Bagaimana Untuk Memaafkan Orang Lain?

Memaafkan orang lain

Saya mempunyai masa lalu yang buruk dan tidak mudah untuk memaafkan serta melupakan.

Saya sudah berusaha sedaya upaya untuk memaafkan orang tersebut, tetapi saya masih tidak mendapat ketenangan.

Saya sudah tidak tahu apa yang harus saya lakukan.

Mengapa begitu sukar untuk memaafkan orang? Dan mengapa sukar bagi saya untuk melupakan masa lalu.

Apa patut saya buat?

Kita adalah makhluk hidup yang mempunyai jiwa.

Ia memang satu tindakbalas semulajadi apabila sukar untuk memaafkan orang-orang yang telah melukakan kita.

Kerana bahagian minda bawah sedar kita mengenalpasti ancaman yang telah dilakukan oleh orang lain, dan dengan cara tersebut ia mengawal emosi kita.

Secara umumnya, ini dilakukan untuk kebaikan kita sendiri.

Ia adalah tindak balas automatik yang bertujuan membantu kita menjauhkan diri dari orang-orang yang boleh “membahayakan” kita.

Adalah mencukupi untuk kita memaafkan secara sedar (untuk memastikan dalam fikiran kita tidak berhajat untuk membalas dendam kepada mereka),

Minda bawah sedar kita akan terus menerus memberi tindak balas emosi yang negatif terhadap orang-orang ini dalam satu jangka masa yang panjang.

Dan sama ada kita mula melihat orang-orang ini dalam dimensi yang baru berdasarkan interaksi positif, atau kita telah lupakan kebanyakan luka dan kesakitan yang telah mereka lakukan dengan berlalunya masa.

Jika kita boleh memaafkan orang secara sedar, dan kita boleh mengawal tindakan kita terhadap mereka — maka kita tidak perlu risau tentang perkara yang lain.

Tumpuan kita sepatutnya untuk mengekalkan keadaan moral yang tinggi (melalui bacaan Al-Quran setiap hari, mendengar kuliah, dan perbuatan ibadah lain), meningkatkan ilmu pengetahuan kita, dan sentiasa berusaha untuk lebih dekat dengan Tuhan.

Apabila kita memperbaiki aspek ini, perkara-perkara duniawi yang menyusahkan kita akan dirasakan kurang penting.

Kita perlu tahu bahawa minda bawah sedar (emosi yang kita rasakan kepada orang) tidak berada di bawah kawalan langsung kita.

Satu-satunya cara kita boleh mempengaruhinya secara tidak langsung, adalah dengan memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang boleh mengubah keutamaannya supaya ia berhenti terasa terancam terhadap orang lain.

Dan ini memerlukan masa yang bertahun-tahun.

Dalam beberapa tahun yang lalu, terdapat seseorang yang telah sangat menyakitkan hati saya.

Daripada cuba memaafkan, saya move on dengan kehidupan saya.

Saya membaca banyak buku, mengembara, mengalami banyak kesusahan dan juga banyak perkara yang baik,

Dan dengan cara ini, perkara-perkara negatif yang saya rasa terhadap orang-orang tersebut dirasakan sudah tidak penting,

Hari ini saya dapat berinteraksi dengan mereka tanpa rasa jelik terhadap mereka.

Ia adalah sama seperti yang kita rasa terhadap orang-orang yang pernah membuli kita semasa di tadika atau sekolah rendah.

Kita telah menjadi semakin matang, kita sudah semakin dewasa, dan mereka tidak lagi dirasakan penting kepada kehidupan kita, kepada emosi kita.

Dengan cara yang sama, untuk memaafkan seseorang, seseorang boleh pergi ke tempat lain, menghabiskan masa 5 tahun di sana dan menjadi orang yang berbeza sama sekali.

Dan setelah kembali ke tempat asal, dia mungkin mendapati bahawa mereka telah dapat memaafkan orang itu walaupun dia langsung tidak pernah memikirkan mengenainya.

Untuk memaafkan, maka kita perlu berkembang menjadi orang baru, dan bergerak ke titik baru dalam kehidupan..

… di mana tindakan negatif orang lain terhadap kita tidak lagi terasa, sehingga kita tidak perlu lagi memikirkannya lagi.

Selain daripada ibadah, satu lagi perkara yang boleh kita lakukan ialah membaca banyak buku.

Baca 100 buku yang bagus (termasuk novel) dan saya jamin bahawa kita akan terasa seperti orang yang sangat berbeza apabila kita selesai melakukannya.

Pandangan kita terhadap diri dan dunia di sekeliling akan berubah dan kita akan mula melihat dunia dengan cara yang berbeza,

Dan seterusnya masa lalu tidak lagi akan menyakiti kita.

Kita Sselalunya Tak Perasan, Kesan Kemaafan Ini Sebenarnya Besar..

Kita tidak akan terfikir dengan memaafkan orang, hidup orang itu akan lebih mudah perjalanannya (murah rezeki, sihat; insya-Allah) dan hidup kita juga akan lebih tenang.

Ya. Kemaafan ini berat kadangkala.

Tapi siapalah kita di dunia untuk terlalu menyimpan rasa.

Kita hanya hamba. Hidup hanya sekejap sahaja.

Buatlah sesuatu ikhlas kerana Allah, kerana sesungguhnya dengan reda dan ikhlas, Allah akan beri sesuatu yang lebih baik untuk kita. Insya-Allah.

Dan janganlah pula berat meminta maaf.

Kita juga kadangkala berbuat silap. Kita tak selamanya betul.

Lagipun tak semua perkara pun kita tahu. Banyak lagi perlu kita belajar.

Hidup adalah tentang saling memerlukan.

Jadi, jom sama-sama kita berusaha menuju syurga-Nya!

guest
4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments