PASANG-SURUT LAUTAN: Memahami Waktu Terbaik Untuk Memancing

Teori Pasang-Surut: Memahami Waktu Terbaik Untuk Memancing

Apakah fasa pasang-surut air yang terbaik untuk memancing? Waktu air pasang atau ketika air surut?

Oleh itu, artikel ini akan membincangkan topik pasang-surut air dan kepentingannya dalam kejayaan memperolehi hasil dalam trip memancing.

Jom, mari saya terangkan..

Pengenalan

Pasang-surut lautan banyak memberi kesan terhadap keaktifan ikan di kawasan muara dan persisiran lautan. Oleh itu, ada baiknya jika kita sebagai pemancing mengambil tahu beberapa perkara berkaitan pasang surut lautan ini.

Bila memancing di kawasan muara, satu persoalan yang sering muncul adalah:

Apakah waktu terbaik dan jenis air yang sesuai untuk memancing?

Oleh itu, penulisan ini akan cuba menjelaskan perkaitan kelakuan ikan dengan pasang surut lautan secara mudah.

Bagaimana Pasang-Surut Lautan Terjadi?

Pasang-surut lautan oleh bulan
Bulan memberi kesan terbesar terhadap arus pasang-surut. Walaupun bulan jauh lebih kecil berbanding matahari, tetapi ia lebih hampir dengan bumi. Akibatnya, ia mempunyai dua kali kekuatan tarikan terhadap lautan kita, berbanding matahari.

Bagaimanakah pasang surut lautan terjadi?

Pasang-surut lautan terjadi akibat kombinasi tiga faktor, iaitu kesan putaran bumi, graviti matahari dan graviti bulan. Gabungan ketiga-tiga faktor inilah yang menyebabkan paras lautan naik dan turun.

Terdapat dua jenis pasang surut lautan, iaitu:

  • Pasang besar (spring tides)
  • Pasang kecil (neap tides)

Semasa bulan purnama, air pasang besar (spring tides) akan berlaku kerana tarikan graviti bulan yang kuat berlaku ketika ini. Fenomena ini menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa, dan air surut juga lebih rendah daripada biasa.

Sebaliknya, ketika bulan sabit (fasa bulan 1/4 dan 3/4), graviti bulan ketika ini mempunyai kuasa tarikan yang paling lemah.

Pada ketika inilah air pasang kecil (neap tides) wujud, iaitu dimana keadaan air pasang lebih rendah dari paras normal, dan paras air surut lebih tinggi dari paras surut biasa.

Malaysia selalunya mengalami pasang-surut lautan sebanyak 2 kali dalam sehari.

Terdapat beberapa jenis istilah air yang perlu kita tahu:

  • Arus – adalah kekuatan atau kelajuan aliran air yang mengalir semasa air pasang atau air surut.
  • Air pasang – air laut yang mengalir masuk ke dalam sungai atau membanjir daratan
  • Air surut – aliran air yang kembali keluar ke laut dan ketinggian air semakin rendah
  • Air mati (bani) – air mati berlaku apabila tiada pergerakan arus atau arus sangat perlahan

Kepentingan Air Pasang Dan Surut Kepada Hidupan Air

teori pasang surut

Memahami pasang surut lautan penting kerana membolehkan kita meramal waktu ikan galak untuk makan.

Pergerakan air adalah salah satu faktor mencetuskan dan merangsang aktiviti makan ikan.

Apakah Kesan Air Pasang Kepada Hidupan Marin?

Tanpa kehadiran air, adalah mustahil untuk hidupan marin untuk menjalankan proses hidup.

Apabila air pasang datang membanjiri kawasan daratan, kawasan yang ditenggelami air tersebut akan menjadi lantai lautan.

Pelbagai jenis hidupan kecil marin muncul dari lubang persembunyian mereka pada waktu ini.

Ikan sangat peka dengan perkara ini. Ia ibarat loceng waktu makan bagi mereka.

Ikan akan mengikuti aliran air pasang ini untuk memakan hidupan-hidupan kecil ini di kawasan yang ditenggelami air tersebut.

kepentingan pasang surut lautan

Air pasang besar akan membawa lebih banyak ikan lebih dekat ke pantai dan masuk ke sungai untuk mencari makan kerana arus yang lebih kuat akan mendedahkan banyak lebih makanan di kawasan dasaran.

Lebih tinggi air pasang, maka lebih banyaklah air laut akan membanjiri daratan dan batu-batuan yang ada di kawasan tebing.

Ini secara tidak langsung, ia akan menghayutkan banyak makanan dari kawasan darat ke lautan, yang mana ia tidak dapat dicapai oleh ikan sebelum ini.

Selain itu, waktu air pasang ini juga merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh hidupan marin untuk melakukan proses pembiakan.

Dengan menyeragamkan masa bertelur dengan waktu air pasang, benih anak ikan (atau hidupan marin lain) dapat dibawa ke celah-celah bakau yang cetek di mana ia adalah nursery yang selamat untuk pembesaran anak-anak mereka.

Tarikh Yang Sesuai Untuk Turun Memancing

teori pasang surut
Pemilihan tarikh yang bersesuaian pasti akan memberikan hasil lumayan

Apakah masa pasang surut terbaik untuk memancing?

Secara teorinya, tarikh memancing terbaik biasanya dibuat berdasarkan pasang surut, dua hari sebelum bulan purnama sehingga hari pertama selepas bulan purnama.

Kemudian 3 hari sebelum bulan baru sehingga hari ke-2 selepas bulan baru.

Ya, ramalan ini dibuat berdasarkan fasa bulan (teori solunar)

Saya telah menulis mengenai teori solunar dalam artikel sebelum ini dan bagaimana fasa bulan mempengaruhi aktiviti memancing.

Selepas pesta makan semasa pasang purnama, sehari atau dua hari berikutnya biasanya akan menjadi hari memancing yang teruk sebelum beransur-ansur ke arah pasang perbani (air mati).

Kita perlu tahu bahawa:

Semasa fasa bulan baru atau purnama, ia akan menyebabkan pasang surut yang besar akibat tarikan graviti. Oleh itu, arus juga akan menjadi lebih deras dan laju daripada biasa. 

Tetapi kebaikannya adalah, arus pada waktu ini secara umumnya akan membawa lebih banyak sumber makanan dan seterusnya mencetuskan aktiviti makan ikan yang aktif.

Namun pemilihan spot pancing yang betul juga adalah penting.

Adakah Ikan Makan Sepanjang Masa Pada Tarikh Tersebut?

air pasang surut memancing

Walaupun kita telah turun pada tarikh memancing terbaik, kita harus sedar bahawa ikan TIDAK akan makan sepanjang hari.

Oleh itu, masa yang tepat adalah sangat kritikal.

Ikan selalunya galak ketika air mula pasang dan ketika mula bergerak surut.

Ini kerana aktiviti makan ikan berlaku apabila wujudnya pergerakan arus semasa air pasang atau air surut.

Aktiviti ikan kemudian akan terhenti apabila air mati (tiada pergerakan arus)

Apabila arus mengalir laju, ikan selalunya lebih galak untuk merebut makanan sebelum ia melepasi daripada jangkauan mereka.

Ini akan membuatkan mereka agresif dan kurang berhati-hati. Maka, tidak hairan jika gewang kita dibantai bertubi-tubi pada waktu ini.

Masa terbaik biasanya kira-kira tiga jam sebelum air pasang, dan kira-kira tiga jam selepas itu.

Dan juga ketika permulaan pergerakan arus air surut juga adalah waktu yang baik.

Spot Yang Harus Ditumpukan

Lokasi memainkan peranan penting.

Disesetengah tempat, ikan mudah dipancing pada waktu air pasang dan ada sesetengah tempat lain, ikan lebih diperolehi ketika air surut.

Oleh itu, panduan daripada orang tempatan atau orang lama di kawasan tersebut sangat berguna.

Namun disini saya akan cuba memberi panduan secara umum berdasarkan situasi dikebanyakkan tempat.

Prinsip utama dalam mencari spot ikan adalah:

Ikan akan selalu mencari tempat yang menawarkan perlindungan dan kawasan yang boleh memberikan sumber makanan.

Ini adalah sifat semulajadi semua haiwan.

Ikan yang berada di kawasan terbuka cenderung berasa terdedah dan akan mencari struktur untuk berlindung.

casting siakap merah
Contoh kawasan yang suka dihuni ikan

Kadangkala, pembentukan garisan kawasan keruh yang terjadi apabila air berkelodak dari longkang yang bercampur dengan air laut sudah cukup untuk ikan untuk berlindung dan menjadi tempat menyerang hendap mangsa mereka.

Ikan cenderung untuk mencari makan apabila terdapat pergerakan arus dalam air pasang atau surut.

Banyak spesies menggunakan pasang surut untuk membawa mereka ke tempat makan, sementara yang lain membiarkan pasang surut membawa makanan kepada mereka.

Ikan GT, Jenahak dan Ikan Daun Baru akan berenang ke pantai dan masuk ke muara apabila air semakin pasang, dan berundur bila air pasang surut.

memancing air pasang
Biasanya anak ikan GT akan masuk meronda di dalam sungai bila air pasang

Ikan Bebaji dan Bebolos pula lebih suka meronda-ronda di sekitar dasar berbatu kerikil atau berpasir, di mana terdapat pergerakan arus air yang baik, untuk memburu makanan seperti ikan kecil, udang, ketam dan perumpun.

Kerapu dan ikan sembilang selalunya mencari makanan apabila arus agak perlahan, iaitu semasa air telah tinggi atau surut paling rendah, tetapi ini hanya pengalaman peribadi saya.

Air pasang membawa bersamanya kawanan ikan kecil, udang, ketam, dan plankton dan sebagainya.

Dan sejumlah besar makhluk ini akan terperangkap dalam aliran arus laju, dimana ia kawasan yang terdapat pemangsa yang memburu mereka.

teori pasang surut
Struktur berbatu seperti ini pasti akan dihuni oleh pelbagai spesis ikan. Maka jangan abaikan tempat sebegini!

Tips Memancing Ketika Air Pasang


Seperti yang dinyatakan diatas, cari struktur yang memberi perlindungan kepada ikan.

Selain daripada itu, fokus kepada kepada kawasan cetek yang ditenggelami air.

Antara kebaikan air surut maksimum semasa pasang purnama, ia akan mendedahkan semua struktur dan saluran air bawah air yang terlindung semasa fasa pasang-surut yang lain.

Cari tempat dimana terdapat perubahan landskap yang mendadak berbanding keadaan sekeliling.

Contohnya:

  • Batu ditengah-tengah sungai
  • Kapal karam atau struktur tenggelam
  • Kawasan tumbuh rumpai laut
  • Tayar atau batang kayu yang menjulur tenggelam ke air
  • Tebing pemecah ombak
  • Kawasan tiram
  • etc

Tips Memancing Semasa Air Surut


Air surut akan memaksa ikan turun dari kawasan cetek dan celahan bakau ke aliran sungai utama.

Maka pada waktu ini, aliran tersebut akan “lebih padat” dengan ikan mangsa dan pemangsa.

Jadi ini adalah waktu terbaik untuk menduga spesis muara seperti siakap merah dan kerapu.

Oleh itu tumpukan untuk memancing di kawasan yang dalam seperti muka kuala.

Selalunya air surut akan memberikan hasil yang baik kepada saya ketika memancing dikawasan sungai berbakau.

Penutup: Bagaimana Jika Saya Masih Gagal Mendapat Hasil?

Terdapat dua faktor yang mempunyai pengaruh paling besar terhadap kejayaan memancing di kawasan muara:

1. Cuaca

Cuaca memainkan peranan penting dalam semua aktiviti haiwan.

Tekanan barometrik dalam tempoh 12-24 jam boleh mengubah hasil hasil memancing secara mendadak.

Jadi jika ada ribut sedang mendekati atau baru melanda kawasan tersebut, maka perbetulkan kembali jangkaan kita.

Selalunya ikan akan menjadi pasif. Suhu air juga memainkan peranan.

Tetapi jangan berputus asa, selalu ada masa lain dengan keadaan yang lebih baik.

2. Lokasi

Kita harus memancing ditempat yang memang ada ikan, bukan sekadar melontar umpan secara membabi-buta dan mengharap keajaiban.

Mengetahuan mengenai lubuk ikan juga adalah penting.


Semoga panduan ini memberi kefahaman kepada anda bagaimana pasang-surut berlaku dan bagaimana ia dapat mempengaruhi hasil pancingan.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

28 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Belida lombong
Belida lombong
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum tuan,kami amat mengalu alukan penulis blogger dan juga pemancing seperti tuan untuk menyertai kami,Kami sedang dalam proses pembangunan sebuah applikasi berlatarbelakangkan aktiviti memancing, rekreasi dan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia perikanan dan kepelbagaian jenis air. open for public end of Februari 2024..www.trackers.my.

Roob Ganesan
Roob Ganesan
2 tahun yang lalu

good job enchenaim!!

Roob Ganesan
Roob Ganesan
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

teruskan berkarya, aku lagi faham bila dalam bahasa melayu woi, walaupun aku boleh speaking ala ala tom cruise.
bende ni penting, tak boleh stop naim.

Haji
Haji
2 tahun yang lalu

saya selalu memncing di Port Klang atau area Sepang , Kalau Port Klang saya pasti teori Tide4fishing tu bole guna pakai , tapi kalau mancing di Sepang , tiada pulak dalam list , jadi jadual Tide4fishing tu saya masih guna Klang jugak , tepat ke ? atau berapa radius dari Klang masih bole guna …

Last edited 2 tahun yang lalu by Haji
Roob Ganesan
Roob Ganesan
Reply to  Haji
2 tahun yang lalu

Masih boleh haji.

Kno
Kno
3 tahun yang lalu

Bergantung tempat dan jenis2 ikan yg biasa ada kat situ..sperti kuala selangor kbanykan ikan gelama, kurau, senangin, sembilang. Waktu terbaik utk kurau dan sembilang 3hari sebelum air mati (air paling perlahan)..untuk gelama pulak sepanjang 2 hari sbelum hingga 2hari selepas air mati paling perlahan tu..tp sama le ada laluan2 ikan juga kena tau. Bukan semua tempat balingan tu ada ikan.

JamAzan.com
3 tahun yang lalu

seperkara lagi, mcm ada org selalu ikut bulan islam utk mancing tu betul ke? adakah bertepatan dengan ilmu tides table ni tuan

JamAzan.com
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

tapi yg sy hairan, bila sy bertanya mengenai waktu bulan islam yg sesuai utk pancing kepada 2-3 org berlainan, masing2 menjawav hari yg berbeza..itu yg sy makan confius. adakah mereka hanya agak2 atau berdasarkan pengalaman semata2 bukan dari sudut ilmu tide ni

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading