Kita Adalah Apa Yang Kita Kongsikan

budayaSaya mempunyai seorang kawan yang memang selalu boleh diharapkan untuk mencadangkan buku yang bagus-bagus untuk dibaca.

Seorang lagi rakan saya pula, bukan sahaja sentiasa tahu apa perkembangan terbaru dalam dunia kamera..

.. malah dia sangat yakin dengan setiap apa yang dia rekemenkan.

Jika diperhatikan, memang ada sesetengah orang sentiasa suka berkongsi ilmu atau link artikel yang bagus dan sangat bernilai untuk dibaca.

Tapi malangnya, bagi kebanyakan orang lain pula, mereka masih lagi teragak-agak dan segan.

Baca Lagi

Apakah ‘Rahsia’ Dalam Menghasilkan Penulisan Yang Baik?

Penulisan yang baik
Penulisan yang baik adalah sesuatu yang perlu bagi komunikasi yang berkesan.

Penulisan yang baik adalah seperti matematik; ia perlulah logik dan teratur.

Ia mesti dirasakan solid oleh orang yang membacanya.

Penulis – insan bertanggungjawab untuk menghasilkan sebuah penulisan yang jelas dan boleh difahami.

Sebenarnya tiada formula yang khusus untuk menjadikan sesebuat penulisan itu teratur.

Apa yang berkesan buat saya (seperti yang dituliskan dalam artikel sebelum ini), mungkin sukar diikut oleh anda. Proses kegemaran kita mungkin berbeza.

Baca Lagi

Bagaimana Untuk Mengingat Apa Yang Kita Baca Dari Buku?

mengingat apa yang dibaca
Untuk mengingat apa yang dibaca memerlukan teknik * image by Unsplash

Membaca buku memang seronok dan bagus, tetapi kadangkala membuatkan saya frust.

Fed-up apabila maklumat atau informasi yang saya baca itu hanya ‘terapung-terapung’ dalam kepala  dan tak melekat dalam ingatan.

Lepas tutup buku, ‘aku baca pasai apa tadi eh?’

Baca Lagi

Konsep Ikigai – Apa Tujuan Hidup Kita Bangun Setiap Pagi?

tujuan hidup
Pasti ada tujuan hidup kita bangun setiap pagi * by eleanor davis

Mempunyai tujuan (sense of purpose) adalah penting untuk kehidupan kita.

Okinawa adalah kawasan yang paling selatan di Negara Jepun dan meliputi ribuan pulau kecil yang menjadi titik-titik kecil pada kebiruan lautan Pasifik.

Pulau-pulau ini menjadi tempat tinggal kepada orang yang paling sihat dan gembira di planet ini.

Baca Lagi

Bagaimana Untuk Menjadi Lebih Kreatif & Lebih Bijak?

kratif
campuran einstein dan yoda = hasil seni yang kreatif! * Einstein Yoda by Rabittooth

Creativity is just connecting things. When you ask creative people how they did something, they feel a little guilty because they didn’t really do it, they just saw something.

— Steve Jobs

Steve Jobs mungkin menjadi orang yang pertama terlintas di kepala kita bila bercakap mengenai kreativiti dan inovasi.

Menurut beliau, orang yang kreatif adalah orang yang  bijak menggunakan pengalaman. 

Pengalaman adalah adalah senjata rahsia untuk membuatkan proses menghubungkait menjadi lebih mudah.

Ini kerana orang yang mampu menghubungkaitkan pengalaman dan pengetahuan yang ada di kepalanya, akan dapat melahirkan idea baru.

Baca Lagi