Bagaimana Menjadi Menjadi Bijak & Lebih Matang

menjadi lebih bijakJika ingin menjadi lebih bijak, baca 100 buku yang menarik minat kita.

Buku-buku yang kita pilih untuk baca boleh terdiri dari pelbagai topik dan boleh datang dari pelbagai kualiti – baik atau buruk.

Apa yang penting adalah kita patut rasa buku tersebut menarik.

Kerana fakta mengatakan bahawa:

Bila kita merasakan sesebuah buku itu menarik – bermakna ia mengandungi maklumat yang baru kepada kita (dan dengan demikian ia akan meningkatkan kebijaksanaan)..

Dan rasa “menarik” juga membawa bermaksud “sesuatu yang memberikan maklumat baru kepada otak”.

Tiada buku yang akan menyelesaikan semua masalah kita.

Setiap buku mungkin boleh menjadikan kita lebih bijak 1%.

Oleh itu, jika kita ingin menjadi dua kali lebih bijak daripada sekarang, kita perlu membaca kira-kira 70 buah buku.

Mungkin 100 buah buku adalah angka yang lebih selamat.

Sesetengah buku yang kita baca mungkin akan mengandungi maklumat tidak tepat, kerana hampir semua buku akan mengandungi beberapa andaian dan pernyataan palsu.

Namun, jika kita tidak berputus asa dan terus membaca buku satu demi satu, InsyaaAllah pengetahuan kita akan bertambah.

Begitu juga dengan kesedaran kita terhadap apa yang betul dan apa yang salah.

Kebijaksanaan hanyalah peta realiti (maklumat yang tepat mengenai bagaimana keadaan benar).

Dan setiap buku yang kita baca (walaupun cerpen pendek) akan menambahkan secebis kecil maklumat pada peta tersebut.

Sesetengah buku mungkin akan memberi kita cebisan maklumat palsu yang tidak menerangkan apa-apa yang wujud pada peta.

Tetapi, semakin kita membaca lebih banyak buku, pengetahuan kita juga akan turut meningkat mengenai cebisan-cebisan palsu yang lain tersebut.

Kita akan mula mempunyai rasa intuitif (gerak hati) mengenai sesuatu yang salah dan dengan itu kita akan mudah mengecam maklumat-maklumat yang tidak betul.

Pengecaman terhadap kepalsuan itu sendiri akan meningkatkan pengetahuan kita.

Kerana otak kita sudah boleh mengenalpasti pola kepalsuan, dan semakin sulit bagi maklumat-maklumat palsu tersebut dapat mengelirukan kita.

Sekiranya kita membaca buku yang pada mulanya nampak menarik, tetapi akhirnya hilang minat dan mula bosan, kita tidak perlu ragu-ragu untuk meninggalkan buku tersebut dan bertukar kepada buku lain.

Apabila ini berlaku, ia boleh disebabkan oleh salah satu daripada dua perkara ini:

  1. Buku ini tidak mengandungi apa-apa yang baru kepada kita. Otak kita mengenalinya sebagai pengulangan perkara yang sudah kita ketahui dengan baik, dan oleh itu otak kita meminta untuk berhenti membuang masa dengan buku itu.
  2. Buku ini mengandungi maklumat yang mempunyai banyak prasyarat. Oleh itu otak kita tidak bersedia untuk mengendalikan maklumat tersebut. Kita harus meninggalkan buku itu buat masa sekarang dan kembali kepadanya selepas membaca banyak buku lain.

Luangkan masa satu tahun melakukan ini.

Selepas itu kita mungkin akan tertawa dengan kebodohan dan bias kita pada setahun yang dulu.

Semasa dalam perjalanan tersebut, kita akan menyerap beberapa falasi baru, oleh itu adalah tidak bijak untuk menghentikan perjalanan.

Teruskan-lah membaca buku dan bias-bias ini akan dibersihkan.

Kita tidak akan pernah berhenti mempunyai falasi, tetapi frekuensinya akan berkurang kerana kebijaksanaan kita telah bertambah.

Ini kerana sesuatu falasi mempunyai coraknya tersendiri dan minda bijak dapat belajar untuk mengelakkan kebanyakan daripadanya.

Inilah sebabnya mengapa kita mendapati orang yang bijak untuk menjadi orang yang paling akhir membuat keputusan atau menghakimi sesuatu perkara.

Ini kerana mereka “berfikiran terbuka”.

Mereka tahu mereka masih tidak mempunyai maklumat yang cukup.

Dalam kebanyakan masa, manusia jarang mendapat pengetahuan yang sempurna.

Oleh itu, orang yang paling bijak sering menolak untuk memutuskan sesuatu perkara yang tidak pasti atau mudah memberi nasihat kepada mereka yang meminta.

Mereka hanya akan bercakap tentang apa yang mereka tahu, dan menolak untuk mengulas apa yang mereka tidak pasti.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
afif
afif
3 tahun yang lalu

terima kasih

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading