Apakah Maksud Sebenar Produktiviti?

definisi produktiviti
Apakah yang anda faham mengenai produktiviti?

Apakah Definisi Produktiviti?

Secara mudahnya, produktiviti adalah output yang dikeluarkan lebih banyak daripada input:

— Iaitu berapa banyak hasil yang kita dapat daripada apa yang kita laburkan.

Ia adalah satu ukuran kecekapan seseorang untuk menyelesaikan sesuatu tugas.

Contohnya:

Sekiranya kita meletakkan tempoh tiga jam untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang sepatutnya mengambil masa enam jam untuk dihabiskan – maka secara teknikalnya kita adalah produktif.

Tetapi definisi ini lebih sesuai untuk produktiviti hasil kilang, berbanding dipadankan dengan produktiviti manusia sebagai makhluk hidup.

Saya lebih suka mendefinisikan produktiviti bagi seorang manusia seperti ini:

Produktiviti = Fokus x Tenaga x Masa

Untuk menjadi seorang yang produktif, kita memerlukan tiga elemen, iaitu: fokus, tenaga dan masa.

  • Sekiranya kita mempunyai fokus dan masa namun kurang tenaga, maka kita akan cepat letih dan menjadi malas untuk melaksanakan tugas.
  • Jika kita mempunyai banyak tenaga dan masa tetapi kurang fokus, perhatian kita akan senang terganggu, melompat daripada suatu tugasan kepada yang lain, tanpa dapat menyiapkan tugasan wajib kita.
  • Sekiranya kita mempunyai tenaga dan fokus namun tidak mempunyai masa, akhirnya kita tidak akan dapat menjadi produktif.

Oleh itu, produktiviti adalah suatu fungsi kepada ketiga-tiga perkara ini.

Definisi ini akan membantu kita memahami dengan jelas mengapa kita adakalanya menjadi tidak produktif pada sesetengah waktu.

Perkara yang perlu ditanyakan kepada diri kita adalah:

Adakah saya sedang malas, sedang terganggu atau sedang tergesa-gesa?”

Jawapan kita akan memberitahu komponen mana yang perlu kita fokuskan, sama ada tenaga, fokus atau masa, supaya kita dapat memperbaiki produktiviti diri sendiri.

 

Salah Faham Mengenai Produktiviti

Kita selalu menganggap produktiviti adalah bermaksud menyiapkan tugasan “sebanyak mungkin” setiap hari.

Salah!

— Produktiviti yang sebenar ialah menyiapkan perkara penting secara konsisten.

Dan tidak kira apa yang kita sedang usahakan, hanya terdapat beberapa perkara sahaja yang benar-benar penting.

Menjadi produktif adalah tentang mengekalkan kelajuan yang stabil pada beberapa perkara, bukan hendak cepat pada segala benda.

Artikel ini adalah berkaitan memahami bagaimana untuk menguruskan masa, tenaga dan fokus supaya kita dapat hidup dengan lebih produktif, serta bagaimana Islam boleh mendorong kita dalam ketiga-tiga faktor tersebut.

Dengan syarat

Sekiranya kita berfikir tentang orang yang bermain video games, mereka mempunyai fokus, mereka punya tenaga dan tentunya mereka juga mempunyai masa.

Tetapi adakah kita akan mengkategorikan aktiviti mereka itu sebagai sesuatu yang produktif?

— Tentulah TIDAK sama sekali.

Maka di sini kita meletakkan syarat kecil kepada definisi produktiviti tadi, dengan mengatakan:

Produktiviti = Fokus x Tenaga x Masa (untuk aktiviti atau tugasan yang bermanfaat)

Perlu ada perkara yang membuahkan hasil yang ingin kita capai, tidak boleh hanya pekerjaan yang sia-sia.

Produktiviti sebenarnya adalah tentang membuat pilihan-pilihan yang bijak (secara berterusan) dengan tenaga, fokus, dan masa supaya kita boleh memaksimumkan penggunaan potensi kita untuk mencapai hasil yang bermanfaat.

 

Bagaimana Islam Memandang Produktiviti?

Islam adalah lebih dari sekadar agama.

Malah ia adalah merupakan satu cara hidup yang mendorong ke arah kehidupan yang produktif.

Bagaimana Islam mengispirasikan kita supaya produktif?

Seperti yang saya telah menyebut di atas bahawa definisi Produktiviti = Fokus x Tenaga x Masa (menuju matlamat bermanfaat).

Setelah mengambil kira pandangan Islam tentang produktiviti, konsep ini boleh dikembangkan kepada:

Produktiviti = Fokus x Tenaga x Masa (Ke arah Memaksimumkan Ganjaran di Akhirat)

Definisi ini akan memastikan perbuatan dan produktiviti kita menuju kepada melakukan yang terbaik dalam hidup ini.

Jika kita melihat secara mendalam ke seluruh struktur agama Islam:

Bermula dari mengenalpasti tujuan hidup kita, sehingga kepada menjaga makan dan minum, serta waktu solat..

.. kita dapat melihat bagaimana Islam itu sendiri adalah satu cara hidup yang merangsang produktiviti!

Contohnya:

Jika kita melihat masyarakat Islam terdahulu, mereka tidak menetapkan untuk menjadi produktif

Tetapi mereka mengamalkan Islam dan patuh terhadap ajarannya dengan baik sehinggakan menjadikan mereka masyarakat yang mempelopori produktiviti pada zaman tersebut.

Islam memberikan kita fokus, tujuan dan matlamat;  3 ramuan penting untuk menjadi produktif.

Islam juga memberikan kita sudut kekuatan kerohanian untuk menjadi produktif.

Kita perlu tahu bahawa produktiviti adalah tidak hanya mengenai berkaitan fizikal tetapi ia juga menghubungkan minda, emosi dan juga jiwa kita.

Contohnya:

Seseorang yang mempunyai hati, jiwa dan minda yang tenang akan menjadi lebih produktif berbanding dengan individu yang sedang kemurungan.

 

Apakah Kaedah Terbaik Untuk Kita Menjadi Produktif?

Ia semudah dengan kita mempunyai matlamat yang jelas tentang apa yang kita ingin capai.

Dan mempunyai pemahaman yang jelas apakah tujuan Allah menciptakan kita.

Visi dan tujuan ini akan membantu mendorong kita menjadi produktif dalam kehidupan, mencapai banyak matlamat-matlamat kecil, dimana semua itu menuju ke arah mencapai matlamat yang besar.

 

Penutup

Produktiviti bukanlah satu perbuatan yang mementingkan diri sendiri

Bahkan sebenarnya, ia adalah ukuran terhadap orang yang benar-benar produktif.

Dimana ia bukan berkaita dengan sebeberapa banyak tugasan yang mereka berjaya selesaikan..

… tetapi bagaimana mereka dapat mengimbangi tanggungjawab yang berbeza dalam kehidupan mereka sambil menambah nilai dalam setiap bidang berbeza: keluarga, kerja, komuniti dan masa untuk pembangunan agama.

Artikel ini dipetik daripada buku The Productive Muslim tulisan Mohammed Faris.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading