Bagaimana Untuk Redha Dengan Takdir?

Tidak mengapa jika rasa sedih, rasa down atau rasa tak terdaya.

Kadang, semua tu yang bawa kita pada Allah.

Bila kita menangis dan tak berdaya, itu la tandanya kita ni hanya seorang hamba.

Didik diri macam mana kecewa pun dengan hidup, macam mana tertekan pun dengan ujian, kena kuatkan iman. Cari Allah semula walau kau rasa kau teruk sebab cari Allah masa kau susah je. Tapi, sekurang-kurangnya kau tahu yang akhirnya kau kena balik pada Allah.

Terkadang dalam hidup ni kita rasa seakan nak putus asa tapi kemudian kita tersedar yang rahmat Allah itu luas. Life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places. Have faith and trust in Allah.

“Kau tak tempuh apa yang aku lalui. Kau tak rasa apa yang aku rasa.”

Aku mungkin tak rasa apa yang kau rasa. Aku mungkin tak lalui apa yang kau dah lalui. Bak kata kau, dunia setiap orang tak pernah sama.

Tapi entah macam mana, aku yakin kau mesti boleh tempuh dan rempuh masalah tu. Keep being strong. Mana sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (Al-insyirah: 5-6)

Walau mendung langit Tuhan tak bermakna ini adalah pengakhiran kerana mungkin itu petanda kepada satu permulaan. Permulaan kepada kehidupan dan kebahagiaan.

Terkadang di saat kita hampir mendapat sesuatu dan ia gagal di saat-saat akhir, kita terus kecewa dan berputus asa. Percayalah bahawa perkara buruk yang terpaksa ditempuhi adalah ujian yang telah ditetapkan.

Maka, percaya dan yakin pada Allah.

Jika kamu orang yang beriman, kamu pasti percaya kepada ketentuan.

Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.

Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau terduduk, membuat kau menangis dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.

Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang.

Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.

Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.”

— Al-Mulk: 1-2

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

— Al-Ankabut: 2-3

Bagaimana Maksud Bahagia Itu?

Saya ini tidaklah pendai menilai, cuma berkongsi rasa yang pernah dirasa dan mungkin ada yang berperasaan macam saya.

Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.

Saya ni manusia, saya menulis ini tentang jalan yang saya lalui.

Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.

Moga hati tenang selalu.

Pada akhirnya semua akan bahagia. dan ia bergantung kepada bagaimana kamu memandang bahagia itu dan bagaimana kamu berusaha mencari bahagia itu.

Bagaimana Untuk Redha Dengan Sebenar-Benarnya?

Selamilah dasar hati kita, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat redha.

Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka.

Sesungguhnya apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah lebih mengetahui apa yang ’sesuai’ untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci daripada cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.

Sebagai manusia biasa ada kalanya kita ‘tidak terima’ dengan apa yang terjadi pada diri.

Tetapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras, hanya ‘terkejut’ dipuncaknya, kemudian surut dengan perasaan redha atas ketentuan-Nya.

Firman Allah:

Allah pun redha ke atas diri mereka dan mereka pun reda dengan pemberian-Nya.”

— Surah Al-Bayyinah, ayat 8

Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu:

  • Pertama, ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal, tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat paling berharga.
  • Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang di antara Allah dan hamba-Nya.

Sayang akan melahirkan redha ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa sedap juga.

Ujian Berbentuk Kesenangan Atau Kesusahan Itu Adalah Sunatullah Dalam Kehidupan

Amat beruntunglah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan dugaan dalam hidupnya sama ada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan, dia semakin dekat dengan pencipta.

Dia semakin ingat Dia dan sekaligus berazam untuk kembali kepadaNya.

Allah menguji setiap hambanya dengan cara yang berbeza, mengikut kadar kemampuan seseorang itu, dan pada masa yang tepat.

Mahu ataupun tidak mahu, kita kena menerima dan menghadapi dugaan yang mendatang.

Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa kita diuji andai selama ini kita selalu memungkiri perintahNya yang diperintahkan kepada kita?

Amat baiknya Allah, dengan ujian yang hadir itu membuat kita lebih matang dan kuat untuk mendepani hari-hari yang mendatang.

Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya.


Dalam setiap suka duka yang kita lalui, ingatlah, Allah sentiasa ada bersama kita.

Setiap ujian, setiap kesulitan, dan setiap detik kegembiraan adalah sebagian dari rencanaNya yang indah untuk kita.

Kita belajar, kita tumbuh, dan kita mendekatkan diri kepada-Nya melalui setiap ujian yang kita hadapi.

Dengan setiap doa, air mata, dan senyuman, kita bukan sahaja mengukuhkan iman kita, tapi juga menemukan kekuatan yang tak pernah kita tahu ada dalam diri kita.

Apakah kita cukup berani untuk memandang setiap ujian sebagai peluang untuk menjadi lebih baik?

Mari kita renungkan dan cari jawapannya dalam hati kita masing-masing.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading