Hobi adalah Perbuatan, Bukan Aktiviti Mengumpul Barang

Hobi memancing

Memang seronok mempunyai hobi, tetapi kita selalunya mudah terbabas dari hobi kita yang sebenar – iaitu berlebih-lebihan memberi barang berkaitan dengannya.

Dari semasa ke semasa, kita perlu mengingatkan diri kita bahawa hobi kita adalah tentang perbuatan, bukan mengumpul benda.

Semakin serius kita terlibat, semakin banyak kita akan terjerumus kearah mengumpul barang berbanding betul-betul menikmati hobi kita.

Ambil satu contoh mudah yang saya sendiri hadapi, iaitu memancing.

Ia bermula dengan kekerapan saya dapat turun memancing asal sahaja ada ruang dan peluang.

Perlahan-lahan, saya mula membeli alat memancing dan menyimpannya, konon untuk digunakan pada masa akan datang.

Peralatan saya bertambah, tetapi waktu untuk saya turun memancing tidak.

Waktu inilah kita perlu mengingatkan diri kita tentang hobi kita yang sebenar.

Jika kita pergi ke kedai membeli sesuatu atau barang (yang berkaitan hobi), maka rancangkan agar kita dapat meluangkan masa supaya betul-betul dapat menggunakan barang tersebut.

Jadikan pembelian itu berbaloi.

Contohnya, jika anda minat membaca, dedikasikan masa untuk membaca buku yang anda beli tersebut. Bukan sekadar beli beberapa buah buku kemudian simpan sahaja di rak.

Set dalam kalendar kita, sentiasa jadualkan masa untuk melakukan aktiviti berkaitan dengan hobi kita.

InsyaaAllah, keinginan kita untuk mengumpul barang pasti akan berkurangan.

Dan kita akan merasa lebih gembira apabila dapat melakukan apa yang betul-betul kita gemari sebenarnya.

Dan satu lagi, jangan mudah terjatuh dalam perangkap meyakinkan diri kita bahawa koleksi barangan kita itu akan buat duit pada akan datang.

Tidak.

Ia hanya akan menjadi sampah.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Padin
5 tahun yang lalu

Jadi mungkin murid2 tulis masa sekolah rendah “hobi – mengumpul setem” tu salah?

Xplorasi Destinasi
5 tahun yang lalu

Saya rasa, saya terjebak dengan perkara yang lebih kurang sama. Salah satu hobi saya adalah membaca. Satu hari, saya perasan, hobi membaca mula bertukar kepada hobi mengumpul buku.

bacanya tidak, akhirnya buku yang banyak hanya memenuhi rak. Sekarang ni saya ubah pendekatan. Stop beli buku dan pinjam buku dari perpustakaan negara. Ya, hobi tu adalah sesuatu yang kita lakukan :)

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading