• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Inche Naim

Blog Muhamad Naim

  • Home
  • Penulis
  • Arkib
  • Show Search
Hide Search
Home » Kehidupan » Status Sweet di Facebook?

Fakta: Selalu Update Status Sweet di Facebook Adalah Sejenis Sakit Mental

Dikemaskini pada 13 October, 2017 Bacaan 2 minit

status sweet di facebook

Pernah rasa menyampah dengan sesetengah orang di Facebook?

Kita semua pasti pernah melihat ada sesetengah pasangan yang gemar membanjiri media sosial seperti Facebook dengan gambar percutian romantis mereka, keluar dinner, berjalan-jalan, di rumah..

… malah gambar ketika tidak melakukan apa-apa juga pun di update.

Saya rasa anda sudah faham apa yang saya maksudkan disini.

Update status sebegitu memang tidak menjadi isu.

Tetapi, apabila ia sudah mula menjadi satu obsesif, setiap masa mahu memaparkan “moment sweet” bersama pasangan di Facebook, ia memang akan menjadi sesuatu yang sangat menjengkelkan.

Sebenarnya terdapat sebab psikologi disebalik perkara ini.

Disini terdapat video dari Science of Us yang menerangkan mengapa fenomena ini terjadi:

Anda mungkin pernah melihat orang jenis ini:

Orang yang suka update gambar profile mereka kepada gambar bersama pasangan, yang konon-kononnya sweet atau memuatnaik video ke Instagram setiap hari.

Anda mungkin merasa jengkel lebih daripada sekali oleh gelagat mereka-mereka ini.

Dengar:

Ada satu benda yang anda harus sematkan; rileks, anggaplah ia bukan sesuatu perkara yang buruk.

Saintis merujuk kelakuan ini berkaitan dengan penyakit psikologi yang dipanggil Relationship-Contingent Self Esteem (RCSE).

Fenomena ini sering merujuk kepada individu yang mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah secara amnya.

Dan ia juga lebih cenderung terjadi kepada mereka yang mempunyai kesukaran untuk meluahkan ekspressi perasaan mereka dalam dunia yang nyata.

Dan juga kepada orang-orang yang mempunyai kebimbangan sosial yang tinggi pada umumnya.

Sudah tentu, memang perkara ini nampak buruk..

Tetapi dalam dunia realiti:

Semua kemas kini status mungkin menjadi salah satu cara bagi kebanyakkan orang untuk berkongsi kehidupan dengan orang yang penting kepada mereka.

Dan juga mungkin sebagai salah satu cara “mengesahkan” kebahagiaan mereka dengan pasangan.

Maka ya.. mereka mungkin sebenarnya memang benar-benar gembira. Ini mungkin menjadi sejenis terapi kendiri buat diri mereka sendiri.

Mungkin ia menimbulkan rasa menyampah, tetapi anda sentiasa mempunyai kebebasan untuk unfollow atau unfriend mereka.

Tenang saja dong..

… walaupun Twitter atau Facebook feed anda “dikotori” oleh benda-benda lucah sebegini, tapi cubalah bergembira sekejap atas kebahagiaan orang lain, dan teruskan untuk scroll.

Berilah peluang kepada mereka untuk menunjukkan mereka bahagia :-)

Rujukan:

  • There’s a Scientific Reason Facebook Couples Post Nauseating Status Updates | The Science of Us

kongsikan:

  • Tweet
  • WhatsApp

Artikel berkaitan:

Sosial

Tinggalkan Komen..

2 Komen pada "Fakta: Selalu Update Status Sweet di Facebook Adalah Sejenis Sakit Mental"

avatar
avatar
komen terbaru komen terdahulu
aziana
Tetamu
aziana

Saya tiada masalah awak nak post apa, janji ianya berunsur positif :)

Balas
7 bulan yang lalu
Muhamad Naim
Penulis
Muhamad Naim

Ya betul. Kena betulkan perspektif kita.

Balas
7 bulan yang lalu

Primary Sidebar

Artikel Popular

  • Nota & Tips Memilih Joran Casting Terbaik
    Nota & Tips Memilih Joran Casting Terbaik
  • Memancing: Casting Siakap Merah & Siakap Putih
    Memancing: Casting Siakap Merah & Siakap Putih
  • Panduan dan Itinerari Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh, Vietnam
    Panduan dan Itinerari Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh, Vietnam
  • Panduan Lengkap Memilih Reel Baitcaster
    Panduan Lengkap Memilih Reel Baitcaster
  • Sejauh Manakah Kematangan Anda?
    Sejauh Manakah Kematangan Anda?
  • Teknik Asas Cara Menggayakan Gewang Soft Plastic
    Teknik Asas Cara Menggayakan Gewang Soft Plastic
  • Tips Memilih Gewang Terbaik Untuk Air Keruh & Air Jernih
    Tips Memilih Gewang Terbaik Untuk Air Keruh & Air Jernih
  • Teknik Casting Kerapu Menggunakan Gewang
    Teknik Casting Kerapu Menggunakan Gewang
  • Memang Sakit Untuk Berharap, Namun Lebih Melukakan Jika Tidak Mahu Melepaskan..
    Memang Sakit Untuk Berharap, Namun Lebih Melukakan Jika Tidak Mahu Melepaskan..
  • Pakej Percutian Muslim Ke Korea
    Pakej Percutian Muslim Ke Korea
  • View inchenaim’s profile on Facebook
  • View inchenaim’s profile on Twitter
  • View inchenaim’s profile on Instagram
  • View muhamadnaimabdmanaf’s profile on Google+
  • View inchenaim’s profile on Tumblr

Blog ini ditulis dengan oleh Muhamad Naim