• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Inche Naim

Blog Muhamad Naim

  • Home
  • Penulis
  • Artikel
  • Show Search
Hide Search
Home » Kehidupan » Melepaskan

Memang Sakit Untuk Berharap, Namun Lebih Melukakan Jika Tidak Mahu Melepaskan..

Dikemaskini 2 November, 2018 Bacaan 7 minit

Melepaskan masa lalu

Sedih kan bila yang kita impikan tak jadi..?”

Memang menyedihkan..

.. tapi itulah realiti kehidupan.

Jalan kehidupan kadangkala memang tidak seiringan dengan apa yang kita idamkan.

Ada banyak perkara dalam kehidupan yang diluar kawalan kita. Kadangkala, sesuatu perkara itu memerlukan kita untuk mengalah.

People and circumstances come and go.  Life doesn’t stop for anybody.

Kehidupan kadangkala akan menolak kita jatuh ke bawah tanpa belas kasihan..

Sometimes the things you love break you.

And sometimes, you break the things you love.

Kenapa Kita Selalu Terluka? Kerana Kita selalu berharap kepada perkara yang salah..

Kekecewaan terbesar dalam hidup kita selalunya berlaku apabila kita meletakkan harapan pada tempat yang salah.

Perkara ini selalunya benar bila ia melibatkan hubungan kita dengan orang lain.

  • Berapa ramai yang remuk rendam hatinya akibat kecewa kerana tidak mendapat kesetiaan yang diharapkan?
  • Berapa ramai yang menderita dihantui bayangan masa lalu yang mengguris hati?

Kita lupa kita hanya mampu merancang:

Sehebat mana pun perancangan kita sebagai manusia, jangan terlupa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.

Dan bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita tersungkur tidak mampu berdiri.

Kita hilang harapan dan hilang punca. Kita hampir putus asa.

Seolah-olah itulah penamat.

Kerana apa?

Kerana kita letakkan terlalu tinggi keyakinan pada manusia. Hampir 100%.

Kita tidak sedar bahawa manusia boleh pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang diberikan.

People are constantly changing and growing. Jadi, jangan buat diri kita terikat dengan bayangan seseorang dari masa silam.

Belajarlah untuk melepaskan duka. Sekalipun kau rasa ia seringkali merabakkan di jiwa..

Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.”

– Surah Al-Hadid: 23

Rahmat Allah itu sangatlah luas.

Selagi kita diberikan nafas, kita selalu berhak untuk bahagia.

Masa silam telah berlalu. Kita sentiasa boleh mula kembali.

Kita sentiasa ada peluang untuk muhasabah dan memikirkan kembali setiap tindakan kita, dan teruskan membuat perkara tepat selagi berpeluang.

Kita mungkin mencintai orang yang salah dan terluka kerana itu, tapi kadangkala pilihan salah tersebutlah yang akan membawa kita ke tempat yang betul

Melepaskan pergi apa yang kita sayang memang sangat menyakitkan.

Betapa pilunya hati pasti akan membuatkan kita menangis.

Namun bertabahlah..

Proses move on kadangkala sangat menyakitkan, tetapi tiada yang lebih menyakitkan dalam kehidupan ini berbanding terperangkap dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita.

Kita akan belajar daripadanya.

Kita pasti tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama dalam kehidupan ini.

One of the most rewarding moments in life is when you finally find the courage to let go of what you can’t change.

Serius, hati tidak akan tenang bila selalu mengenang.

Banyak memori di masa lalu yang kita harap dapat dihapuskan, tetapi ia mustahil. Let it be.

Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan masa depan yang lebih bermakna dan lebih baik.

Oleh itu, persiapkan diri untuk menjadi lebih baik.

Siapa tahu esok ada yang lebih indah? kena terus berdoa.

Bila kita melepaskan, kita akan membuka ruang kepada perkara yang lebih baik untuk hadir dalam kehidupan kita.

Kasih sayang Tuhan itu ditunjukkan dalam pelbagai cara.

Antaranya adalah dengan ujian.

Kadangkala takdir tidak memerlukan kita untuk faham mengapa dan kenapa.

Apa yang kita perlu adalah menerima dengan redha.

Kadangkala, untuk jiwa kita menjadi kuat, ia perlu diuji.

Kadang ujian itu akan buatkan hati kita hancur.

Mungkin Allah akan biarkan hati kita hancur berkali-kali sampai kita rasa tak ada lagi harapan di dunia ini.

Dan itu akan membuat kita punya harapan hanya untuk Allah saja.

— Tapi dari hati yang hancur tu kita akan menjadi lebih baik..

Kadang bila Tuhan ingin memberi sesuatu, ada yang perlu kita lepaskan.

Kita sebagai manusia, harus redha.

Just believe that Allah always gives something good to us.

Even if it’s not good now, it will be good soon enough.

Maka belajarlah melepaskan, inshaAllah jika kita redha, pasti ada yang lebih baik.

Menyembuhkan Luka Di Hati Memerlukan Masa.. Bersabarlah.

Walaupun dia manusia terkuat, dia tetap juga masih mempunyai kelemahan.

Saya tahu perasaan awak takut dan tidak pasti. Hati awak keliru.

Tapi awak perlu melepaskan masa silam pergi.

Selagi awak masih cuba bertahan semata-mata takut untuk melepaskan, selagi itu kebahagiaan sebenar tak akan kunjung tiba.

Kerana sekuat apa kita mahu sesuatu itu kekal, jika ia pergi ia akan pergi.

Past is just something we can’t do anything about.

Lalu lepaskanlah..

Kerana takdir bukan sesuatu yang kita kawal.

Melepaskan masa silam pergi

Percayalah:

Tuhan takkan saja-saja letak kita di suatu tempat dan hadapkan kita dengan satu-satu suasana tanpa sebab yang baik.

Mesti ada hikmah kenapa Tuhan atur jalan hidup kita begini begitu.

Jadi mari kita buat apa yang terbaik kita dapat buat.

Hakikatnya, setiap perkara melukakan kita pada hari ini hanya akan membuatkan kita lebih kuat pada akhirnya.

Kadang, proses patah hati lah yang akan membuatkan kita sedar, dan membantu kita melihat bagaimana hubungan kita dengan Tuhan selama ini.

Redha tentang semua perkara yang terjadi, dan lakukan apa yang terbaik dengan kehidupan sekarang.

Future, who knows, it could be wonderful.

Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita.

Kerana setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita itu, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita..

Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya?

Trust in Allah timing. Rely on His promises.

Jangan pernah menyesal dengan pilihan dalam kehidupan, walau pilihan itu menyebabkan kita terluka.

Yang perlu kita cari adalah hikmah & pengajaran di atas pilihan yang telah dibuat, apabila kita merasa kecewa.

Serahkan keyakinan kita hanya pada Allah.

Percaya dengan segala ketentuan Allah. Dia tahu apa yang terbaik.

melepaskan kisah lampau

Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.

Tapi berdoalah.

Kadang kala Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Dia hanya mahu kita sabar dan solat (serta berdoa).

Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”

– Surah Al-Baqarah: 286

Sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup.  

Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.

Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman..

.. yang lebih matang tentang kehidupan.

Mukmin yang kuat kita adalah seorang yang tidak mudah dikalahkan dengan cabaran dan ujian dalam kehidupan.

Orang beriman tidak mudah dipatahkan dengan dugaan permainan hati dan perasaan.

Hatinya tetap teguh yakin kepada Allah.

Mungkin ada masanya kita akan kecewa, sakit, dikhianati.

Tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.

Orang mukmin yang kuat melihat setiap perkara itu adalah satu cara mendidik hati agar sentiasa bersyukur dan sabar.

melepaskan masa silam untuk bahagia
Serahkan hati ini pada Allah. Biar dia jagakan. Dia akan berikan kebahagiaan hati saat kita sudah benar-benar sudah bersedia. Lupakan kesakitan semalam. Bangkitlah untuk hari ini dan hari-hari yang akan datang..

Orang yang dalam jenis ni, dia terima sesuatu musibah tu dengan rasa gembira. Macam kanak-kanak dapat gula-gula atau lebih lagi dari itu.

Dan dia menganggap, jika dia bersabar, Allah akan angkat darjat dia.

Menyerah kepada setiap takdir Allah bukanlah sifat pengecut, tetapi yakin ada kebaikan yang menunggu dihujung jalan

Melepaskan bukan bermakna kita sudah berputus asa.

Melalui itu lah kita dapat melihat kekuatan sebenar diri kita.

Dan InsyaaAllah kita semua adalah mukmin yang kuat!

Nota:

  • Saya ada menulis banyak artikel sebegini di blog saya satu lagi, akuislam.com. Mungkin anda boleh ke sana untuk melayari artikel yang mungkin boleh membantu anda.
  • Terima kasih kepada sahabat saya juga admin akuislam, Sederhana Indah, kerana sesetengah quote dalam artikel ini memetik nota beliau.

kongsikan:

  • Tweet
  • WhatsApp

Artikel berkaitan:

Kekuatan Move On

49
Tinggalkan Komen..

avatar
21 Comment threads
28 Thread replies
18 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
avatar
Faridahamran
Tetamu
Faridahamran

Macam mana nak selesaikan masalah jika seseorang mnipu kite..but its hurt if kite melepaskan .. sedang kan kite telah usaha kan untuk terus kekal

Balas
3 hari yang lalu
Khaty Dee
Tetamu
Khaty Dee

Bertahan hanya akan menambah parah kelukaan… percayalah semua kejadian berhikmah dan tanpa anda sedari sebenarnya Tuhan menduga untuk memberi kekuatan…

Balas
3 hari yang lalu
Muhamad Naim
Penulis
Muhamad Naim

Everything is changing. So we too, must change. Must adapt. Create a new version of ourselves.

No time for looking back. Make improvement.

Yes, letting go is hurt. Sure you’re gonna cry.

But you’ll move on and you’ll learn from it and you’ll never make the same mistake again.

Balas
2 jam yang lalu
anis (copie)
Tetamu
anis (copie)

Thank you so much for this. I’m 21. I’m going through a break up abt 2 months now but it hurts. I’m left feeling unwanted and like a loser. No matter how many people I talk to, I still feel the same. The pain hurts me more as I always feel like I’m at fault (altho thr was no third party involved.) It hurts even more to see him happy on socmed. I’m currently trying my best to love myself and better myself. Most importantly trying to find the good in things that happened and learning on how to redha and accept everything. thank you naim

Balas
26 hari yang lalu
Muhamad Naim
Penulis
Muhamad Naim

Letting go is hurt. Sure you’re gonna cry.

But you’ll move on and fine.

Life goes on,even if it’s not go the way we want it to. But Allah is always with us, so, pray for the best, and let it flow

Anything that might hurt you would just make you stronger in the end. :-)

Balas
2 jam yang lalu
Totally hurt
Tetamu
Totally hurt

Byk jugak artikal saya cari dan baca.
Semangat saya hilang, saya hampir give up. Rumah tangga yg kami bina selama 7tahun hampir retak, sbb dia curang. Sedangkn saya susah payah mengurus kn segalanya. Dia pernah sakit hampir susah utk berjalan, sya berkorban utk dia, susah senang saya bersama dia. Akhirnya dia curang dgn. Saya dah tak percaya dkt dia wlpun dia cuba utk tebus kesalahn dia. Saya sgt terluka, saya syg dia dlm masa yg sama sya sgt terluka.. Susahnya nak move on.. Saya hampir meroyan.. Memikirkn tentang mereka berdua.. Allah.. 😔😔

Balas
1 bulan yang lalu
Muhamad Naim
Penulis
Muhamad Naim

Manusia akan matang seiring waktu dan perkara-perkara yang berlalu akan berganti dengan yang lebih baik, inshaAllah.

Tabah dan kuatlah.

Puan pasti akan jumpa hikmah disebalik semua ini :-)

Balas
2 jam yang lalu
Nur ilyana ng bte abdullah
Tetamu
Nur ilyana ng bte abdullah

terima kasih atas nasihat diatas..semua itu kena mengena dengan aku yg tengah kecewa dan dlm farsa yg menyakitkan…aku harap dapat keluar dr tempoh sakit ini dgn segera ..aku dah macam org yg tidak mampu berfikir selain tidur dan menangis…aku memerlukan seseorg memelukku dan bg kekuatan tp tak ada siapa..saya betul betul sakit…aku telah meletakkan harapan yg terlalu tinggi kpd nya sehingga aku jatuh dan tak mampu bangun lg…aku harap dia pujuk balik tp tidak dia diam seribu bahasa..bukahkah itu kejam namanya…

Balas
2 bulan yang lalu
Muhamad Naim
Penulis
Muhamad Naim

Life is about making choices.

You make a choice, face the result, and keep moving on no matter what. If you stay behind, you’ll lose.

Kalau tak dihargai, buat apa nak berterusan menghargai lagi? Kalau sering dilukai, buat apa nak berterusan menggenggam lagi?

Don’t give your heart and your love to anyone who doesn’t care about you.

Balas
1 bulan yang lalu
Gadis yang sakit hati
Tetamu
Gadis yang sakit hati

Seperti apa yg terjadi kepada saya, sekarang ini saya sambung degree di pusat pngajian yg sama semasa saya dploma. Saya sudah menaruh hati kepada 3 lelaki (A,B,C) ini kerana mereka pandai kerana saya mudah trtarik kepada mereka yg pandai, dan ketiga-tiga mereka ini juga merupakan kawan saya dan kami sama program. Untuk pengetahuan pnulis, saya berkenalan trlebih dahulu dgn lelaki A dan kami pun berkawan sperti biasa dan saya ada mmberitahu dia bahawa saya ada menaruh hati kepada yg lelaki B dan C ini dan dia pun faham tetapi perasaan dia ttp sama terhadap saya ini kerana dia juga sukakan saya dan saya lega mmberitahu dia akan perasaan saya trhadap 2 lelaki itu tadi agr dia tidak berasa sedih atau kecewa di kmudian hari. Sekarang ini saya smbung degree pula dan ketiga-tiga mereka ini jg mnymbung di tempat pngajian yg sama, sejak itu saya mula perasan hati saya melebih kepada lelaki B ini, dan saya juga mnyatakan perasaan saya itu trhadap lelaki A itu td kerana kami trlebihi dahulu berkenalan berbanding yg 2 org tu. Selepeas saya berterus terang dgn dia, dia mnyatakan yg dia agk sedih sdkit dgn berita itu namun dia tidak la trlalu sedih sgt kerana saya telah mmberithunya trlebih dahulu dan saya tidak mahu dia terasa ati di kmudian ari, kerana saya sgt mnjaga ati kawan2 saya. Setelh tu kami berkenalan la antara saya dgn lelaki B tu, dan dia pon mnunjukkn minat terhdap saya kerana kami sering kali kerap berwhatsapp brtyakan perihal2 harian dan juga… Baca Selanjutnya »

Balas
2 bulan yang lalu
Muhamad Naim
Penulis
Muhamad Naim

Pain comes in all forms and sometimes the best way to overcome it is to just go through it.

Sometimes you just need to lies to yourself, to your feelings, to your heart, and move on.

There are things you’ll never forget. But you won’t make it anywhere if you keep thinking about it. Try to live, don’t think too much of it.

You’ll be okay. You’ll be fine. :-)

Balas
2 bulan yang lalu

Primary Sidebar

Artikel Popular

  • Teori Pasang-Surut: Memahami Waktu Terbaik Untuk Memancing
    Teori Pasang-Surut: Memahami Waktu Terbaik Untuk Memancing
  • Nota & Tips Memilih Joran Casting Terbaik
    Nota & Tips Memilih Joran Casting Terbaik
  • Sejauh Manakah Kematangan Anda?
    Sejauh Manakah Kematangan Anda?
  • Memang Sakit Untuk Berharap, Namun Lebih Melukakan Jika Tidak Mahu Melepaskan..
    Memang Sakit Untuk Berharap, Namun Lebih Melukakan Jika Tidak Mahu Melepaskan..
  • Bagaimana Memilih Nama Domain Yang Tepat Dan Sesuai?
    Bagaimana Memilih Nama Domain Yang Tepat Dan Sesuai?
  • Teknik Memancing Ikan Haruan Secara Casting
    Teknik Memancing Ikan Haruan Secara Casting
  • Berapa Lama Sepatutnya Tempoh Tidur Kita Setiap Malam?
    Berapa Lama Sepatutnya Tempoh Tidur Kita Setiap Malam?
  • Panduan dan Itinerari Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh, Vietnam
    Panduan dan Itinerari Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh, Vietnam
  • Memancing: Casting Siakap Merah & Siakap Putih
    Memancing: Casting Siakap Merah & Siakap Putih
  • Pakej Percutian Muslim Ke Korea 2019
    Pakej Percutian Muslim Ke Korea 2019
  • View inchenaim’s profile on Facebook
  • View inchenaim’s profile on Twitter
  • View inchenaim’s profile on Instagram
  • View muhamadnaimabdmanaf’s profile on Google+
  • View inchenaim’s profile on Tumblr

Blog ini ditulis dengan oleh Muhamad Naim