Apakah Itu Argumentum Ad Populum

Apakah Itu Argumentum Ad Populum

Apakah maksud Argumentum ad populum?

Argumentum ad populum bermaksud “pandangan umum masyarakat” dalam bahasa Latin.

Ini adalah suatu bias dimana seseorang itu menerima sesuatu yang pandangan yang popular sebagai sesuatu benar tanpa pertimbangan yang logik.

Kita hidup di dunia yang penuh dengan pelbagai pandangan dan hujah.

Sesetengah pandangan akan membentuk cara kita membuat keputusan dan ianya berlaku tanpa kita menyedarinya.

Apatah lagi jika sebahagian besar orang menganggap sesuatu perkara sebagai suatu kebiasaan norma.

Contoh yang baik bagi menunjukkan argumentum ad populum ialah: “Belajar di universiti adalah perlu untuk berjaya”

Kerana majoriti orang berpandangan sebegitu, maka ramailah yang melanjutkan pelajaran ke universiti tanpa berfikir panjang.

Mereka sanggup membuat pinjaman pendidikan demi membayar yuran yang adakalanya tidak masuk akal.

Kebanyakkan orang tidak mempersoalkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk mendapat kembali pulangan terhadap pelaburan yang telah mereka lakukan.

Ramai orang tidak terfikir sama ada mereka boleh memperoleh pengetahuan yang sama melalui cara lain, tanpa membazirkan 4-5 tahun hidup mereka.

Atau mungkin ada peluang mereka boleh menggunakan masa tersebut ke arah yang lebih baik dengan melakukan perkara lain.

Mendapatkan ijazah universiti hanyalah sekadar perbuatan menandakan tick-box untuk mencapai ke argument seterusnya iaitu: “Anda perlu mencari kerja”

Ini kerana semua orang melakukan perkara itu.

Argumentasi Dari Pelbagai Pihak (Argument From Consensus)

Argument from consensus adalah nama lain bagi argumentum ad populum

Konsensus merujuk kepada satu persetujuan atau kesepakatan yang dicapai oleh sejumlah pihak atau individu dalam sesuatu perkara.

Dalam konteks argumentasi, argument from consensus adalah apabila seseorang mencadangkan bahawa suatu pendapat adalah benar berdasarkan fakta bahawa ramai orang mempercayainya.

Anda boleh melihat argumentum ad populum di mana-mana sahaja: dalam bidang politik, perniagaan, fesyen.

Dan ia bukan sahaja berlaku pada peringkat makro. Ia juga berlaku di tempat kerja, kumpulan rakan, atau keluarga anda.

Jika orang di sekeliling anda mempunyai pandangan politik, kelaziman, atau pendapat tertentu — anda mungkin akan terpengaruh dengan mereka tanpa sedar.

Ini bukanlah bermaksud mereka semua tidak baik atau salah. Masalahnya adalah pada diri kita sendiri, iaitu akan kita cenderung untuk menerima sesuatu pandangan tersebut tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Kerana jika anda tidak menyaring idea-idea ini dengan akal yang sedar, lambat laun anda pasti akan terpengaruh kepada perkara-perkara yang tidak benar atau tidak memberi manfaat kepada anda.

Jadi, daripada berfikir “Semua orang percaya itu, jadi ia pasti perkara betul”, ..

… maka sebaliknya selalulah tanamkan dalam fikiran bahawa: “Semua orang melakukan itu, tetapi ia masih mungkin tidak benar.”

Membentuk pemikiran alternatif yang lebih baik untuk mencari jawapan yang betul.

Kita boleh mengambil argumen seseorang dan mencuba memperbaikinya dengan cara yang membuatnya lebih kukuh dan relevan, sebelum mencari jawapan yang lebih tepat.

Tanya Diri Anda

Fikirkan mengenai pendapat, kepercayaan, dan kelaziman anda yang sedia ada.

Adakah anda memperolehnya melalui pemikiran anda sendiri? Atau kerana ia adalah pendapat majoriti di kalangan rakan, rakan sekerja, atau komuniti anda?

Jika jawapannya adalah yang kedua, maka mulakan proses menghapuskan pemikiran tersebut untuk membersihkan minda anda.


Pautan berguna:

  1. Ad Populum: Appeal to Popularity
  2. Argumentum ad Populum (Appeal to Numbers)
  3. Argumentum ad populum (Wikipedia)
  4. What is an example for the “fallacy” argumentum ad populum?

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading