Kaedah Menulis Perenggan Pendahuluan & Pembukaan Yang Menarik

Antara perkara yang PALING sukar dalam penulisan adalah membina perenggan pendahuluan yang menarik.

Tahukah anda:

Mendapatkan perhatian adalah elemen terpenting dalam sesuatu penulisan blog.

Tidak kira bagaimana hebat pun idea anda, ia tidak akan sampai kepada pembaca selagi anda TIDAK BERJAYA membuatkan mereka “berpaling” kepada anda.

Anda perlu mendapatkan  perhatian prospek  anda sebelum anda boleh mengubah mereka menjadi pembaca,

… dan seterusnya membuatkan dia tahu betapa indahnya ilmu yang anda ingin sampaikan.

Adakah saya mempunyai perhatian anda sekarang?

Bagus!

Apabila ada seseorang masuk ke blog anda, dua perkara akan berlaku:

  1. Sama ada mereka akan terus klik keluar semula…
  2. …atau mereka ‘melekat’ dengan penulisan anda.

Perenggan pendahuluan yang menarik dan hebat bukan sahaja penting kepada para pembaca, malah menjadi signal penting kepada enjin carian.

Apabila pembaca melekat pada blog anda macam gam gajah, Google akan fikir:

“Blog ini mesti bagus. Mari letakkan ia pada kedudukan teratas SERP.”

Tetapi apabila pembaca meninggalkan blog anda seperti kapal karam, maka pasti Google akan menjatuhkan laman anda seperti batu yang tenggelam.

Jadi apa yang ingin saya ditekankan disini?

Jika anda mahu kedudukan yang baik pada carian Google, anda perlu mengekalkan pembaca melekat pada laman blog anda.

Oleh itu pada hari ini saya akan kongsikan kaedah yang berkesan untuk menulis perenggan pendahuluan yang menarik dan berkesan.

Anda sudah bersedia?

Mari kita mulakan…

 

Anggaplah pelawat blog anda seperti haiwan pemangsa

Pelayar blog anda sifatnya adalah seperti haiwan pemangsa.

Mereka memburu maklumat atau sedang mencari sesuatu produk – sama seperti harimau lapar yang sedang memburu makanannya.

Apabila harimau menghidu jejak bau, ia akan cepat memutuskan: adakah bau tersebut membawa kepada makanan yang bagus? Adakah ia mudah ditangkap?

Pelawat web anda juga menganggap dua perkara yang sama:

Adakah laman web anda menawarkan apa yang mereka cari?

Dan bolehkah mereka menemuinya dengan mudah?

Harimau yang lapar tidak suka membuang masa untuk menangkap makanan yang sukar ditangkap.

Begitu juga pelawat blog anda.

Mereka tidak akan melayari laman anda lebih daripada beberapa minit semata-mata untuk mencari info yang mereka perlukan.

Mereka cuma hanya mahu apa yang mereka perlukan dengan SEGERA.

Sama seperti sang harimau, pengunjung blog anda juga membuat keputusan dengan cepat sama ada blog anda berguna atau TIDAK kepada mereka.

Jadi jika artikel anda kelihatan terlalu rumit, pasti mereka klik keluar untuk melihat laman web lain pula.

Mereka hanya sekadar mengimbas blog anda untuk meneka sama ada mereka berada di tempat yang betul atau tidak.

Jika pelawat web anda hanya ‘menjeling’ blog anda, bagaimana ingin mesej anda sampai?

 

Tingkatkan Kadar Rentetan Masa Pelawat Dengan Formula Perenggan Pendahuluan Ini

Sekarang saya mahu berkongsi kaedah terbaik untuk membuatkan pembaca melekat pada laman saya seperti superglue:

Ini adalah kaedah yang terbukti berkesan sebagai perenggan pengenalan artikel.

Ini adalah salah satu teknik kegemaran saya. Ia diajarkan oleh Brian Dean.

Ia dipanggil kaedah APP.

Ini bagaimana ia kelihatan:

kaedah app

Seperti yang anda boleh nampak diatas, “APP” adalah bermaksud: Agree (setuju), Promise (janji), and Preview (pra-tonton)

Mari kita fahami setiap elemen diatas:

Pertama, kita harus bersetuju (agree)

Mulakan pengenalan anda dengan idea atau konsep yang dipersetujui bersama oleh pembaca.

Ini akan menunjukkan bahawa anda memahami masalah mereka.

Untuk memudahkan pemahaman, saya menggunakan contoh perenggan pengenalan dari artikel yang ditulis saya dalam blog akuislam.com

Bila anda telah membuatkan mereka setuju, maka tiba masa untuk memberi janji (promise)

Janji adalah dimana anda memberi mereka harapan untuk penyelesaian untuk masalah mereka.

Ini adalah contoh daripada artikel saya yang bertajuk 9 Nota Hati Untuk Membina Kekuatan & Motivasi Dalam Kehidupan Di Saat Kita Jatuh:

Akhir sekali, beri mereka pra-tonton (preview)

Jangan hanya cakap kosong.

Tunjukkan kepada mereka apa sebenarnya yang anda sediakan untuk mereka.

Setelah anda menyiapkan komponen pra-tonton, maka perenggan pengenalan anda telah sedia.

Sekarang anda telah mempunyai perenggan pengenalan yang mampu membuatkan pembaca melekat di blog anda.

Dan seterusnya blog anda akan disukai oleh Google untuk diletakkan pada ranking teratas.

 

 

Tuangkan Sos Istimewa: Gunakan “Ayat Pengunci Perhatian”

Apakah yang dimaksudkan oleh “ayat pengunci perhatian”?

Ayat pengunci perhatian adalah perkataan dan ayat yang menyebabkan pembaca tidak berganjak dari laman anda.

Sebagai contoh:

Anda mungkin terperasan bahawa saya sering menggunakan ayat pendek yang diakhiri dengan titik dua, seperti ini:

perenggan pendahuluan

Itulah Pengunci Perhatian.

Tetapi apakah Pengunci Perhatian yang sebenarnya?

Ia adalah taktik penulisan yang telah lama dipraktikkan untuk mengekalkan pembaca pada surat jualan.

Saya telah mengguna pakai teknik ini dalam penulisan artikel blog dan hasilnya.. HEBAT!

Sebagai panduan, Ini adalah kadar purata masa on page untuk blog inchenaim:

Ia adalah purata masa on page yang baik.

Rahsianya?

Saya menabur ayat pengunci perhatian di dalam setiap artikel.

Untuk tempoh sesi purata yang baik, piawaian google ialah 2-3 minit.

Apa yang boleh terjadi dalam masa dua minit?

Dua minit mungkin kelihatan tidak lama..

… tetapi ia adalah masa yang memadai untuk pelawat membaca kandungan artikel dan berinteraksi dengannya.

Dan atas sebab ini, sesi yang lebih lama menandakan artikel dalam blog kita berguna untuk mereka.

Masa adalah sesuatu sumber yang sangat berharga kepada kita sebagai manusia, dan nombor tersebut menunjukkan berapa banyak masa yang pelawat sanggup korbankan untuk kandungan artikel anda.

∞∞

Sekarang adalah masa untuk saya menunjukkan anda bagaimana untuk menggunakan Pengunci Perhatian untuk meningkatkan Masa On Page:

Pertama sekali, cari tempat dalam kandungan artikel anda yang mungkin menyebabkan pembaca menekan butang “back”…

…dan tambah pengunci kata.

Mulakan dengan perenggan pendahuluan anda.

Ini adalah contoh dimana saya gunakan dua ayat pengunci perhatian di dalam perenggan pengenalan:

Kesimpulannya:

Dimana sahaja wujudnya bahagian yang mungkin membosankan pembaca, tambahkan ayat pengunci perhatian.

Anda boleh mencipta pengunci perhatian sendiri… atau anda boleh gunakan pengunci kata klasik yang telah terbukti berkesan ini:

  • Ini adalah caranya:
  • Sekarang:
  • Apakah yang hendak disimpulkan?
  • Anda mungkin tertanya-tanya:
  • Ini adalah gila:
  • Ia menjadi lebih hebat/buruk:
  • Tetapi inilah yang kita semua mahu:
  • Nak tahu apakah yang terbaik?

Nah anda telah siap!

 

Mari menguasai seni menakluki hati dan perhatian pembaca

Anda mungkin telah merasakan diri anda sebagai seorang penulis.

Namun, untuk menarik perhatian pembaca terhadap tulisan anda, ia bukan sekadar tulis sesedap rasa sahaja..

Anda perlu menjadi seorang ahli psikologi.

Anda perlu ‘menyelinap’ ke dalam minda pembaca supaya anda dapat tahu dengan tepat apa masalah mereka.

Anda perlu memahami apa yang mereka sedang rasai:

Rasa kecewa, bimbang, dan putus asa… dan sebagainya.

Penulisan artikel blog yang baik bermakna; mampu meyakinkan pembaca bahawa tulisan ini adalah untuknya, dimana anda akan berkongsi nasihat terbaik untuk membantu, membimbing, dan membuatnya lebih selesa.

Maka:

Jangan tunggu lagi. Anda boleh melakukannya.

Bersedia untuk menulis perenggan pembukaan yang menarik untuk artikel anda seterusnya!

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

8 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
hafiz
hafiz
3 tahun yang lalu

best penulisan tuan..mohon kalau tuan boleh buat kelas penulisan blog ;)

hafiz
hafiz
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

boleh tuan rekemen x..sy mmg nk bljar

wainun
wainun
4 tahun yang lalu

Terima Kasih tuan untuk berkongsian berguna ni. banyak tips dan ilmu yang saya dapat. teruskan menulis dan berkongsi rahsia tuan. saya doakan tuan diberkati selalu :)

Irfan
Irfan
5 tahun yang lalu

Salam Inche Naim, terima kasih kerana ‘bongkarkan’ rahsia blog anda, seperti santau sebenarnya. Setiap kali saya cuba baca artikel terbalu, mesti saya terlekat .. Ayat2 yg anda guna terasa sangat dekat dengan pembaca. Teruskan menulis tuan!

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading