Apakah ‘Rahsia’ Dalam Menghasilkan Penulisan Yang Baik?

Penulisan yang baik
Penulisan yang baik adalah sesuatu yang perlu bagi komunikasi yang berkesan.

Penulisan yang baik adalah seperti matematik; ia perlulah logik dan teratur.

Ia mesti dirasakan solid oleh orang yang membacanya.

Penulis – insan bertanggungjawab untuk menghasilkan sebuah penulisan yang jelas dan boleh difahami.

Sebenarnya tiada formula yang khusus untuk menjadikan sesebuat penulisan itu teratur.

Apa yang berkesan buat saya (seperti yang dituliskan dalam artikel sebelum ini), mungkin sukar diikut oleh anda. Proses kegemaran kita mungkin berbeza.

Saya suka bermula dengan menulis idea dalam bentuk point-point di buku kecil saya.

Anda pula mungkin suka bermula dengan membuat mindmap, flowchart, nota kecik-kecik, melukis doodle atau apa sahaja yang anda suka bagi mencetuskan kreativiti anda.

JK Rowling pun menghasilkan novel Harry Potter yang pertama hanya bermula dengan sehelai kertas dan sebatang ball pen.

Yang penting anda selesa dan tahu apa yang mencetuskan kreativiti anda.

Penulisan yang baik dan hebat bukannya semata-mata ditulis, tetapi lebih kepada penyusunan dan gabungan-gabungan idea.

Walau apa jua cara sekali pun teknik yang anda sukai untuk menyusun karya penulisan anda, itu tidak kisah. Mana-mana pun boleh.

Tetapi pointnya disini adalah pastikan diri anda fokus dan teratur mengikut kerangka, supaya anda tidak merapu dan terkeluar daripada konteks.

Masalah utama sering berlaku dalam penulisan..

Salah satu masalah yang saya kenalpasti pada kebanyakan web atau blog adalah, kaedah penulisannya yang lemah dan membosankan.

Tapi mari kita terima hakikat:

memang senang untuk menulis mengenai topik berkaitan dengan gossip selebriti, teknologi dan cara buat duit. Semua orang berminat untuk mengetahuinya dan tertarik membacanya.

Tetapi bagaimana jika menulis dalam bidang yang membosankan seperti botani, perubatan dan dakwah?

Bagaimanakah anda dapat menjadikan sesuatu penulisan berkaitan bidang itu menarik sedangkan subjeknya adalah.. urmm.. bosan!

Jadi bagaimana mengatasi masalah ini?

Dunia kita sentiasa berubah menjadi rumit setiap saat.

Setiap hari trend pembaca berubah-ubah.

Namun jika kita dapat menguasai beberapa elemen dalam penulisan, insyaaAllah kita mampu menjadikan mereka pembaca setia, walaupun topik boring seperti pendidikan.

Apakah rahsia yang menjadikan sesuatu penulisan itu baik?

Sesuatu penulisan yang baik itu mempunyai beberapa elemen.

Kuasai komponen-komponen ini, dan semua orang boleh menulis dengan baik dan InsyaaAllah mampu untuk memberi inspirasi kepada pembaca.

Apakah elemen-elemen tersebut?

1. Penulisan yang baik bermula dengan ’empati’

Penulisan yang baik bermula dengan kita mendengar kepada pembaca kita.

Jika kita tidak tahu apa masalah yang pembaca kita hadapi, bagaimana kita boleh membantunya?

Jika kita tidak tahu apakah yang menghalang dia dari mengikut nasihat kita, bagaimana kita boleh memberi inspirasi?

Jika kita tidak tahu apa yang mengganggunya, bagaimana kita boleh memujuknya untuk mengikut apa yang kita dakwahkan?

Penulis yang baik adalah mentor, penasihat, jurulatih dan juga guru.

Walaupun kita hanya menulis status facebook, walaupun kita hanya suka upload gambar di instagram, ataupun hanyalah penulis blog, we all take readers by the hand.

Kita berkongsi ilmu dan pengalaman kita. Kita menawarkan nasihat.

Kita menginspirasikan orang dan menggalakkan mereka memperbaiki kehidupan mereka.

Untuk menghasilkan kandungan penulisan yang baik, kita perlu ambil tahu apa yang bermain di fikiran pembaca kita.

Kita harus mengambil bahagian terhadap persoalan yang ingin diketahui jawapannya oleh mereka.

Kita harus menolong mereka menyelesaikan masalah, membuatkan mereka tenang, mencuit hati mereka, memberi suntikan moral dan menggalakkan mereka untuk bertindak.

Empati memerlukan disiplin.

Bila sahaja anda menulis, sila fikirkan mengenai pembaca kita.

Apakah yang mungkin dia akan tanya pada kita?

Adakah dia rasa terganggu untuk mengikut nasihat kita?

Bagaimana kita boleh membuatkan dia merasa dekat dengan kita?


2. Penulisan yang baik adalah jelas

kadangkala terjadi situasi dimana, memang saya tahu apa yang hendak sampaikan…

… tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk menyampaikannya.

Mengapa sukar untuk memilih perkataan yang tepat?

Isu yang sebenarnya adalah pada pemikiran saya.

Saya tidak jelas mengenai apa yang hendak diperkatakan.

Saya perlu menapis keluar lapisan yang mengganggu pemikiran, untuk menyerlahkan intipati mesej yang ingin saya sampaikan.

Saya perlu meringkaskan pandangan saya.

  • Apakah mesej utama saya?
  • Bagaimana saya boleh menerangkannya?
  • Bagaimana saya boleh memudahkannya?

Penulisan boleh menjelaskan pandangan dan menjadikan pemahaman terhadap sesuatu topik itu lebih mendalam.

Draf pertama boleh jadi sangat comot dan serabut dengan terlalu banyak idea.

Tetapi apabila kita mula mengeditnya, kita akan nampak point-point yang masih tak jelas.

Kita harus buka simpulan tersebut dan menjelas idea disebalik itu kepada bentuk yang mudah difahami.

Untuk menyampaikan mesej dan menginspirasikan pembaca anda, jangan teragak-agak ringkaskan kandungan penulisan anda:

  • Tuliskan bagaimana penulisan anda boleh mengubah pembaca anda dalam satu ayat; – bagaimana anda akan buat mereka rasa? Bagaimana tips anda boleh mengubah hidupan mereka?
  • Semak kembali draf penulisan anda, baca perlahan-lahan, dan untuk setiap bahagian, fikirkan kembali kekuatan setiap idea yang anda sampaikan.
  • Lihat kembali flow penulisan kita. Adakah idea-idea yang anda sampaikan masing-masing tersusun secara logik? Adakah kita terlepas pandang satu dua perkara? Adakah setiap hujah atau idea yang kita sampaikan itu berasas?

Empati terhadap pembaca dan pemikiran yang jelas adalah dua hero yang bergabung.

Macam Batman dan Superman. Macam Zizan dan Johan. Macam nasi kerabu dan budu.

Mereka penting antara satu sama lain.

Apabila kita tahu secara tepat untuk bagaimana menyampaikan kepada pembaca kita

Dan apabila kita faham bagaimana untuk memikatnya, menarik perhatiannya, dan membuatkan dia tergerak untuk mengambil tindakan, maka kuasa meyakinkan anda telah berjaya.

Anda menjadi menarik dan berpengaruh kepada pembaca.


3. Penulisan yang baik memanfaatkan kuasa perkataan

Memilih perkataan nampak seperti mudah.

Sepanjang hari kita memilih perkataan:

… bila kita berbual dengan jiran mengenai anak-anak,

… bila kita call operator Astro untuk komplen mengenai servis mereka,

… bila kita memberitahu kepada anak-anak kita supaya mengemas bilik.

Apabila kita sedang bercakap, memilih perkataan secara relatifnya adalah satu tugas mudah

Kita mendapat reaksi serta-merta samada kita faham atau tidak.

Kita boleh meninggikan suara kita.

Kita boleh menjerit, mengeluh, menangis atau berbisik untuk menambahkan emosi kepada perkataan kita.

Walaubagaimana pun, apabila kita dalam proses menulis, ianya menjadi sukar.

Perkataan yang kita gunakan haruslah membawa ekspresi makna dan emosi pada masa yang sama.

Dan kita harus pastikan ia betul dan tepat setiap masa.

Cuba bayangkan, pada suatu hari anda telah memutuskan untuk pergi ke suatu forum.

Anda telah duduk di kalangan pendengar lain selama 45 minit, dan anda berasa sangat bosan.

Anda ingin menulis mesej kepada saya untuk memberitahu betapa teruknya forum tersebut.

Apa yang patut anda tulis?

  1. Forum itu sangat teruk
  2. Forum sangat membosankan
  3. Suara ahli panel sangat mendatar, saya hampir tertidur.
  4. Ahli panel merapu tanpa isi yang jelas, dia telah membuang masa saya.
  5. Ahli panel bercakap tanpa hala tuju yang jelas, saya tak dapat tangkap apa mesej yang ingin dia sampaikan.

Penyataan 1 tidak menerangkan sangat kepada saya.

Penyataan 2 ada sedikit jelas.

Tetapi penyataan 3, 4 dan 5 memberikan gambaran yang sedikt jelas kepada saya.

Saya serta-merta dapat memahami apa yang terjadi didalam forum itu.

Perkataan seperti bagus, teruk dan baik adalah kurang sesuai kerana mereka tidak membenarkan pembaca untuk merasa serta membayangkan pemikiran anda.

Dan ia kurang membawa emosi.

Untuk mengedit penulisan kita, kita harus memilih perkataan yang tepat untuk menghubungkan pandangan kita.


4. Penulisan yang baik mempamerkan personaliti

Bolehkah sebuah robot menulis kandungan yang menarik?

Sudah tentulah tidak.

Menulis memerlukan segenggam kreativiti, lontaran personaliti, dan sentuhan daripada anda.

Cara yang terbaik untuk melontarkan personaliti anda kedalam penulisan anda adalah dengan membayangkan bahawa menulis kepada satu orang pembaca sahaja.

Contohnya, bayangkan anda menulis kepada kawan baik anda.

Tuliskan seolah-olah menulis secara direct kepadanya.

Hubungkan pembaca dengan isu yang kita tuliskan (mengapa ia penting untuk dia), mungkin melalui penceritaan.

Letakkan pembaca anda (atau seseorang yang seakan dengan dirinya) ke dalam cerita yang ditulis, kerana kita mahu pembaca tersedar dan rasa ‘terhubung’ dengan isu yang kita ketengahkan.

Reframe by put your reader into it.

Tetapi bagaimana jika anda bukanlah seorang yang kreatif?

Apa kata jika anda tidak mempunyai personaliti?

Dan anda juga seorang yang membosankan?

Di sekolah dahulu saya boleh dianggap sebagai orang paling boring di kelas.

Di tempat kerja, saya mendapati untuk menarik perhatian pelajar saya adalah satu tugas yang sukar.

Saya selalu takut saya tiada point untuk dilemparkan semasa perbincangan atau perbualan.

But here i am.

Menjadi penulis kepada beberapa blog, ghost writer dan mengambil upah menghasilkan copywriting, disamping menulis di blog saya sendiri, akuislam.com.

Saya sedar satu perkara ini;

Kreativiti tidak memerlukan bakat artistik.

Ia boleh dicapai dengan meluaskan pemikiran, kerja lebih, dan hati yang ikhlas untuk membantu.

Kreativiti boleh diasah.

Yang perlu adalah usaha dan kehendak untuk mengasah bakat penulisan.

Semua orang boleh mengeluarkan idea yang segar, menghasilkan analogi yang baru, dan menarik perhatian pembaca dengan cerita yang hebat.

Hubungkan diri kita dengan masalah dan keperluan pembaca.

Menulis untuk blog atau di media sosial bukanlah seperti menulis penulisan akademik.

Ia adalah seperti perbualan dan interaksi antara dua insan.

Penulisan kita adalah mengenai kita dan pembaca kita.

Hubungkan diri kita dengan masalah, kehendak dan keperluan mereka.

Jadilah penulis yang membantu, yang menyakinkan, dan penulis yang menyebarkan kebaikan.

Tuliskan dengan hati, sampaikan dengan ikhlas.

Pilih ayat dengan berhati-hati, agar penulisan kita berkesan.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

7 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
hafiz
hafiz
3 tahun yang lalu

menarik penulisan tuan…diharapkan tuan boleh buat sesi coach utk buat penulisan blog yg menarik

hafiz
hafiz
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

tuan buat personal coach online pon boleh ;)

Athirah
Athirah
4 tahun yang lalu

Salam. Penulisan yang sangat memberangsangkan, ringkas dan mesra pembaca. Terima kasih atas perkongsian idea dan penulisan.

Zulkifli
Zulkifli
7 tahun yang lalu

Assalamualaikum, tips yang dikongsikan sangat berguna dengan gaya penulisan yang mudah difahami, terima kasih atas perkongsian ini .

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading