Bagaimana Memilih Snap Swivel Terbaik Untuk Gewang?

snap swivel untuk gewang

Dalam dunia casting, snap swivel merupakan satu alat yang penting.

Snap swivel atau juga dikenali sebagai “cili” di negara kita, akan memudahkan kerja kita memasang dan menukar gewang.

Penggunaan snap juga akan membuatkan gewang beraksi lebih baik berbanding diikat terus pada tali. Selain itu, ia mengelakkan tali dari terbelit pada gewang.

Terdapat banyak jenis dan bentuk snap swivel di pasaran.

Kita perlu memilih snap mengikut keperluan dan kesesuaian gewang dalam memburu sesuatu spesis atau keadaan tertentu.

Tips: kekal aksesori kita seringkas yang mungkin. Semakin ‘meriah’ aksesori digunakan, ia akan menakutkan ikan.

Dibawah ini saya senaraikan jenis-jenis snap yang biasa ditemui di kedai pancing.

Duo-Lock Snap

duo-lock snap

Kelebihan: Mudah dibuka dan ditutup. Profil yang bulat memberikan aksi gewang yang baik.

Kekurangan: Kerap terkangkang bila berlawan ikan besar

Tips: Bengkokkan sedikit cangkuk snap ini ke dalam. Ini akan membuatkan snap tersebut sukar dibuka, tetapi mengurangkan kejadian terkangkang.

Sesuai untuk: Pancingan ultralight hingga medium heavy.

Coast lock Snap

coast lock snap

Kelebihan: Boleh didapati dalam pelbagai jenis saiz. Mudah ditutup

Kekurangan: Sukar dimasukkan ke dalam gelung gewang yang tersembunyi ke dalam. Contohnya popper bermulut cawan.

Tips: Kadangkala, akan ada bucu tajam pada hujung dawai. Pastikan anda menumpulkan bahagian ini untuk mengelakkan kecederaan.

Sesuai untuk: Laut persisiran

Hooked Snap

hooked snap

Kelebihan: Mudah digunakan. Rekabentuk pintar.

Kekurangan: Sukar dijumpai di kedai. Berkekuatan sederhana.

Tips: Jangan buka snap ini melebihi apa yang anda perlukan. Pembengkokan berulang akan melemahkan wayar.

Sesuai untuk: Pancingan light hingga sederhana.

Fastlink Snap

fastlink snap

Kelebihan: Berkebolehan kalis sangkut.

Kekurangan: Pilihan saiz yang agak terhad. Sukar atau mustahil untuk digunakan dengan gewang yang mempunyai gelung ikatan yang tersorok.

Tips: Tiada pembukaan atau penutupan untuk snap ini. Hanya sisipkan gelung ikatan di bawah klip dan tarik.

Sesuai untuk: Pancingan pantai.

Cross-Lok Snap

cross lok snap swivel

Kelebihan: Sangat kuat

Kekurangan: Sukar digunakan dengan gewang yang mempunyai gelung ikatan yang kecil.

Tips: Untuk menutupnya, pastikan ia disambung dengan selamat di bahagian paling atas wayar dan bukan hanya di bahagian bawah.

Sesuai untuk: Tali berkekuatan tinggi dan peralatan kuat.

 

Penutup

Ini adalah sebahagian snap swivel yang biasa digunakan untuk gewang.

InsyaaAllah, artikel ini akan diupdate dari masa ke semasa selepas saya menguji snap dari jenis yang lain pula.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

6 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
zul
zul
5 tahun yang lalu

assalamualaikum tuan,
Saya ingin bertanya, adakah bersesuaian untuk menggunakan DUO LOCK SNAP tanpa menggunakan SWIVEL sekiranya saya menggunakan spinning reel.

zul
zul
Reply to  Muhamad Naim
5 tahun yang lalu

Jika saya menggunakan gewang SP (minnow, grub atau shrimp) dengan kaedah ini, adakah gewang saya akan berputar didalam air? Jika berputar, tidakkah ini akan mengurangkan ransangan gewang terhadap ikan.

Zul
Zul
Reply to  Muhamad Naim
5 tahun yang lalu

Terima kasih tuan. Info yg berguna utk saya.

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading