Teori Solunar: Bagaimana Bulan Mempengaruhi Mood Ikan?

teori solunar
Pernah terfikir bagaimana fasa bulan boleh mempengaruhi kejayaan sesi memancing kita?

Kita mungkin tertanya-tanya apakah waktu terbaik untuk memancing di kawasan muara dan persisiran?

Salah satu rahsia kejayaan untuk memancing dikawasan sebegini dengan belajar memahami teori fasa bulan.

Bagaimana teori fasa bulan boleh membantu kita menentukan bilakah hari dan waktu terbaik untuk memancing?

Walaupun kedengaran agak saintifik, sebenarnya teori tidaklah terlalu sukar difahami.

Oleh itu, dalam artikel ini saya cuba menerangkan kepada anda seringkas yang mungkin, dan saya harap dapat faham dengan mudah.

Jom kita mulakan..

Asal-Usul Lahirnya Teori Solunar

Dari mana asalnya teori solunar ini?

Teori ini sebenarnya dicipta oleh John Alden Knight pada tahun 1926

teori solunar

Dia menyatakan ada 3 faktor yang beliau percaya mempengaruhi kelakuan harian ikan. Ini termasuk ikan laut dan juga ikan air tawar.

Beliau menerbitkan teori ini selepas mengkaji 33 faktor dikatakan mempengaruhi hasil pancingan.

Dan daripada keseluruhan 33 faktor itu, dia telah menyingkirkan kesemuanya itu kecuali tiga perkara:

  • Matahari
  • Bulan
  • Pasang-surut lautan.

Pasang-surut memang sudah menjadi faktor menentu bagi pemancing air masin.

Walaupun sememangnya matahari dan bulan memainkan peranan penting dalam menjana pasang-surut lautan, Knight turut berpendapat bahawa bulan dan matahari juga menjadi perangsang (stimulus) kepada kelakuan dan mood ikan (selain daripada pasang-surut) kerana ia juga turut mempengaruhi spesis ikan air tawar.

Oleh kerana pengaruhnya, dia menamakan teori ini bersempena matahari (sol) dan bulan (lunar) yang digabungkan menjadi solunar.

Adakah Ramalan Teori Solunar Ini Tepat?

hasil teori solunar

Knight mendapati bahawa lebih dekat kedudukan matahari atau bulan dengan bumi, maka lebih kuat pengaruhnya terhadap ikan.

Dan kemuncak kepada pengaruh ini berlaku pada fasa anak bulan dan bulan purnama.

Kajian teori solunar terhadap lebih dari 200 tangkapan mendedahkan bahawa 90% daripadanya dibuat semasa fasa bulan baru (anak bulan), dimana pengaruh solunar adalah terkuat, dan juga tangkapan itu dibuat pada masa yang tepat seperti yang diramalkan.

Setelah melakukan analisis demi analisis, akhirnya Knight menerbitkan jadual solunar pertama pada tahun 1938, yang meramalkan masa masa tepat bagi major dan minor period (saya akan terangkan dibawah)

Kajian ini juga turut disokong analisis yang bersistematik oleh para saintis dan ahli biologist.

Kunci kepada ramalan teori solunar adalah pengiraan tepat terhadap kedudukan matahari dan bulan yang berkait dengan sebarang kedudukan geografi pada bumi.

knight membahagikan ramalan tempoh ikan aktif kepada dua, iaitu major period dan minor period.

  • Major period – Bermula ketika kedudukan bulan berada tepat di puncak atau bulan berada tepat di bawah kaki kita (di seberang bumi yang bertentangan)
  • Minor period – Bermula ketika kedudukan mulai terbit atau bulan mulai tenggelam.
PERHATIAN!

Untuk memudahkan anda memahami perkara ini, saya menyarankan anda membuka laman web Tides4fishing.com

Website ini memberikan informasi yang menyeluruh, bermula dari pemilihan lokasi, hari yang disasarkan, informasi pasang surut, tidal coefficient, dan teori solunar.

Bila Berlakunya Hari Kemuncak Solunar?

Matahari dan bulan adalah dua sumber kuasa astral yang terhebat terhadap bumi.

Lebih dekat kedudukan mereka dengan bumi, maka lebih kuat-lah pengaruh mereka.

Hari yang mempunyai fasa bulan purnama atau anak bulan akan memberikan pengaruh terkuat setiap bulan, dengan anak bulan mempunyai pengaruh terkuat.

teori solunar apogee perigee

Kita harus tahu bahawa bulan mengorbit bumi dalam trajektori eleptical dan pada masa yang sama bumi juga turut mengelilingi matahari.

  • Bila kedudukan bulan paling dekat dengan bumi, ia dipanggil Perigee
  • Bila kedudukan bulan paling jauh pula, ia dikenali sebagai Apogee.

Pada fasa bulan purnama, kedua-dua bulan dan matahari akan berada di langit secara bertentangan diantara satu sama lain.

Semasa bulan baru pula, kedudukan matahari dan bulan adalah dekat dan beredar hampir bersama-sama.

Oleh itu, pengaruh solunar ketika ni adalah terkuat kerana gabungan dua kuasa astral ini.

Jadi, Bilakah Waktu Terbaik Untuk Turun Memancing?

teori solunar
Perhatikan aktiviti makan ikan diramalkan paling aktif ketika fasa anak bulan

Ikan biasanya akan mula mencari makan pada waktu matahari terbit dan matahari terbenam.

Oleh itu, pemancing sebolehnya target pada waktu ini untuk memburu.

Jika tekanan atmosfera dan faktor lain yang memberangsangkan, ikan akan aktif untuk tempoh satu hingga dua jam.

Apabila major period kebetulan jatuh pada 30 minit hingga sejam sebelum matahari terbit atau terbenam, ia akan meningkatkan aktiviti makan ikan dengan hebat.

Malah, jika minor period (bulan timbul atau tenggelam) yang berlaku dalam tempoh itu, keaktifan dan aktiviti makan akan menjadi lebih hebat.

Aktiviti ini akan menjadi sangat sengit bila fenomena berlaku pada bulan purnama atau bulan baru.

Kajian Knight mendedahkan bila keadaan ini wujud, ikan menjadi sangat galak sehingga menyambar apa sahaja yang mereka nampak dan mereka bau.

Berapa Lama Pengaruh Solunar Dapat Bertahan?

Masa ketika fasa anak bulan adalah waktu intensiti ikan makan paling maksimum.

Pasang-surut lautan mencerminkan intensiti ini dalam bentuk magnitud dan kesan maksimum ini akan bertahan selama tiga hari dimana ia bertepatan dengan air pasang, iaitu hari ketiga bulan Islam.

Selepas itu, intensiti pengaruh solunar akan beransur hilang sehingga ia berada dalam tahap minimum sehingga fasa suku ketiga (terakhir) bulan, sebelum ia meningkat semula sehingga bulan purnama dan kitaran ini berulang.

Nota Penting Menggunakan Kalendar Solunar Untuk Merancang Trip Memancing

Teori disebalik kalendar solunar adalah:

— ikan cenderung untuk makan dengan aktif semasa waktu puncak dimana tarikan graviti bulan dan matahari adalah yang terkuat.

Walaupun begitu, adalah penting untuk kita ingat bahawa keputusan yang baik untuk menentukan waktu memancing tidak hanya bergantung kepada satu teori tunggal sahaja, tetapi ia juga turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain:

Cuaca, pasang-surut, tekanan barometrik, suhu air sejuk adalah contoh faktor lain yang perlu dipertimbangkan apabila merancang trip memancing.

Jika kita melihat kalendar solunar pada bulan tertentu, kita akan terperasan bahawa aktiviti makan ikan tertinggi diramalkan pada hari dimana kedudukan bulan terdekat, semasa fasa bulan purnama atau fasa anak bulan.

Semasa fasa bulan suku atau fasa suku ketiga, aktiviti ikan dan hidupan lain biasanya adalah pada tahap paling rendah.

Bila menggunakan kalendar solunar untuk membantu kita merancang trip memancing, kita perlu melihat kepada major dan minor period:

major periods

  • Major period

Berlangsung selama 2 jam.

Major period berlaku ditengah-tengah masa solunar yang dicatatkan pada kalendar.

Sebagai contoh, jika kalendar solunar mencatatkan waktu makan major period berlaku pada 6.30 a.m, kita perlu berada dilokasi memancing tidak lewat dari 5.30 a.m dan meneruskan aktiviti memancing sehingga sekurang-kurangnya jam 7.30 a.m.


  • Minor period

Berlangsung selama 1 jam.

Seperti diatas, ia berlaku ditengah-tengah masa solunar.

Itu bermakna jika minor period berlaku pada 6.15 a.m, kita perlu berada di lokasi tidak lewat dari 5.45 a.m dan bertahan sehingga 6.45 a.m

Jika kita merancang trip memancing berdasarkan waktu puncak yang dinyatakan dalam kalendar solunar, selalu ingat untuk memeriksa faktor keadaan ramalan cuaca setempat.

Cuaca seperti ribut atau tekanan barometrik yang tidak stabil akan memberi kesan buruk terhadap mood dan aktiviti makan ikan.

Penutup: Ia Tidak Menjamin, Tetapi Sekurang-kurangnya Ia Membantu..

casting siakap merah teknik

Walaupun teori ini hanyalah satu ramalan, saya rasa kita tidak harus menolaknya terus.

Memang benar ia tidak menjamin kita menangkap banyak ikan (atau tidak kumpau), tetapi sekurang-kurangnya ia akan menjadi panduan yang berguna kepada kita untuk merancang trip mengikut situasi keadaan terbaik.

Semoga panduan ini membantu anda memahami hubungan antara matahari, bulan dan pasang-surut dengan lebih baik.

Jika terdapat kesalahan fakta atau teknikal, mohon perbetulkan saya agar sama-sama kita dapat menimba ilmu dalam dunia memancing.

Akhir kata, kumpau itu indah! ???? 

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

6 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
rulzam
rulzam
4 tahun yang lalu

salam tuan.tq atas info yang baik.ada sedikit kemusykilan berkaitan major/minor period :-
jika diteliti waktu ikan aktif adalah pada fasa anak bulan dan fasa bulan purnama , adakah keadaan major/minor period ini berlaku dalam setiap hari pada fasa tersebut?
ataupun
fasa anak bulan = berlaku major period sahaja
fasa bulan purnama = berlaku minor period sahaja

mohon penjelasan lanjut ya

p/s baru nak belajar memancing

bill
bill
4 tahun yang lalu

apa solunar apps d playstore yg tuan guna…?

hafiz
hafiz
5 tahun yang lalu

TERBAIK TUAN. SEMOGA SIHAT DAN CERIA SELALU

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading