Saya mempunyai masa lalu yang buruk dan tidak mudah untuk memaafkan serta melupakan.
Saya sudah berusaha sedaya upaya untuk memaafkan orang tersebut, tetapi saya masih tidak mendapat ketenangan.
Saya sudah tidak tahu apa yang harus saya lakukan.
Mengapa begitu sukar untuk memaafkan orang? Dan mengapa sukar bagi saya untuk melupakan masa lalu.
Apa patut saya buat?
Diantara Non-Muslim Baik Hati dan Muslim Yang Jahat
Adakah salah saya fikir bahawa lebih baik non-muslim yang baik hati daripada seorang muslim jahat?
Saya berpendapat lebih bagus jiwa yang baik daripada jiwa yang ada panduan tetapi memilih kejahatan.
Jalan Menuju Kematangan: Hadapi Masalah Hidup Walau Tiada Jalan Keluar

Dalam hidup ini, ada masalah yang tidak selesai walaupun kita sudah mencuba pelbagai cara.
Kita berdoa. Kita berusaha. Kita berfikir siang dan malam. Namun akhirnya, kita tetap berdiri di hadapan satu kenyataan yang tidak berubah: ada beban yang tidak segera terangkat, ada luka yang tidak terus sembuh, dan ada keadaan yang terpaksa kita tanggung jauh lebih lama daripada yang kita sangka.
Sesetengah orang diuji dengan kemiskinan yang berpanjangan. Ada yang diuji dengan penyakit yang membataskan hidup bertahun-tahun.
Ada yang memikul amanah menjaga anak istimewa dengan seluruh jiwa dan tenaga. Ada juga yang kelihatan memiliki hampir segalanya, tetapi rumah tangganya penuh tekanan, hatinya sentiasa letih, dan hidupnya kehilangan rasa tenang.
Semua ini mengajar kita satu perkara yang berat tetapi benar: bukan semua masalah di dunia datang bersama jalan keluar yang cepat.
Bolehkah Doa Mengubah Takdir & Nasib?
Adakah benar bahawa doa sangat berkuasa sehingga dapat mengubah takdir dan apa yang telah tertulis terhadap nasib kita?
Al-Quran menyatakan bahawa jika Nabi Yunus tidak berada di kalangan musabbihin (iaitu mereka yang sentiasa mengingati Tuhan), Allah tidak akan menyelamatkannya dari perut ikan paus.1
Kisah ini menunjukkan bahawa apa yang kita lakukan sekarang boleh mempengaruhi apa yang Tuhan takdirkan untuk kita.
Bagaimana Menjadi Menjadi Bijak & Lebih Matang
Jika ingin menjadi lebih bijak, baca 100 buku yang menarik minat kita.
Buku-buku yang kita pilih untuk baca boleh terdiri dari pelbagai topik dan boleh datang dari pelbagai kualiti – baik atau buruk.
Apa yang penting adalah kita patut rasa buku tersebut menarik.
Kerana fakta mengatakan bahawa:
Bila kita merasakan sesebuah buku itu menarik – bermakna ia mengandungi maklumat yang baru kepada kita (dan dengan demikian ia akan meningkatkan kebijaksanaan)..
Dan rasa “menarik” juga membawa bermaksud “sesuatu yang memberikan maklumat baru kepada otak”.



