5 Kaedah Membina Perenggan Penutup (Berserta Contoh Sebenar)

perenggan penutupAnda mungkin telah menulis satu artikel yang bagus.

Penulisan tersebut dilengkapi dengan informasi berguna, kemas, dan sangat mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

Tetapi..

Artikel itu terasa kurang sempurna. Seperti terdapat ‘sesuatu’ yang hilang.

Ya, penulisan yang tidak disimpulkan dengan baik selalunya akan mencacatkan keseluruhan artikel.

Bagaimana saya boleh menulis penutup yang sempurna terhadap topik ini?

Bagaimana kita menulis perenggan pembukaan akan menentukan artikel anda dibaca atau tidak.

Tetapi, perenggan penutup pula akan menentukan bagaimana perasaan pembaca terhadap tulisan anda.

Bergantung pada objektif kita, bagaimana kita menamatkan tulisan tersebut akan menentukan kejayaan keseluruhan artikel.

Menulis perenggan pengenalan memang sukar.

Tetapi mencipta perenggan penutup yang sempurna dan memuaskan — Itu boleh menjadi satu lagi tekanan mental terhadap kita.

Oleh itu, apakah kaedah menulis perenggan penutup yang baik, sempurna dan berkesan?

Kaedah #1: Ulangi Mesej Utama

Bayangkan artikel jenis senarai yang panjang dengan 30 tips kehidupan.

Adakah para pembaca berasa lemas? Adakah mereka akan mengingati apa yang dibaca?

Cara mudah untuk menulis perenggan akhir adalah dengan mengulangi mesej utama kita — iaitu perkara yang kita mahu pembaca kita ingat.

Dalam perenggan berikut, misalnya, pembaca diingatkan bahawa setiap yang berlaku dalam kehidupan pasti ada pengajaran dan hikmah disebaliknya:

Seorang mukmin yang kuat tidak mudah dipatahkan dengan ujian serta dugaan permainan hati dan perasaan.

Dia percaya semua yang berlaku ada pengajaran yang Allah ingin tunjukkan.

Walaupun hati kita tidak pulih sepenuhnya, hidup kita tetap akan terus bergerak.

Ia seperti kaki yang patah teruk akibat kemalangan, ia tidak akan kembali sembuh pulih seperti sediakala. Ia akan tetap terasa sakit semasa kita berlari, tetapi kita tetap terus berlari walaupun kita sedikit tempang.

Tidak mengapa, memang untuk  belajar menerima kehidupan baru itu kena banyak sabar. Let it flaw. Let it be.

Keep learning, adapting, and growing.

Semoga hati kita semakin kuat. Semoga hikmah yang Allah tunjuk akan membuatkan kita tersenyum nanti.


Daripada artikel: “Kenapa Allah Zalim Terhadap Kita?” 50 Nota Jawapan Untuk Orang Patah Hati Dan Kecewa

Kaedah #2: Minta Respons Dari Pembaca

Mungkin ini kaedah paling mudah:

Walaupun sekadar soalan mudah seperti, “apakah pandangan anda mengenai perkara ini?” adalah lebih baik daripada mengakhiri artikel anda secara tiba-tiba.

Ini cara yang baik untuk mendorong pembaca anda mengulas tentang penulisan anda, sama ada di bahagian komen atau apabila mereka berkongsi ke media sosial seperti facebook.

Anda akan dapat mengetahui apa yang sedang pembaca anda fikirkan.

Dibawah ini adalah contoh penutup dengan kaedah ini.

Walaupu ringkas ia setakat ini ia sudah berjaya mendapat 140 komen pembaca:

Saya sentiasa ingin mencari jalan untuk membantu melegakan beban dan masalah yang anda hadapi.

Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian.

Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.


Contoh artikel ini boleh dilihat di: 17 Nota Penting Untuk Melepaskan Masa Silam Dan Move On

Kaedah #3: Mengingatkan Pembaca Mengapa Mereka Patut Peduli

Anda dan saya tahu bahawa membuat perubahan adalah sukar.

Bagaimana kita boleh menggalakkan pembaca kita bangun dan melakukan apa yang kita sarankan?

Beritahu mereka mengapa mereka patut serius.

  • Bagaimana usaha mereka akan berbaloi
  • Bagaimana mereka akan rasa lebih baik

Di bawah adalah contoh perenggan penutup untuk post yang bertajuk 9 tips untuk menerbitkan artikel.

Untuk menggalakkan pembaca melakukan kerja keras, mereka diingatkan bahawa tips-tips yang telah dinyatakan sangat berguna:

Menerbitkan artikel adalah hanyalah baru separuh dari proses..

Anda mungkin fikir bahawa setelah mengklik butang publish, kita akhirnya dapat berehat – tetapi sebenarnya tidak.

Walaupun anda mempunyai aliran pelawat yang tersendiri dan perkongsian ke media sosial dilakukan secara automatik, menghasilkan blog post semata-mata TIDAK akan akan mencapai potensinya kecuali anda menjalankan perkara seperti checklist di atas.

Cuba tips ini dan anda akan nampak apa yang saya maksudkan.

Jika tabiat anda sebelum ini adalah ‘publish & abaikan‘, maka sekarang ini adalah waktu untuk berubah.

Gunakan cara ringkas diatas dan pasti blog post anda akan meroket.

Saya berharap artikel ini membantu anda memaksimumkan hasil usaha anda!


Daripada artikel:  9 Perkara Penting Perlu Dibuat Selepas Publish Artikel

Kaedah #4: Berikan Kata-Kata Semangat

Kadang-kadang, kita bercakap tentang sesuatu yang mungkin dirasakan sukar oleh pembaca.

Kerana terdapat halangan besar menyekat usaha mereka daripada melaksanakan apa yang kita nyatakan.

Halangan ini mungkin rasa ragu terhadap diri sendiri, rasa lemas atau rasa tertekan.

Perenggan di bawah adalah penutup untuk artikel mengenai menghasilkan penulisan yang baik dan menarik.

Ia memberikan pembaca kata-kata semangat untuk mengatasi rasa ragu-ragu:

Gaya dan cara penulisan artikel saya, mungkin tak sama dengan style penulisan anda.

Ini bukan bermakna anda harus menukar gaya dan style penulisan anda, tetapi anda boleh mengambil elemen-elemen yang saya huraikan didalam artikel ini, dan menyesuaikannya dengan gaya penulisan anda.

Dan akhir sekali, jangan risau anda tidak mempunyai skill penulisan yang sempurna.

Jangan risau jika rasa tidak kreatif.

Semua orang begitu.

Tiada seorang penulis pun mempunyai cara penulisan yang sempurna. Tiada seorang pun menjadi kreatif serta merta.

Dalam bidang ini, kita sentiasa mempunyai ruang untuk memperbaiki diri.


Sumber artikel: Bagaimana Untuk Menghasilkan Artikel Blog Yang Baik & Menarik? (Tutorial)

Kaedah #5: Menyeru Pembaca Melakukan Tindakan Segera

Dalam dunia internet, kita akan menjumpai artikel yang penuh dengan nasihat yang sangat baik..

… tapi berapa kerap nasihat itu sebenarnya dipraktikkan?

Manusia sukakan perkara yang praktikal, dan jika anda boleh memujuk mereka untuk melakukan sesuatu (dan melihat manfaat) maka mereka akan mungkin kembali lagi ke blog anda.

Di bawah ini adalah contoh bagaimana saya menyeru pembaca saya melakukan tindakan:

Saya tidak boleh menjamin strategi 2 minit ini berkesan atau tidak kepada anda.

Tetapi apa yang boleh saya jamin adalah ia akan gagal jika anda tidak pernah mencubanya.

Masalah utama dengan kita semua adalah kita rajin membaca dan mendengar, tetapi tidak pernah mengamalkan ilmu dalam kehidupan seharian kita.

Sekarang anda ada masa sebanyak 120 saat.

Gunakan masa ini untuk menyelesaikan kerja yang ada atau membuat sesuatu perkara yang baru.

Go!


Contoh artikel: Mengatasi Sikap Malas dan Melengahkan Kerja Menggunakan Strategi 2 Minit

Bermulalah Dengan Perenggan Penutup Dalam Fikiran

Tips yang terakhir:

Salah satu kunci kepada penghasilan perenggan penutup yang berjaya adalah dengan memahami dengan tepat ke mana kita cuba membawa pembaca sebelum kita mula menulis.

Apakah matlamat kita?

Saya suka untuk berfikir tentang perkara ini di dalam kepala saya sebelum memulakan penulisan.

Tetapi jika cara ini kurang sesuai dengan anda, anda mungkin boleh melakar outline ringkas dan mencatat objektif penulisan anda.

Matlamat sesuatu penulisan yang berkesan adalah:

— membawa pembaca menelusuri satu perjalanan bermaklumat yang menyenangkan dari titik A ke titik B.

Dan untuk melakukan ini, kita sendiri perlu jelas sebelum memulakan sesuatu penulisan artikel.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
drdida
drdida
2 tahun yang lalu

Terima kasih, sangat membantu saya dalam memulakan penulisan ini. Semoga Allah limpahi saudara dengan ilmu dan rezeki yang berganda.

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading