Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan legasi cara hidup dan cara fikir yang telah direkodkan secara teliti serta dijaga oleh keluarga, sahabat, dan ulama di sepanjang zaman.
Untuk mencuba mengikut gaya hidup baginda ini – walaupun dalam perkara kecil seperti cara baginda tidur atau makan – adalah sumber tenaga spiritual dan produktiviti.
Dalam buku Healing Body & Soul oleh Amira Ayad memberikan gambaran kekuatan yang diperoleh hasil mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
Ini kerana ia merupakan perbuatan menahan diri daripada mengambil nutrisi pada waktu yang tertentu.
Namun, banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat manfaat berpuasa terhadap kesihatan dan bagaimana ia menjadi latihan untuk tubuh jika dilakukan dengan bersederhana.
Dan ia adalah satu peringatan bahawa makanan yang kita makan mempunyai impak secara terus kepada hidup, kesihatan, rupa dan sudah pastinya produktiviti kita.
Namun, berapa ramai yang mengaplikasikan nasihat ini dalam kehidupan seharian kita?
Apakah yang menyebabkan kita rasa malas untuk bersenam?
Pakar kecergasan peribadi, Chuck Runyon telah menulis dalam bukunya Working Out Sucks: “Dua puluh tahun lalu, ada tiga sebab utama untuk tidak menyertai kelab (kecergasan) iaitu:
“saya tiada masa”
“saya tidak mampu”
“Saya tidak boleh memberi komitmen”
Ketiga-tiga alasan ini masih popular pada hari ini.
Apabila kita cuba memaafkan diri kita kerana tidak bersenam, alasan-alasan kita kelihatan sangat tipikal.