Langit Yang Tak Punya Garisan

Langit Yang Tak Punya Garisan

Senja selalu punya cara untuk membuatkan kita merasa kerdil.

Apabila warna biru perlahan-lahan disapu oleh jingga, ada satu jenis rasa sepi yang mula menyerap masuk ke dalam jiwa. Ia bukan sepi yang kosong, tetapi sepi yang sarat dengan bayang-bayang lama.

Sering kali, di bawah langit yang sedang bertukar warna itu, kita terperangkap dengan kerinduan terhadap kenangan lama.

Ya, mengenang itu tidak salah.

Ia adalah bukti bahawa kita pernah hidup, pernah merasa, dan pernah memiliki sesuatu yang sangat berharga.

Namun, memori mempunyai dua sisi yang tajam.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Untuk Redha Dengan Takdir?

Tidak mengapa jika rasa sedih, rasa down atau rasa tak terdaya.

Kadang, semua tu yang bawa kita pada Allah.

Bila kita menangis dan tak berdaya, itu la tandanya kita ni hanya seorang hamba.

Didik diri macam mana kecewa pun dengan hidup, macam mana tertekan pun dengan ujian, kena kuatkan iman. Cari Allah semula walau kau rasa kau teruk sebab cari Allah masa kau susah je. Tapi, sekurang-kurangnya kau tahu yang akhirnya kau kena balik pada Allah.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Untuk Memaafkan Orang Lain?

Memaafkan orang lain

Saya mempunyai masa lalu yang buruk dan tidak mudah untuk memaafkan serta melupakan.

Saya sudah berusaha sedaya upaya untuk memaafkan orang tersebut, tetapi saya masih tidak mendapat ketenangan.

Saya sudah tidak tahu apa yang harus saya lakukan.

Mengapa begitu sukar untuk memaafkan orang? Dan mengapa sukar bagi saya untuk melupakan masa lalu.

Apa patut saya buat?

Baca Sepenuhnya

Memang Sakit Untuk Berharap, Namun Lebih Melukakan Jika Tidak Mahu Melepaskan..

Memang menyedihkan..

.. tapi itulah realiti kehidupan.

Jalan kehidupan kadangkala memang tidak seiringan dengan apa yang kita idamkan.

Ada banyak perkara dalam kehidupan yang diluar kawalan kita. Kadangkala, sesuatu perkara itu memerlukan kita untuk mengalah.

People and circumstances come and go.  Life doesn’t stop for anybody.

Baca Sepenuhnya