
Kita hidup dalam sebuah masyarakat yang terlalu mudah mengagungkan keseriusan dan keletihan dalam bekerja. Jika kita tidak stres, tidak berjaga malam, atau tidak kelihatan sibuk, kita seolah-olah dianggap pemalas.
Budaya hustle mengajar kita bahawa kejayaan mesti dibayar dengan harga sebuah kepenatan.
Namun, bagaimana jika andaian ini tidak sepenuhnya benar?
Bagaimana jika rahsia untuk mencapai lebih banyak, tanpa merosakkan kesihatan fizikal dan mental, bukan terletak pada memaksa diri tanpa henti, tetapi pada sesuatu yang pernah begitu akrab dengan kita semasa kecil dahulu, iaitu semangat bermain (play)?




