Apa Tujuan Hidup Kita Di Dunia Ini Sebenarnya?

tujuan hidup di dunia
Photo by Ravi Roshan on Unsplash

Satu persoalan paling penting dalam kehidupan adalah: “Mengapa kita wujud?”

Untuk apa?

Dan ke mana destinasi kita selepas berakhirnya kehidupan ini?

Sifat semulajadi manusia adalah takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya..

Sifat semulajadi manusia biasanya takut atau sekurang-kurangnya tidak selesa berada di tempat gelap.

Mengapa?

— kerana di tempat yang gelap kita tidak dapat menguasai situasi.

Kita tidak tahu ada apa di sekitar kita.

Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak.

Di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan cemas, was-was, ragu-ragu dan khuatir.

Oleh kerana itu, kebanyakan orang tidak mahu berada di ruangan yang gelap.

Begitulah juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya. Dia akan selalu diselubungi dengan keraguan.

Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini.

Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati.

Orang seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian.

Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya.

Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya  ketidaktahuannya itu.

Orang yang mempunyai tujuan hidup yang salah juga akan merasa tidak tenang

Mengapa tidak tenang?

Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.

Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal.

Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan bunuh diri.

Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa.

Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.

Mencari makna dan tujuan hidup mempunyai impak yang besar kepada produktiviti kita

Hidup adalah perjalanan, peluang dan kepercayaan.

Nilai-nilai (values) yang mengawal hidup kita ini akan memberikan kesan kepada hasil perjalanan ini.

Malangnya, apabila kita melihat kepada penggerak produktiviti (drivers of productivity) dalam masyarakat pengguna hari ini, selalunya tujuannya tidak jelas dan tidak wajar.

Tujuan-tujuan ini sangat berkait rapat dengan dunia dan tidak langsung berkait hubungan kita dengan Allah.

  • Bagaimana kalau ada makna (meaning) yang boleh diselarikan dengan sebab kewujudan kita?
  • Bagaimana kalau ada tujuan yang telah sangat jelas dinyatakan, yang sepadan dengan sebab kewujudan kita di dunia?
  • Dan bagaimana kalau sebab dan tujuan ini boleh menjadi pemacu utama kepada produktiviti kita?

Inilah yang dibawa oleh Islam:

 — tujuan jelas yang boleh memacu segala tindak-tanduk kita. 

Ada dua ayat di dalam Al-Quran di mana Allah dengan jelas menyatakan tujuan hidup kita:

Ayat pertama mengatakan:

Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepada-Ku”

Surah Adz-Dzaariyat ayat 56

Ayat kedua mengatakan:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Surah Al-Baqarah ayat 30

Berdasarkan kepada kedua-dua ayat ini, ada dua fungsi yang dispesifikasikan oleh Allah untuk manusia:

  1. Untuk menjadi hamba Allah
  2. Untuk menjadi delegasi pemerintah atau penguasa di bumi

 

Mari kita kaji kedua-duanya dengan teliti:

1. MENJADI HAMBA ALLAH

Apabila kita melihat ayat pertama tadi di mana Allah mengatakan bahawa dia telah menciptakan manusia untuk beribadah kepada-Nya.

Kita sering kali memahami maksud ibadah dengan melaksanakan sesuatu perbuatan pada siang hari atau mengikuti sesuatu perintah dalam kehidupan seharian kita.

tujuan hidup

Namun, mari kita melihat kata dasar perkataan ya’budoon (perkataan bahasa Arab yang digunakan dalam ayat untuk makna menyembah tadi).

Kata dasarnya adalah ‘Abd yang secara literalnya bermaksud “hamba”.

Ini seharusnya menyedarkan kita bahawa Allah mencipta kita bukan untuk kita beribadah kepada-Nya secara main-main, tetapi beribadah sebagai hamba yang sebenar.

Apa perbezaannya?

  • Seseorang pelaku ibadah mempunyai pilihan bilakah waktu untuk beribadah dan bila waktu untuk tidak beribadah tetapi seorang hamba tidak mempunyai pilihan. Dia adalah hamba pada hari SETIAP MASA.
  • seseorang pelaku ibadah mempunyai waktu tertentu apabila dia dipanggil untuk beribadah tetapi seorang HAMBA boleh dipanggil untuk menyembah pada BILA-BILA MASA sahaja.
  • Seorang pelaku ibadah mempunyai perbuatan-perbuatan spesifik dalam ibadah (puasa, bersedekah, solat) tetapi seorang hamba melakukan semuanya tadi dan ditambah lagi dengan apa sahaja yang diminta oleh tuannya.
  • Perhambaan adalah kekal. Ibadah, tidak sekekal perhambaan.

Ramai orang tidak menyukai terma ‘perhambaan’ kerana ia kedengaran negatif dan lebih menyukai penggunaan kata ‘khidmat’.

Mereka merasakan perkataan perhambaan itu merendahkan, apatah lagi bila dilihat pada konteks sejarahnya.

Namun, saya mahu kita memahami bahawa Allah memanggil kita untuk suatu jenis perhambaan yang berbeza:

— iaitu perhambaan yang mengikat kita kepada-Nya dan membebaskan kita daripada gari-gari kehidupan keduniaan.

Sebagaimana guru saya memberitahu saya, “jika kamu tidak menjadi hamba kepada Allah, kamu akan menjadi hamba kepada perkara lain”.

Itu adalah fitrah manusia.

Kita diciptakan sebagai hamba dan tidak punya pilihan:

Sama ada kita menyerah dan menjadi hamba kepada Pencipta kita yang mencipta langit dan bumi, pencipta kita yang sebenar, bukan secara sukarela..

.. atau kita menjadi hamba kepada duit, pekerjaan, keluarga, ego dan lain-lain.

Mana satu yang kita mahu?

Hamba kepada Yang Maha Penyayang?

Atau hamba kepada suatu benda lain selain Dia.

Ketika ini anda mungkin tertanya-tanya:

Apa kaitan menjadi hamba kepada Allah dengan mencari tujuan dan menjadi produktif?

Ini jawapan saya sebagai teras artikel ini:

— Jika kita menerima bahawa kita ini hamba Allah, maka itu bermaksud apa yang kita lakukan dan apa yang kita katakan, seharusnya selari dengan apa yang pencipta kita mahukan.

Dengan hanya menerima hakikat yang kita adalah hamba kepada Allah, ia membuka tahap baru kepada tujuan dan makna hidup dalam kehidupan kita.

Kita tidak akan lagi taasub perlumbaan mengejar kejayaan dunia.

Perkara utama yang patut menjadi kekhuatiran kita adalah:

  • Bagaimana aku dapat menjadikan tuhanku gembira?
  • Bagaimana aku dapat menjadi hamba terbaik buat Allah?

Ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita dengan:

Pertama, dengan menyerah diri sebagai hamba Allah, kita akan mengubah cara pandang kita terhadap kehidupan serta akan sentiasa termotivasi untuk hidup berdasarkan nilai Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW, dan bukannya nilai hidup manusia yang sentiasa berubah.

Kedua, kita akan mempunyai matlamat hidup yang lebih tinggi dimana ia akan membantu kita menyeimbangkan antara pelbagai peranan hidup (sebagai ibu bapa, pasangan suami isteri, anak, jiran, pekerja dan lain-lain)

Ketiga, kita akan sentiasa berasa berhubung dengan Tuhan kita dan mencari jalan untuk menyenangkan-Nya dalam setiap keputusan yang dibuat, baik kecil atau besar (seperti di mana mahu tinggal, perniagaan apa yang patut disertai dan lain-lain).

Ini membawa kepada tanggungjawab diri, nilai moral yang lebih tinggi dan motivasi untuk mengejar kecemerlangan dalam kehidupan seharian.

Menerima peranan hakiki kita sebagai hamba Allah secara dasarnya adalah penting untuk menjadi warga dunia yang sihat dan produktif.

Tanpa penerimaan ini, kita berisiko ‘menjual diri’ kita, nilai-nilai kita dan jiwa kita kepada urusan dunia yang hanya mahu memerah tenaga kita tanpa mengambil kira impaknya terhadap kesihatan, keluarga dan masyarakat kita.

Lebih banyak kita berfikir tentang hakikat kita sebagai hamba Allah dan hubungannya dengan produktiviti, semakin kita akan menyedari betapa pentingnya untuk hidup secara produktif.


2. MEMENUHI PERANAN SEBAGAI KHALIFAH BUMI

Peranan kedua yang Islam perintahkan untuk dipenuhi ialah menjadi pewaris kekuasaan Allah di bumi.

Dalam ayat, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" (Al-Baqarah ayat 30), perkataan bahasa Arab yang digunakan untuk ‘khalifah’ selalu disalah faham sebagai sistem politik yang dikuasai oleh khalifah.

– Ini bukanlah makna yang yang dimaksudkan oleh Al-Quran.

Maksud sebenarnya adalah:

Seseorang yang diberikan kuasa untuk memerintah atau seorang pemegang amanah berpotensi yang diamanahkan sesuatu tanggungjawab untuk tempoh sementara.

Perhatikan saya menyebabkan ‘berpotensi’ kerana kita perlu mendapatkan hak untuk menjadi seorang pemegang amanah sebenar di bumi dan ia bukannya hak keturunan (birthright).

Apa maknanya menjadi pemegang amanah Allah di muka bumi?

Hadis ini akan memahamkan kita tentang peranan ini:

Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin daripada kamu akan diminta pertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin.

Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya dan dia akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpin.

Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya dan dia akan diminta bertanggungjawab terhadap mereka.

Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dan akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.

Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya dan dia juga akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.

Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin.

Bukhari

Kita mungkin telah membaca hadis ini banyak kali tetapi kebanyakan kita silap dalam memahaminya dengan berfikir bahawa kita hanya perlu memenuhi tanggungjawab kita dengan melindungi serta menjaga apa yang telah kita di pertanggungjawabkan.

tujuan hidup produktif

Namun realitinya, perkataan Bahasa Arab yang digunakan untuk ‘pemimpin’ yang digunakan dalam hadis tersebut adalah ra’e yang mempunyai konotasi lebih mendalam yang dikaitkan dengan penggembala biri-biri.

Kalau kita fikirkan apa yang dilakukan oleh seorang penggembala, dia bukan sekadar melindungi, bahkan dia menjaga dan mengembangkan kawanan biri-biri itu.

Dia mencari kawasan rerumput yang baru, merawat yang sakit, memastikan anak biri-biri terjaga dan sebagainya.

Ia suatu tanggungjawab yang sangat aktif.

Bila kita memerhatikan hadis tersebut, ia bermaksud kita bukan hanya bertanggungjawab untuk melindungi atau menjaga hati apa yang di bawah jagaan kita, kita juga bertanggungjawab untuk memastikan ia membesar dan dipupuk (nurture).

Bukankah ini peranan seorang pemegang amanah?

Membantu menjaga, membesarkan dan megembangkan perkara yang telah diamanahkan kepadanya?

Saya berikan satu lagi contoh:

Bayangkan ibu bapa yang berfikir mereka sedang melaksanakan tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan sekadar membawa mereka ke sekolah.

Adakah mereka ini sedang melaksanakan peranan seorang ra’e (pemegang amanah) kepada anak-anaknya?

Secara jujurnya, seorang ra’e, seorang penggembala sebenar, ibu bapa bukan sahaja perlu memastikan anak mereka hadir ke sekolah, bahkan mereka juga harus memerhatikan tumbesaran mereka sebagai manusia produktif.

Ini bapa perlu memeriksa apa yang diajar di sekolah, bagaimana mereka membuat kerja rumah, akhlak yang mereka pelajari dan lain-lain.

Inilah caranya bagaimana kita melaksanakan peranan sebagai pemegang amanah dalam perihal anak-anak.

Fikirkan bagaimana konsep ini dapat diaplikasikan dalam kerjaya kita, kehidupan keluarga kita, kemajuan komuniti kita.

Lebih-lebih lagi, kita akan ditanya tentang amanah ini pada hari kiamat.

Jadi, ia tidak boleh dipandang remeh dan tidak serius.

Penutup: Produktiviti dalam islam adalah bermatlamat, dan bukannya tiada tujuan

Mungkin ini adalah soalan terakhir:

Bagaimana memahami tujuan hidup meningkatkan produktiviti?

Jawapannya adalah:

Jika seseorang  hidup dengan mentaati perintah Allah dan utusan-Nya dia akan hidup harmoni dan akan diberikan tenaga, fokus dan masa untuk mencapai potensinya secara maksimum.

Inilah keindahan Islam.

Ia mengatur dan memandu manusia secara lengkap dari kehidupan dunia sehingga akhirat.

Terdapat daya tolak yang berterusan dari dalam diri (intrinsic drive) yang sentiasa menolak kita untuk menjalani hidup dengan bermakna, dengan petunjuk ketuhanan, yang terbina secara fitrah.

Ia sangat jelas dinyatakan dalam Al-Quran tanpa ragu lagi.

Memahami tujuan ini dan menjadikan ia sebahagian darah daging kita dalam aktiviti kehidupan seharian kita adalah suatu daya pengubah yang yang besar buat mana-mana manusia sekalipun.

'Memaksimumkan ganjaran di akhirat' adalah teras kepada hidup yang bermakna — hidup yang bertapak di atas nilai-nilai (values) dan menyuburkan jiwa.

Semoga artikel ini membuatkan kita yakin bahawa kewujudan kita di dunia ini bukanlah sia-sia!

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

23 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nafi
Nafi
11 bulan yang lalu

Alhamdulillah terima kasih diatas perkongsian ini, sangat memberi manfaat pada saya

Manusia gile
Manusia gile
2 tahun yang lalu

Masalah nya dunia yg allah ciptakan ni bagi aku menyusahkan betul dh bagus kt syurga dan tak adil la bagi org yg hidup sekejap dh mati terus masuk syurga sbb dy meninggal masa bayi tiada dosa cube kalau dia hidup lama mesti akan buat dosa jugak tp untong mati cpt masok syurga dari yg macam ak hidup lama yg bayk dosa tp biasa la dh nama hidup manusia biasa mesti melakukan dosa allah tu dia yg hidupkan aku tampa kerelaan aku tanpa aku mintak untuk lahir kedunia tub2 aku kena jd bodoh ikut suruhan dia xikit masok neraka .aku boleh ikot apa yg allah nk kalau mmg hidup didunia aku yg mintak tp skg ni aku tk kintak nk hidup dan dilahirkan kedunia yg allah ciptakan ni. dh allah ciptakan aku sesuka dia je tanpa aku mintak pon untuk dilahirkan dan dihidupkan ke dunia lepastu kena ikot konsep ikot apa yg disuruh pencipta aku padahal aku tk suruh pon allah tu cipta aku aku xtahu apa .lepastu dh hidup kena ikot cpt manusia lain macam raja la sultan la apa lah semua benda nk kena ikot mcm aku pulak yg mintak nk hidup dunia ni allah semua sgt xmasok akal bagi aku .lagi2 jd perempuan mcm jd hamba abdi betul kt dunia ni kena tutup aurat la last2 lelaki yg terdwpan mesti sebab allah tu lelaki kan sbb tu selalu mudahkan urusan lelaki xpyh pakai tudung solat xpyh pakai telekung xpanas lepastu xpyh mengandung xpayah melahirkan xpyh menyusukan semua benda mudah lepastu claim perempuan lebih ramai dalam neraka mmg la ramai dlm neraka perempuan sbb allah tu suka menyusahkan hidup perempuan semua benda perempuan kena ikot ketat btol pkai tudung lelaki xpyh semua senang dari lelaki mmg la sbb peraturan lelaki senang betul tanggungjawab dy solat xpyh buat pape mungkin akan berat tanggungjawab kalau kawin tp kalau yg xkawin solat lepastu taat pada ibu bapa so itu jela tugas dy didunia senang betul allah mmg tak adil berat ke lelaki je sbb allah tu lelaki mcm perempuan mmg senang cite allah macam nk jd kan perempuan hamba abdi betul pakai tudung panas2 solat pakai telekung panas ikut nafsu main lelaki kena layan kalau lelaki nk xboleh bantah kena mengandung melahirkan menyusukan bagai lelaki bersenang atas kesusahan perempuan dunia ni mmg sangat tidak adil dan allah tk adil DUNIA YG ALLAH CIPTAKAN NI TAH PAPE dunia yg aku xmintak tp ak kena ikot mcm bodoh tahu menghukum sedangkan bukn ak yg mintak nk hidup

aria sastra
aria sastra
Reply to  Manusia gile
1 tahun yang lalu

bismillahirrahmanirrahim,
maaf saudari, saya berasa terpanggil utk reply komen saudari. sebab, saya mengaku, saya pernah terfikir mcm saudari kata ni. yelah, kalau ditanya kepada saya, saya pun tak nak hidup kat dunia ni kalau boleh. tapi saudari, sebenarnya sewaktu kita di alam roh iaitu sebelum alam rahim, memang kita yang minta kepada Allah, yang kita nak hidup di dunia ini. Kita bahkan bersaksi depan Allah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sebenar- benarnya dan kita janji yang kita akan worship dan sembah Allah (surah al A’raf ayat 172), sebab kita tahu apa ganjaran yang menanti kalau kita ikut suruhan Allah. saya juga nak tekankan yang Allah tak menyerupai dan x sama dengan makhluk-Nya, Allah xde jantina, Allah bukan lelaki dan bukan perempuan.
And, saya nak kata, jadi perempuan sebenarnya senang lagi drpd lelaki. ya, saya perempuan, dan dulunya, saya pun nak sangat jadi lelaki. tapi, perempuan xde tanggungjawab yang banyak mcm lelaki. Lelaki yang soleh beriman pun x senang2 masuk syurga sebab lelaki ada tanggungjawab kpd isteri, mak, kakak dan adik perempuan. kalau dia x berkahwin pun, ada 3 org lagi yang boleh tarik dia masuk neraka. sedangkan, perempuan boleh masuk ke syurga dengan hanya beriman dan beramal soleh. sampaikan Rasulullah kata dalam hadis, wanita mukmin itu, lebih mulia dan lebih baik daripada bidadari2 syurga, dan wanita solehah itu sebaik-baik perhiasan yang wujud dalam muka bumi ini.
Ya, jadi perempuan memang susah walaupun tanggungan x banyak. lagi2 perempuan semasa zaman jahiliah. bayi perempuan ditanam hidup2, jadi hamba seks kepada lelaki. sejak kedatangan islam, perempuan dapat banyak privilege yang lelaki x dpt. Saya penah dengar org Islam luar negara kata, takde agama yang paling femisnism selain Islam.
Allah itu maha Adil, saudari. Kita sakit, period, senggugut, Allah bagi kemudahan utk kita tak solat & tak puasa (cuma kena ganti lah, sebab tujuan puasa utk rasa kepayahan org miskin).
perempuan mati melahirkan anak, dianggap syahid.
bahkan perempuan yang melahirkan tu, diangkat darjat mereka, dan diwajibkan kpd anak utk berbuat baik kpd ibu dia, malah Rasulullah kata, segunung emas pun x mampu balas jasa ibu kita. kenapa? sebab perempuan yang susah payah kandung 9 bulan 10 hari tu, susukan baby sampai bengkak2, semua kesakitan tu perempuan yang tanggung. saudari tahu kenapa? kenapa bukan lelaki yg mengandung, sedangkan lelaki lebih kuat fizikal nya drpd perempuan. Allah nak bgtau, sebenarnya, wanita lagi kuat sebab kita mampu tahan sakit period, sakit mengandung, sakit nya melahirkan baby.
kita perempuan kena tutup aurat, lebih banyak kena tutup drpd lelaki. sebab apa? sebab wujud lelaki yang tak tundukkan pandangan dorg, utk kita perempuan ada perisai dan barrier drpd kena gangguan. tpi, isu gangguan seksual ni bukan sebab baju mangsa semata2. malah, tutup aurat ni tanda kita taat kpd Allah, x kira lah kita ni iman tebal ke nipis. saudari tahu tak, kepanasan yg menyebabkan satu je peluh kita@perempuan ni keluar, kita dapat pahala? tu baru satu peluh. bayangkan lah kalau kita sanggup menutup aurat sedangkan cuaca sekeliling kita tengah panas. senangnya kita dpt pahala bila kita tutup aurat. And saudari ada kata, perempuan jadi hamba abdi kpd lelaki & kena mengandung, kan? dalam islam, yes perempuan memang kena taat kepada suami. tapi, bukan saja2 taat eh. kerja2 rumah yang cuci pinggan basuh baju tu semua adalah kerja suami SEPATUTnya, menurut islam. kerja isteri hanya untuk suami je, TAPI bukan semata2 jadi hamba seks ke apa, sebab, perempuan ada hak utk tolak kemahuan suami, contoh semasa kita uzur ke, sakit ke.
Ya saudari, saya faham, ada orang, lahir2 keluarga sultan, keluarga kaya, even saya pun bukan drpd keluarga golongan berada pun. dunia memang x adil, malah dunia ni Allah sebut banyakkk kali dalam Al Quran, yang dunia ni x lain x bukan hanya permainan dan sia2. supaya kita x heran pun dengan dunia ni & kejar akhirat. sebab tulah, keadilan ni cuma wujud bila ia dipasangkan dengan akhirat, bila kita tahu, apa2 kesusahan dan kezaliman yang ditimpakan kpd kita, kita akan dapat ganjaran yang berbaloi di akhirat kelak (surah zalzalah).
Lagipun, kita x boleh anggap bahawa apa yang kita tengok tu, itulah yang betul. Adil di mata manusia tu x sama dan x layak langsung dibandingkan dengan adil di sisi Allah. Sama jugak dengan kebaikan, baik di mata manusia sangat sempit sedangkan baik di sisi Allah itu jauh lebih luas.
kita x boleh saja2 banding2kan apa yg kita nampak, dan terus anggap benda tu betul. saya harap saudari sentiasa dalam rahmat Allah, dan tak mudah berputus asa dalam apa jua ujian yang menimpa saudari. saya harap saudari x kecik hati dgn reply saya ni.
saya tulis disini bukan utk saudari shj, tpi utk saya juga, sebab saya sendiri manusia yg ada kelemahan.
terima kasih.

Mohdmartunis0612@gmail.com
Reply to  Manusia gile
1 tahun yang lalu

Anda sagat beruntung pemikiran anda sudah jauh mendalam semoga satu hari nanti datang hidayah Allah..

athiyah
athiyah
3 tahun yang lalu

ye saya sangat kagum

Mohd Nor
Mohd Nor
3 tahun yang lalu

sangat berbeza antara tujuan di CIPTAKAN dengan MATLAMAT HIDUP ATAU TUJUAN HIDUP.

Tujuan Hidup ada Satu sahaja.

Cth : Tujuan makan, Tujuan Minum ,Tujuan Bersukan. Ada satu jawapan.

shauqi
shauqi
3 tahun yang lalu

assalamualaikum saya kurang jelas lah tentang tujuan hidup kita ni boleh tak awak terang secara ringkas

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading