Lebih Baik Lakukan Penambahbaikan Berterusan Walaupun Hanya 1%

penambahbaikan berterusan
Photo by James & Carol Lee on Unsplash

Apabila kita memutuskan untuk melakukan perubahan positif dalam hidup, maka masalah terbesar dalam kehidupan akan mula muncul.

Jurang diantara dimana kita sekarang dan ke mana kita mahu capai akan menjadi sangat luas.

Jadi jangan fokus pada matlamat akhir.

Sebaliknya, tumpukan pada langkah-langkah kecil yang boleh kita ambil untuk ke sana.

Jika kita terlalu fokus kepada membetulkan ciri-ciri gambaran yang besar, ia hanya merosakkan persepsi kita.

Apa yang saya maksudkan dengan ayat di atas?

Kita semua mempunyai harapan dan impian.

Bagaimana pun, kadangkala harapan dan impian itu sendiri yang akan mensabotaj kita daripada mencapai matlamat.

Bagaimana?

— Ia berkaitan keinginan kita yang besar.

Keinginan atau nafsu yang akan mengumpan kita untuk menggigit lebih besar daripada apa yang kita mampu kunyah.

Satu-satunya perkara yang boleh kita ubah ialah bagaimana kita berkelakuan hari ini.

Jadi, fokuslah pada perkara ini:

Ini adalah tabiat yang saya buat setiap hari.

Paling penting – saya tak fikir tentang perkara lepas atau akan datang.

Aku cuma fikir: adakah saya melakukan tabiat ini hari ini?

Hanya ini persoalan yang saya tanya pada penghujung hari.

Peningkatan dan kemajuan kecil yang kita buat akan mula bertambah dari masa ke semasa.

Memang, menabung RM5 sehari tidak akan membuatkan kita kaya. Tetapi belajar untuk menabung pastinya akan membantu.

Berusaha terhadap side project selama 5 minit sehari tidak akan mewujudkan bisnes secara tiba-tiba.

Tetapi sekurang-kurangnya, ia boleh membawa kita untuk berfikir secara lebih konstruktif tentang bagaimana untuk melakukannya.

Menghafal 10 ayat al-Quran tidak menjadikan kita Huffaz serta-merta, tetapi sekurang-sekurangnya ia mengubah arah hidup kita ke arah itu.

Dengan memberi tumpuan terhadap perkara-perkara kecil, kita akan boleh memberi impak kepada perkara-perkara yang lebih besar.

Adakah Kaedah Penambahbaikan Berterusan Ini Berkesan?

Pertama sekali, mari kita fahami apa itu kemajuan berterusan

Kemajuan atau penambahbaikan berterusan adalah satu dedikasi untuk membuat perubahan kecil dan penambahbaikan setiap hari – dengan jangkaan bahawa peningkatan-peningkatan kecil ini akan menambah kepada sesuatu yang penting.

Pendekatan yang biasa kita dengar untuk membuat perubahan diri (self-improvement) adalah:

— Menetapkan matlamat yang besar, kemudian cuba untuk membuat lompatan besar untuk mencapai matlamat dalam waktu yang sesingkat mungkin.

Walaupun ini mungkin kedengaran hebat dalam teori, ia sering akan berakhir dengan burnt-out, kekecewaan, dan kegagalan.

Secara realitinya adalah:

impian yang ingin kita capai adalah sangat berbeza dengan tindakan yang akan membawa kita ke sana.

Tidak ramai orang yang mampu terus membuat perubahan besar sekali gus.

Sebaliknya, lebih baik kita memberi tumpuan kepada peningkatan yang berterusan secara perlahan-lahan dan menyesuaikan diri kita sedikit demi sedikit.

Dengan kata lain, ia dikenali sebagai “istiqamah1

Kerap kali kita meyakinkan diri kita bahawa perubahan hanya akan bermakna jika kita boleh nampak hasil besar dan jelas yang berkaitan dengannya.

Sama ada turun berat badan, membina perniagaan atau apa-apa matlamat lain, kita sering memberi tekanan kepada diri kita sendiri untuk membuat beberapa peningkatan drastik agar semua orang boleh nampak.

Kesimpulan: Mulakan Dengan Langkah Kecil

Walaupun kemajuan hanya 1 peratus itu tidak ketara (dan kadangkala ia tidak begitu dirasakan).

Tetapi ia boleh menjadi sesuatu yang bermakna, terutama dalam jangka masa panjang

Memang pada asasnya tidak ada perbezaan antara membuat pilihan diantara 1 peratus lebih baik atau 1 peratus lebih buruk. (Dengan kata lain, ia tidak akan menjejaskan kita hari ini.)

Tetapi seiring dengan berjalannya waktu, penambahbaikan-penambahbaikan kecil ini akan menunjukkan perbezaan yang sangat besar antara orang-orang yang membuat keputusan yang lebih baik setiap hari dan dengan mereka yang tidak.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading