Meningkatkan “Nasib Baik” Dalam Memancing

nasib baik dalam memancingDalam dunia memancing, kita sangat-sangat memerlukan banyak kesabaran.

Seperti kemahiran lain, ia menuntut kesabaran, latihan, dan komitmen jika ingin berjaya.

Sekiranya kita berpeluang untuk turun memancing dengan seseorang yang berpengalaman, dengarlah dengan teliti apa yang mereka katakan.

Ia pasti dapat menjimatkan banyak masa dan mengurangkan kesilapan kita.

Sebaliknya, jika kita tiada sipo yang berpengalaman sebagai rujukan, maka youtube dan website juga boleh membantu kita.

Sentiasalah mencuba teknik baru yang kita baca atau didengar.

Atau setidak-tidaknya pergi meneroka tempat memancing yang baru.

Eksperimen yang dilakukan – walaupun ia gagal, pasti mengajarkan sesuatu yang berguna.

Jangan ambil bulat-bulat apa yang kita dengar atau baca sebagai satu-satunya cara untuk melakukan sesuatu,

Dan jangan percaya semua tips yang diberikan akan adalah betul.

Dalam keadaan tertentu, tidak ada definisi manusia yang tepat untuk apa yang dikatakan ‘betul’ atau ‘sesuai’, kerana ikan itu sendiri yang akan membuat pilihan dan menentukan apa yang dia mahu.

 

Membuat Pilihan Yang Tepat

nasib baik dan rezeki

Memancing boleh menjadi sesuatu hobi yang sederhana, kompleks, murah atau mahal bergantung kepada bagaimana, di mana dan apa tujuan kita memancing.

Keputusan itu terletak dalam tangan kita.

Memancing di lombong menggunakan dedak dan roti adalah kaedah yang selalu boleh memberikan hasil, memerlukan belanja yang kecil dan semua orang boleh menikmatinya.

Mengejar Tembaring atau Black Bass akan menelan belanja yang besar dan tanpa pengalaman yang betul, peluang untuk mendaratkannya adalah tipis.

Kebanyakkan orang berada di situasi tengah-tengah.

Sebelum membuat pelaburan dalam alatan memancing, pertimbangkan apakah ikan yang sering ditangkap di kawasan kita dan kaedah yang gunakan.

Adakah kita memancing secara land-based, dari bot, di pantai atau atas batu?

Apa yang saya ingin katakan ialah:

Sebelum kita kehabisan duit membeli kelengkapan memancing yang kelihatan hebat, terlebih dahulu fikirkan sama ada kita mempunyai pengetahuan dan peluang untuk menggunakannya.

Jangan terlalu mengikut nafsu.

Lagi pun, aktiviti memancing hanyalah hobi semata-mata. Kan?

 

Konsep Nasib Baik dalam Dunia Memancing

Sekiranya kita ingin menjadi salah seorang yang sentiasa bernasib baik, maka kita perlu memahami apa itu “Nasib Baik”

Nasib baik adalah:

Nasib Baik = Kesabaran + Pengetahuan + Rezeki

Apabila kita mempunyai kesemua 3 ciri ini, insyaaAllah kita akan menjadi pemancing bertuah yang selalu berjaya menangkap ikan.

Seperti permulaan artikel ini, kesabaran adalah asas utama dalam aktiviti ini.

Jangan mudah putus asa jika ikan tidak menyambar gewang setelah seharian casting. Mungkin ada rezeki pada saat-saat akhir.

Kedua, seperti bidang lain, memancing juga memerlukan pengetahuan dan kajian.

Memancing tidak-lah semudah yang disangka.

Ramai orang mula berminat untuk memancing setelah terpengaruh oleh rancangan televisyen atau artikel majalah yang memaparkan pemancing berpengalaman dapat memancing ikan besar dengan mudah.

Sekiranya ia begitu mudah.

nasib baik dalam memancing

Apa yang mungkin mungkin kita tidak sedar, sebelum ini pemancing tersebut terpaksa mengambil masa berpuluh tahun untuk memupuk skill dan ilmu tentang memancing.

Malah, selalunya mereka akan menggunakan guider orang tempatan yang mempunyai bertahun-tahun pengalaman di kawasan tersebut.

Jadi bagaimana kita boleh menambahkan ilmu?

Antaranya adalah dengan merekodkan nota trip-trip yang lepas:

Catatkan data seperti cuaca, pasang-surut air ketika ikan galak, umpan yang digunakan, tarikh, fasa bulan dan sebagainya.

Cuba dan fikirkan segala yang relevan yang kita percayai memberi kesan terhadap hasil memancing kita dan membuat sedikit catatan nota mengenainya.

Perkara-perkara seperti ini mungkin membantu kita berjaya membuka kunci rahsia yang akan memberikan kita kelebihan di kawasan tersebut.

Pemancing yang berpengalaman biasanya akan membuat persiapan yang baik, dimana ia kadang-kadang sangat terperinci.

Kita boleh lihat bagaimana mereka dalam penjagaan peralatan. Ikatan yang dihasilkan juga sangat kemas dan terperinci.

Mengapa?

Ini kerana mereka tahu, dengan persiapan yang baik akan memberikan lebih masa memancing dan seterusnya meningkatkan kadar “nasib baik”.

Pemancing yang berpengalaman sentiasa aktif berfikir untuk meningkatkan sesuatu.

Ia adalah proses pembelajaran yang berterusan.

Ini bertentangan dengan persepsi umum bahawa memancing adalah aktiviti yang membosankan, kerana aktiviti memancing adalah sesuatu yang perlu dialami untuk difahami.

Terakhir, Rezeki..

Setelah semua kita usahakan, 10% terakhir yang menentukan kejayaan kita adalah rezeki.

Konsep rezeki ini mudah sahaja.

Memang Tuhan telah menentukan, tetapi kita perlu berusaha terlebih dahulu, dengan ilmu dan kesabaran.

Kita usaha dan kita dapat. Kita tak usaha, maka tak dapatlah.

Namun jika tiada rezeki janganlah kecewa.

Sentiasa renung kembali sebarang kesilapan dan berusaha memperbaiki kembali.

Dan apa yang penting, KUMPAU ITU INDAH! ????????

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

6 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Majid(bung)
Majid(bung)
1 tahun yang lalu

Saya telah memancing berpulul tahun,bermula dari parit dan tali air,lombong ,tasik,jeram,sungai hingga ke laut..dan sampai skrg saya masih dalam proses belajar.tq boss

Niezam eijam
Niezam eijam
5 tahun yang lalu

Selalu bce artikal2 drpd tuan…mmg bnyk bguna untuk saya lbih pham…pernah kata2 saya dpt drpd tuan shafie kolam fishing buddies…xd istilh masta sifu,yg mmbeza kn adlh sbnyk mne kita usaha dn bljar untuk trus bjaya dlm sukn mmncg nie…info2 bguna…

hafiz
hafiz
5 tahun yang lalu

TERBAIK TUAN

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading