Kehidupan

Diantara Non-Muslim Baik Hati dan Muslim Yang Jahat

Adakah salah saya fikir bahawa lebih baik non-muslim yang baik hati daripada seorang muslim jahat?

Saya berpendapat lebih bagus jiwa yang baik daripada jiwa yang ada panduan tetapi memilih kejahatan.

Ya, ia adalah betul.

Iblis juga percaya kepada Tuhan dan menyembahNya, sepertimana yang dilakukan oleh orang muslim.

Walaupun dia mempunyai pengetahuan mengenai kebenaran, malangnya dia memutuskan untuk untuk menderhaka Allah.

Seorang muslim yang sengaja melakukan kejahatan, walaupun bukan secara besar-besaran tetapi berpunca dari keangkuhan dan ketamakan, melakukan sesuatu yang serupa dengan Iblis.

Walau bagaimana pun, ini bukanlah alasan untuk memilih pemimpin yang bukan non-muslim.

Masih ramai lagi pemimpin muslim yang baik hati dan beriman di negara kita.

تمت

Selesai pada hari Ahad, 5 Ogos 2018, bersamaan 23 Zulkaedah 1439.

محمد نعيمMuhamad Naim

Tinggalkan Komen Anda..