Formula Kejayaan: Lupakan Tentang Matlamat. Sebaliknya Fokus Kepada Proses

matlamat dalam kehidupan seharian

Kita ada banyak perkara yang ingin dicapai dalam hidup.

Mendapat tubuh badan yang sihat, membina perniagaan yang berjaya, membesarkan keluarga bahagia, menulis buku best selling, travel ke seluruh dunia..

.. dan sebagainya.

Dan untuk kebanyakkan orang, laluan kepada semua perkara-perkara ini adalah bermula dengan menetapkan matlamat.

Sekurang-kurangnya, ini adalah langkah yang paling asas bagaimana kita semua mengharungi kehidupan sebelum-sebelum ini.

Saya boleh menetapkan matlamat untuk sebeberapa banyak artikel nak saya tulis, ke negara mana saya ingin travel seterusnya, dan sebeberapa banyak client yang saya mahu dalam bisnes foto saya.

Tapi, apa yang saya mula sedar adalah;

— apabila ia menjadi sesuatu yang perlu disiapkan, maka kita perlu membuat kemajuan terhadapnya..

Dari sinilah bermulanya perbezaan diantara matlamat dan proses.

Biar saya jelaskan..

Baca Sepenuhnya

Mengatasi Sikap Malas dan Melengahkan Kerja Menggunakan Strategi 2 Minit

malas
mengatasi sikap malas dengan strategi 2 minit

Kebanyakkan orang termasuklah saya, biasanya mempunyai satu sikap yang buruk, iaitu suka menangguhkan kerja.

Saya tahu, memang susah nak selesaikan semua perkara, terutamanya ketika kita sedang penat dan mood tidak bagus.

Betul tak?

Baru-baru ini saya ada mengikuti satu formula ringkas yang membantu saya mengatasi sikap malas / suka berlengah-lengah dan membuatkan saya senang untuk kekal pada rutin baru.

Anda boleh cubanya dan lihat bagaimana ia boleh memberi kesan dalam hidup anda.

Tahu apa yang terbaik?

Tiada strategi yang lebih ringkas daripada ini.

Disini adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu..

Baca Sepenuhnya

Tips Mudah Tapi Berkesan Atasi Sikap Suka Bertangguh

bertangguh
Atasi sikap bertangguh | Procrastination by dinabelenko

Mungkin:

Kali pertama sejurus anda melihat atau terbaca permulaan tajuk artikel ini, akan tercetus dalam fikiran anda;

 Aku baca jap lagi ah artikel ni..”

Tapi jangan!

Jika ada tugasan lain, biarkan dulu. Baca artikel ini sekarang.

— Sila jangan bertangguh.

Saya akan hanya mengambil 2 minit masa anda.

Dan anda InsyaaAllah pasti akan dapat menjimatkan beratus-ratus jam masa dalam kehidupan.

Baca Sepenuhnya