Adakah benar bahawa doa sangat berkuasa sehingga dapat mengubah takdir dan apa yang telah tertulis terhadap nasib kita?
Al-Quran menyatakan bahawa jika Nabi Yunus tidak berada di kalangan musabbihin (iaitu mereka yang sentiasa mengingati Tuhan), Allah tidak akan menyelamatkannya dari perut ikan paus.1 Anda boleh merujuk kisah ini dalam surah As-Saaffaat ayat 142 – 144
Kisah ini menunjukkan bahawa apa yang kita lakukan sekarang boleh mempengaruhi apa yang Tuhan takdirkan untuk kita.
Ia didefinisikan sebagai sentiasa sedar tentang kehadiran Tuhan dan sifat-sifatnya.
Keadaan ini membolehkan seseorang untuk melihat hidupnya secara berbeza dan tidak dibuai oleh keinginan dunia ini.
Ketakwaan adalah sumber utama kepada barakah dan motivasi dalaman kerana ia memberikan asas kukuh untuk nilai-nilai (values) serta prinsip kita yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
— Tidak kira bagaimana kita diuji, ketakwaan lah yang akan mengekalkan kita di jalan yang lurus.