lagi jelas sebenarnya tentang quote tu

Inchenaim
Reply to  Nur Husna Hasan
9 tahun yang lalu

Maksudnya, jangan terlalu memikirkan sangat la benda tu, just google je.

Contoh macam kita sedang membaca satu buku, lepas tu kita terjumpa perkataan yang rarely used, let say “talisman” (cer google). Pasti macam-macam result yang kita akan jumpa.

Jadi dari situlah akan tercetus lagi soalan2 lain berkenaan dengan ‘talisman’ tu. Kita akan go deeper, kita akan google lagi. Jadi kita akan tahu lebih banyak la berkaitan topik tu.

Tujuan dia supaya question yang akan tercetus tu lagi meluas, sebab kalau kita terlampau fikirkan benda tu sebelum search, nnt persoalan mungkin jadi lebih sempit. kita akan google apa yang kita nak tahu je.

eh faham ke apa pakcik membebel ni? haha

Nur Husna Hasan
Nur Husna Hasan
Reply to  Inchenaim
9 tahun yang lalu

Ooo…faham2 pakcik…konsep yang saya pegang sebelum ni, cuba fikir dulu *sel2 otak berhubung masa tengah berfikir*, then bila dah buntu barulah ask mr.google, tapi tu pun bila betul2 ada banyak masa sangat nak berfikir, kalau tak memang google terus jugak ^_^

Inchenaim
Reply to  Nur Husna Hasan
9 tahun yang lalu

Haha.. bagus anak murid! syabbas beta!

Tapi, semua orang ada style tersendiri. Maybe awk ada cara sendiri kan.

Bagi saya, ini la cara untuk jadi lebih kreatif. :D

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading