Formula Kejayaan: Lupakan Tentang Matlamat. Sebaliknya Fokus Kepada Proses

matlamat dalam kehidupan seharian

Kita ada banyak perkara yang ingin dicapai dalam hidup.

Mendapat tubuh badan yang sihat, membina perniagaan yang berjaya, membesarkan keluarga bahagia, menulis buku best selling, travel ke seluruh dunia..

.. dan sebagainya.

Dan untuk kebanyakkan orang, laluan kepada semua perkara-perkara ini adalah bermula dengan menetapkan matlamat.

Sekurang-kurangnya, ini adalah langkah yang paling asas bagaimana kita semua mengharungi kehidupan sebelum-sebelum ini.

Saya boleh menetapkan matlamat untuk sebeberapa banyak artikel nak saya tulis, ke negara mana saya ingin travel seterusnya, dan sebeberapa banyak client yang saya mahu dalam bisnes foto saya.

Tapi, apa yang saya mula sedar adalah;

— apabila ia menjadi sesuatu yang perlu disiapkan, maka kita perlu membuat kemajuan terhadapnya..

Dari sinilah bermulanya perbezaan diantara matlamat dan proses.

Biar saya jelaskan..

Perbezaan diantara matlamat dan proses

Apakah perbezaan diantara matlamat dan proses?

  • Jika anda seorang jurulatih, matlamat anda adalah untuk memenangi sesuatu kejuaraan. Proses anda adalah apa yang pasukan anda berlatih setiap hari.
  • Jika anda seorang penulis, matlamat anda adalah untuk menulis buku. Proses anda adalah mengikut jadual penulisan yang telah ditetapkan pada setiap minggu.
  • Jika anda seorang pelari, matlamat anda adalah untuk mengikuti maraton. Proses anda adalah untuk mengikuti latihan rutin setiap masa yang ditetapkan.
  • Jika anda seorang guru, matlamat anda adalah supaya murid mendapat keputusan yang cemerlang. Proses anda adalah masuk mengajar murid mengikut silibus yang telah ditetapkan.

Sekarang timbul satu persoalan yang menarik:

Jika anda mengabaikan terus matlamat dan hanya betul-betul fokus kepada proses, adakah kita masih boleh mendapat keputusan yang baik?

Sebagai contoh, jika anda seorang guru dan anda mengabaikan matlamat untuk murid cemerlang dalam peperiksaan, dan hanya fokuskan kepada apa yang dipelajari murid semata-mata..

.. adakah anda akan masih boleh berjaya?

Saya fikir anda boleh.

Sebagai contoh, pada waktu artikel ini ditulis, saya baru sahaja menambah wang tabungan saya pada tahun ini.

Dalam 11 bulan yang lepas, saya telah dapat menyimpan lebih daripada RM5K tanpa saya sendiri menyedarinya.

Angka ini memberi kejutan yang besar kepada saya kerana saya tidak pernah meletakkan sebarang matlamat untuk tabungan saya.

Saya tidak pernah mengira wang yang saya simpan atau meletakkan target berapa ringgit yang saya harus simpan setiap hari.

Saya langsung tidak pernah memikirnya.

Apa yang saya buat adalah menyimpan wang setiap hari dan berusaha menjimat apa yang patut, serta mengelakkan pembaziran yang sia-sia.

Dan selepas kekal mengamalkan rutin ini selama 11 bulan, apabila dikira balik wang-wang tersebut, ia melebihi 5k.

Saya hanya fokus kepada proses menjimatkan wang dan mengelakkan pembaziran.

Dan pada akhirnya berasa enjoy dan dalam masa yang sama mendapat hasil yang lumayan.

 

3 perkara ini akan membuatkan anda faham mengapa kita patut fokus kepada PROSES berbanding MATLAMAT

Disini terdapat tiga sebab penting mengapa kita harus lebih fokus kepada “proses” dalam mencapai kejayaan:

1. Matlamat akan mengurangkan kebahagiaan


Apabila kita sedang berusaha mencapai matlamat, kita akan acap kali mengatakan, “aku masih belum cukup bagus, tapi aku akan mencapai matlamat aku”

Masalah dengan mindset sebegini adalah anda mengajar diri anda untuk meletakkan sesuatu kegembiraan dan kejayaan dibelakang, sehinggalah pencapaian seterusnya dicapai.

Bila aku dah capai matlamat aku, aku pasti akan gembira, puas hati. Bila aku dah capai matlamat aku, aku akan berjaya”

 Penyelesaian:  Tumpukan kepada proses, bukan matlamat.

Memilih matlamat akan meletakkan beban yang besar diatas bahu anda.

Cuba anda bayangkan jika saya meletakkan matlamat untuk mempunyai simpanan lebih dari 5K sebelum hujung tahun ini?

Nak simpan RM100 sebulan pun belum tentu lagi.

Tetapi kita selalu buat perkara ini kepada diri kita setiap masa.

Kita meletakkan tekanan yang tidak diperlukan kepada diri kita untuk mengurangkan berat badan,atau menyiapkan sebuat best-selling novel.

Sebaliknya, anda boleh menjadikan sesuatu perkara itu mudah dan mengurangkan stress dengan hanya memfokuskan kepada proses harian dan kekal kepada jadual..

.. berbanding daripada kita sibuk-sibuk merisaukan matlamat yang besar dan mengubah hidup.

Apabila kita hanya fokus kepada perbuatan berbanding pencapaian, anda boleh menikmati setiap saat dan menjadi bertambah baik pada masa yang sama.

 

2. Matlamat akan membantutkan kemajuan jangka panjang


Anda mungkin berfikir bahawa matlamat akan membuatkan kita sentiasa termotivasi dalam satu jangka masa yang panjang, tetapi ia tidak selalunya benar.

Contohnya, orang yang berlatih untuk menyertai maraton.

Banyak orang akan bekerja keras selama berbulan-bulan, tetapi akhirnya setelah mereka berjaya menamatkan larian, mereka berhenti berlatih.

(Begitu juga dengan pelajar yang belajar keras untuk menghadapi peperiksaan semata-mata)

Matlamat mereka adalah untuk menamatkan maraton dan mereka telah menyelesaikannya, maka matlamat tersebut tidak lagi akan memotivasikan mereka.

Bilamana kesemua kerja keras kita adalah semata-mata kerana satu matlamat sahaja, apa yang tinggal untuk tetap menolak kita ke hadapan setelah kita berjaya mencapainya?

Ini akan mencipta ‘kesan yo-yo’ dimana seseorang itu turun dan naik motivasinya untuk mengerjakan satu-satu matlamat.

Kitaran ini membuatkan kita sukar membina sesuatu kemajuan dalam satu jangka masa yang panjang.

 Penyelesaian:  Lepaskan keperluan untuk mendapat hasil serta-merta.

Saya telah pergi memancing minggu lepas dan pada masa saya sudah mendapat satu ekor ikan. Target saya pada hari itu adalah sekurang-kurangnya 2 ekor ikan.

Apabila waktu telah mencapai tengah hari, saya rasa mata saya berpinar-pinar dan rasa sangat dahaga.

Ianya bukan sakit apa-apa, cuma ia adalah petanda badan saya telah penat, kepanasan dan kekurangan air.

Dalam sekilas fikir, saya berfikir untuk teruskan memancing dan membaling umpan 2-3 kali lagi, mana tahu kalau ada rezeki.

Tetapi saya mengingatkan diri saya bahawa saya ingin melakukan aktiviti kegemaran ini untuk sepanjang kehidupan saya.

Oleh itu saya memutuskan untuk cukuplah memancing pada hari itu.

Dalam situasi seperti diatas, mentaliti berdasarkan matlamat akan memaksa kita meneruskan aktiviti sehingga matlamat tercapai.

Dan pada akhirnya,  jika matlamat itu tidak tercapai, anda akan merasakan seperti telah gagal.

Tetapi sebaliknya, dengan mentaliti yang bertunjangkan proses, saya tiada masalah untuk melupakan dan melepaskan.

Pemikiran berasaskan proses tidak akan pernah ambil kisah untuk mencapai angka-angka tertentu.

Matlamat hanya akan menghasilkan keputusan jangka pendek.

Proses pula akan menghasilkan keputusan jangka panjang.

 

3. Matlamat membuatkan kita ingin mengawal sesuatu yang kita langsung tidak boleh kawal


Anda tidak boleh meramalkan masa hadapan.

Tetapi setiap kali kita menetapkan matlamat, kita cuba menjayakannya.

Kita merancang dimana kita akan berada dan bila kita akan mencapainya ke sana.

Kita cuba untuk meramalkan sebeberapa cepat kita boleh maju dan mencapai target,  walaupun kita tidak tahu apa keadaan atau kekangan akan timbul disepanjang proses itu nanti.

  Penyelesaian : melihat kembali pencapai dan rekod terdahulu 

Setiap hujung minggu, saya mengambil masa sekitar setengah jam melengkapkan rekod dan menulis refleksi, dengan metrik yang paling kritikal murid-murid saya.

Sebagai contoh, apa yang mereka belajar minggu ini, apakah kerja rumah yang telah saya beri, apakah aras kuiz atau ujian yang telah saya jalankan.

Juga apakah soalan yang mereka jawab paling banyak salah pada minggu ini.

Walaupun saya jarang berfikir mengenai perkara-perkara ini, tetapi dengan memeriksa kolum ini pada setiap minggu akan memberikan panduan yang memberitahu saya masih buat perkara yang betul.

Apabila berlaku kejatuhan markah pelajar dalam peperiksaan, saya tahu apa kerja yang perlu dilakukan untuk drill kembali murid saya.

Imbas kembali penting untuk membina proses yang bagus kerana ia membenarkan anda menjejak dan mengesan pelbagai jenis perbezaan, tanpa rasa tertekan untuk meramalkan apa yang berlaku.

Lupakan untuk meramalkan masa depan dan  binalah satu proses yang boleh memberikan isyarat apabila tiba masa anda perlu untuk membuat pelarasan kembali.

 

Maka, jatuh cinta-lah dengan proses!

Bukan bermaksud matlamat itu tiada guna langsung.

Tapi saya mendapati matlamat adalah baik untuk merancang kemajuan, manakala proses adalah penggerak kepada kemajuan yang dirancang tersebut.

Matlamat boleh memberi kita arah dan menolak kita ke hadapan dalam jangka pendek..

…tetapi proses yang dilakukan dengan sempurna akan selalu menang.

guest
5 Comments
Inline Feedbacks
View all comments