Membina Kekuatan & Produktiviti Dengan Solat Tahajud

solat tahajudBangun ditengah malam untuk solat mungkin dianggap lawan kepada produktiviti.

Seseorang mungkin berkata, mengikut logik kita yang terhad, kita akan berasa letih pada hari esoknya dan tidak dapat berkerja dengan baik.

Ini mungkin benar, hanya jika kita memahami maksud tahajud dengan cara yang salah.

Saya harap artikel ini akan dapat menjelaskan hubungan antara tahajud dengan produktiviti secara lebih baik.

Pertama, mari kita ingat bahawa Allah menggalakkan orang mukmin melalui banyak ayat di dalam al-Quran agar meninggalkan tempat tidur mereka sebelum subuh dan bangun bertahajud.

Allah mengarahkan Pesuruh-Nya pada permulaan kenabian untuk meluangkan sekurang-kurangnya separuh malam dengan solat.

Allah berfirman:

Wahai orang yang berselimut!

Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.

Surah Al-Muzammil ayat 1-4

Apabila solat separuh malam menjadi sukar untuk orang Muslim, Allah mempermudahkan lagi waktu solat itu.

Firman-Nya:

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al-Muzzammil ayat 20

Maka Allah menggalakkan orang beriman untuk solat semampunya.

Ini seolah-olah Dia memberitahu kita agar tidak mengabaikan solat malam walaupun ia hanya pilihan.

Kedua, galakan sebegini daripada pencipta kita sepatutnya menjadikan kita berfikir tentang hal ini.

Kalaulah solat tahajud ini sebegini penting untuk Allah, maka sepatutnya aku bangun malam dan bersolat walaupun ia sukar.

Mesti ada sesuatu yang begitu baik tentangnya untuk aku sebagai manusia.

Kita sepatutnya selalu percaya bahawa Allah tahu apa yang paling baik untuk kita dan apa yang kita mampu dan tidak mampu lakukan.

Maka, persoalannya bukan pada sama ada tahajud itu perkara itu perkara dalam kemampuan atau tidak akan memberikan kesan kepada produktiviti atau tidak.

Tetapi ia adalah mengenai bagaimana kita mampu melakukan tahajud dan pada masa yang sama, masih mampu mengekalkan produktiviti seharian kita.

Kita patut ingat bahawa Allah tidak akan sesekali membebankan kita dengan perkara yang kita tidak mampu – inilah titik permulaannya.

Allah berfirman:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Surah Al-Baqarah ayat 286

Setakat ini saya telah memberikan pelbagai sebab kenapa kita patut bangun malam dan solat tahajud.

Sekarang, mari kita lihat hubungan antara tahajud dengan masa spiritual.

Ini harus saya jelaskan dari sudut spiritual.

Apabila kita bangun di tengah malam ketika semua orang lain sedang tidur, kita sebenarnya sedang melaburkan masa spiritual.

Natijahnya, keberkatan akan memenuhi hidup kita.

Kita menjadi lebih tenang dan minda akan fokus kepada perkara-perkara penting dalam kehidupan kita.

Bacaan dalam solat-solat kita dituturkan dengan tulus dan jauh di dalam hati.

Kita mengetahui bahawa Dia sedang mendengar.

Bandingkan keadaan ini dengan bila kita bangun lambat dan disibukkan dengan gangguan keduniaan bermula ketika kita membuka mata.

Kita mungkin akan menghantar anak dengan tergesa-gesa ke sekolah, mengejar masa ke pejabat dan sebagainya.

Ia akan memberikan kesan negatif kepada keseluruhan hari kerana kita sudah terganggu, berasa tidak puas dan sedih.

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa tahajud adalah kehormatan seseorang mukmin kerana ia memberikan masa peribadi antara kita dengan Tuhan.

Jika kita percaya bahawa kita milik-Nya dan kita akan kembali kepada-Nya, maka laburkan sedikit masa spiritual kita dengan tahajud dan lihatlah bagaimana kekuatan dan produktiviti ktia akan meningkat!

Menurut Imam al-Ghazali, terdapat empat sebab keduniaan dan empat sebab kerohanian untuk membantu seseorang tahajud.

Sebab keduniaannya adalah:

  • Mengelak makan dan minum secara berlebihan yang hanya akan menyebabkan tidur berlebihan
  • Tidak meletihkan diri dengan perkara tidak bermanfaat pada siang harinya.
  • Tidur sebentar pada waktu tengah hari yang mana ia akan membantu kita untuk solat malam.
  • Tidak membuat dosa pada siang hari yang mana ia mungkin akan menghalang kita daripada melaksanakan solat tahajud

Sebab kerohaniannya pula adalah:

  • Untuk membersihkan hati kita daripada sebarang kebencian terhadap orang Islam lain.
  • Untuk sentiasa mempunyai rasa takut dalam hati kita terhadap Tuhan dan menyedari bahawa hidup kita sangat singkat.
  • Untuk memahami manfaat tahajud.
  • Untuk mencintai Allah, dan mempunyai iman yang kuat apabila kita bangun solat malam ‘memanggil’ Allah.

Penutup

Memahami produktiviti spiritual bermaksud memahami hubungan antara dunia ketuhanan yang ghaib dengan dunia fizikal kita ini.

Hubungan itu wujud dan kesannya dapat dirasai.

Persoalannya adalah sama ada kita akan menggunakan hubungan tersebut dan memastikan kita sentiasa hidup secara produktif yang mana ia akan memberikan kita kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kita perlu sentiasa memohon keampunan dan menjauhi dosa bagi melindungi diri kita daripada akibat yang menggerunkan di akhirat.

Artikel ini dipetik daripada buku The Productive Muslim tulisan Mohammed Faris.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Fauziah
Fauziah
5 tahun yang lalu

Terima kasih untuk info yang sangat berguna

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading