Review Starlink Malaysia Di Pulau Banggi, Sabah

Dalam artikel ini saya akan kongsikan review dan pengalaman saya menggunakan internet Starlink Malaysia di Pulau Banggi, Sabah. Jika anda memerlukan maklumat tentang menggunaan Starlink secara nyata, mungkin artikel ini berguna kepada anda.

Starlink, sebuah perkhidmatan internet satelit yang dimiliki oleh SpaceX, telah mula beroperasi di Malaysia. Ia menawarkan capaian internet berkelajuan tinggi dengan menggunakan jajaran kumpulan satelit orbit rendah di angkasa.

Keistimewaan utama Starlink ialah kemampuannya untuk menyediakan sambungan internet laju dan stabil di kawasan pedalaman dan terpencil, tempat yang biasanya sukar dijangkau oleh perkhidmatan internet tradisional.

Tujuan Penulisan ini

Tujuan artikel ini adalah untuk berkongsi ulasan dan panduan pemasangan Starlink berdasarkan pengalaman saya menggunakan perkhidmatan Starlink di kawasan pedalaman iaitu Pulau Banggi, Kudat, Sabah, Malaysia.

Artikel ini bertujuan untuk membantu anda mendapat maklumat tentang kelebihan, kekurangan, dan ciri-ciri unik Starlink, serta proses pemasangannya.

Selain itu, artikel ini juga akan menyediakan panduan langkah demi langkah mengenai cara memasang dan mengkonfigurasi peralatan Starlink, termasuk tips untuk memastikan prestasi internet yang optimal.

Matlamatnya adalah memberikan informasi yang berguna dan praktikal bagi anda yang berminat atau merancang untuk menggunakan Starlink.

Pelancaran Starlink di Malaysia merupakan langkah signifikan dalam memperbaiki capaian internet di negara ini.

Pelancara starlink malaysia
Sumber berita: Reuters

Seperti yang semua maklum, negeri Sabah mempunyai topografi dan geografi yang unik. Oleh itu, ia menjadi suatu cabaran besar untuk mendapat capaian internet, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman (termasuk pulau terpencil seperti Pulau Banggi ini). Maka teknologi satelit Starlink membawa solusi kepada masalah ini.

Dengan satelit yang mengorbit bumi pada ketinggian rendah (LEO), Starlink dapat menyediakan capaian internet dengan kelajuan tinggi dan latensi yang rendah, sesuatu yang kedengaran mustahil untuk dicapai sebelum ini khasnya dikawasan terpencil.

Kemudahan ini sangat relevan untuk Pulau Banggi, dimana tidak mungkin kami akan mempunyai akses kepada infrastruktur seperti fiber optik.

Berikut adalah beberapa cara bagaimana Starlink mengatasi cabaran-cabaran ini:

  1. Capaian di Kawasan Terpencil. Starlink menggunakan konstelasi satelit yang mengorbit rendah, yang memungkinkan ia menyediakan internet ke kawasan-kawasan yang sukar dijangkau oleh infrastruktur darat. Ini sangat bermakna untuk penduduk di kawasan pedalaman dan pulau-pulau terpencil di Sabah.
  2. Kurang Bergantung pada Infrastruktur Darat. Berbeza dengan perkhidmatan internet tradisional, Starlink tidak memerlukan kabel atau infrastruktur darat yang luas. Ini mengurangkan kos dan masa yang diperlukan untuk membawa internet ke kawasan terpencil.
  3. Kelajuan Tinggi. Starlink menawarkan kelajuan internet yang tinggi dan latensi yang rendah, yang merupakan peningkatan signifikan berbanding dengan pilihan internet satelit lain yang lebih lambat (perkhidmatan ConnectMe contohnya). Ini membolehkan penggunaan internet untuk pelbagai tujuan, termasuk pendidikan, perniagaan, dan kesihatan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga cabaran yang perlu ditangani dalam penggunaan Starlink, seperti kos pemasangan dan peralatan yang tinggi, serta memerlukan orientasi antena yang tepat.

Namun, dengan teknologi ini, Starlink berpotensi besar dalam mengatasi cabaran sambungan internet di Sabah dan memajukan akses digital di seluruh negeri.

Di sini saya kongsikan pengalaman saya memasang dan mengatur sambungan internet Starlink di Pulau Banggi Kudat, Sabah.

Layari laman web rasmi Starlink, pilih pakej perkhidmatan yang diingini, dan lengkapkan proses pembelian.

Anda akan perlu memberikan maklumat kad kredit / debit untuk pembayaran, dan juga alamat untuk penghantaran kit Starlink.

Starlink menawarkan pelbagai pakej mengikut jenis keperluan anda. Boleh rujuk service plans mereka.

Harga Starlink
  • Pelan Standard. Ini pelan yang saya gunakan. Pelan ini sering menyediakan capaian internet dengan kelajuan yang baik dan mencukupi untuk keperluan asas seperti browsing web, streaming, dan komunikasi.
  • Pelan Priority. Pelan ini untuk pengguna yang memerlukan kelajuan yang lebih tinggi dan kestabilan yang lebih baik. Ia tersedia dengan harga yang lebih tinggi. Pelan ini sesuai untuk perniagaan atau penggunaan internet yang intensif.
  • Pelan Mobile. Untuk mereka yang sentiasa on the go dan tidak menetap lama di sesuatu tempat.

Selain itu kos pemasangan dan peralatan juga perlu diambil kira, yang mungkin melibatkan bayaran awal untuk kit Starlink.

Saya membeli pakej langganan paling asas (standard) yang berharga RM220 sebulan. Namun anda harus memesan kit starlink terlebih dahulu yang berharga RM2300 + RM100 (kos penghantaran). Apabila sambungan internet telah diaktifkan, barulah kita perlu membayar sebanyak RM220.

Sebagai persediaan, sediakan budjet seperti berikut:

  • RM 2400 (Kit Starlink + kos shipping) – Bayaran pertama
  • RM 220 (setelah internet di aktifkan) – Bayaran setiap bulan

Buat masa sekarang, tiada sebarang quota dikenakan bagi pakej standard ini (unlimited). Cuma dari yang saya faham dari laman web rasmi starlink, kelajuan data mungkin dikurangkan sedikit apabila mereka berada di waktu puncak.

Boleh lihat Starlink Fair Use Policy untuk maklumat lanjut.

Anggaran Masa Menghantaran

Kurier rasmi bagi Starlink di Malaysia adalah DHL. Masa penghantaran mungkin berbeza bergantung pada lokasi anda. Dalam pembelian saya, ia mengambil masa selama 7 hari untuk sampai ke Kudat dari Kuala Lumpur.

Anda akan dibekalkan tracking number dan status pergerakan shipment anda melalui emel.

Senarai barang yang dihantar kepada kita dalam Kit Starlink adalah:

  • Antena Satelit
  • Tapak berbentuk “X”
  • Kabel kuasa dan Kabel Ethernet
  • Router WiFi

Di bawah ini video unboxing kit Starlink yang saya buat secara ringkas:

Deskripsi Ringkas Setiap Barang:

  • Antena digunakan untuk menerima isyarat dari satelit.
  • Tapak menyediakan sokongan untuk antena.
  • Kabel-kabel menyambung antena ke router dan sumber kuasa.
  • Router WiFi digunakan untuk menyebarkan isyarat internet dalam rumah anda.
Dapat sticker free. Kenapa gambar kucing? Baca sebabnya disini

Proses pemasangan starlink adalah sangat mudah dan straight to the point. Tonton video di bawah ini yang menerangkan cara pemasangan starlink.

Secara ringkasnya, langkah-langkah pemasangan antena starlink adalah seperti berikut:

  1. Pasang antena pada tapak yang disediakan.
  2. Pilih lokasi yang terbuka tanpa halangan untuk antena, biasanya di tempat terbuka atau atap.
  3. Sambungkan antena ke router menggunakan kabel Ethernet.
  4. Sambungkan router ke sumber kuasa.
Rupa kit Starlink yang telah siap dipasang
Router WiFi Starlink
Router WiFi yang datang bersama Kit Starlink. Sungguh simple, sehingga lampu pun tiada untuk kita tahu router ni berfungsi atau tidak. 😂
Ujian permulaan starlink
Untuk ujian pertama Starlink, saya hanya meletakkan antena di atas bumbung bangsal parkir motorsikal sahaja terlebih dahulu.
Hasil kelajuan ujian paras tanah
Hasil dari ujian pertama pada ground level. Boleh tahan kelajuannya, cuma tidak melepasi 200 mbps (dimana ia adalah cukup laju untuk kawasan pulau pedalaman seperti kami 😂)

Objektif utama adalah mencari kawasan yang bebas dari halangan.

Pastikan antena starlink dipasang di kawasan yang tidak terhalang oleh pokok atau bangunan tinggi. Lokasi yang lebih tinggi akan kali memberikan hasil yang lebih baik.

Ini terbukti dengan dengan apa yang saya telah lakukan.

Lokasi antena piring starlink
Saya mengikat antena starlink saya pada tiang kayu sahaja 😂

Saya telah mengikat antena starlink saya pada tiang kayu untuk menjadikan antena itu lebih tinggi daripada bumbung rumah. Ternyata cara ini membuatkan saya mampu mendapatkan kelajuan internet melebihi 200 mbps!

Unobstructed view of sky starlink
Setelah piring atau antena Starlink dinaikkan tinggi ke tiang, nampaknya saya berjaya mendapatkan unobstructed sky. Kita boleh check perkara ini menerusi apps starlink.
Kelajuan starlink ditempat tinggi
Berjaya melepasi 200 Mbps apabila antena dipindahkan ke tempat tinggi (tiang kayu).
  1. Muat turun aplikasi Starlink pada telefon pintar anda. Ikuti arahan dalam aplikasi untuk mengaktifkan perkhidmatan menggunakan maklumat akaun yang anda cipta semasa pembelian. Pengguna iPhone boleh terus ke app store melalui pautan ini
  2. Dalam aplikasi Starlink, anda dapat mengkonfigurasi tetapan asas seperti nama rangkaian WiFi dan kata laluan. Anda juga boleh memantau kekuatan isyarat dan melakukan penyesuaian pada orientasi antena jika diperlukan.
  3. Setelah anda berjaya mengaktifkan sambungan internet, anda akan menerima satu emel dari starlink memaklumkan bahawa sambungan internet telah aktif dan kad anda akan dikena bayaran sebanyak RM220
UI app starlink
Beginilah user interface (UI) bagi halaman utama App Starlink.
Network starlink
Kita boleh check devices yang bersambung dengan network Starlink kita.
  1. Pilih Lokasi Antena yang sesuai. Pastikan antena dipasang di lokasi yang terbuka dan tinggi, bebas dari halangan seperti pokok besar atau bangunan, untuk memaksimumkan penerimaan isyarat.
  2. Penjajaran Antena. Gunakan aplikasi Starlink untuk membantu anda dalam penjajaran antena. Aplikasi ini boleh memberikan arahan bagaimana untuk mendapatkan isyarat terkuat. Apa yang saya perhatikan, antena ini selalu mengarah ke arah langit utara. Mungkin di utara terletaknya kumpulan satelit starlink.
  3. Sambungan Ethernet: Sambungkan peranti penting anda secara langsung menggunakan kabel Ethernet ke router Starlink untuk kelajuan dan kestabilan yang lebih baik, terutamanya untuk aktiviti yang memerlukan latensi rendah.
  4. Pemantauan Prestasi: Gunakan aplikasi Starlink untuk memantau prestasi dan kekuatan sambungan anda. Ini membantu dalam mengenal pasti masalah dan melakukan penyesuaian yang diperlukan.
  5. Kemaskini Perisian: Pastikan router dan peralatan Starlink anda sentiasa dikemas kini dengan perisian terbaru untuk memastikan prestasi dan keselamatan yang optimum.
  6. Penggunaan dalam Keadaan Cuaca Buruk: Dalam keadaan cuaca buruk seperti hujan lebat atau ribut, sambungan internet mungkin terjejas.
  7. Sokongan Teknikal: Pastikan anda memahami cara untuk menghubungi sokongan teknikal Starlink dan membuat pengaduan jika berlaku masalah teknikal.

Dengan mengikuti tips ini, anda boleh mengoptimumkan pengalaman dengan Starlink, memastikan anda mendapat manfaat sepenuhnya dari teknologi satelit canggih ini.

Berikut adalah ulasan saya mengenai prestasi Starlink setelah menggunakannya selama lebih kurang sebulan.

Kelajuan Dan Konsistensi Sambungan Internet

Starlink menawarkan kelajuan internet yang mengagumkan, lebih pantas daripada pilihan provider internet lain walaupun di kawasan pekan.

Kelajuan starlink di pedalaman sabah malaysia
Kelajuan yang mampu dicapai jika langit cerah dan tiada awan hujan. Kelajuan diuji menggunakan apps Starlink.

Contohnya, kelajuan purata di pekan Kudat adalah sekitar 3 – 10 mbps (rangkaian selular 4G) atau 30 mbps sahaja (celcom fibre atau unifi). Tetapi prestasi starlink adalah melebihi 200 mbps di Pulau Banggi (kawasan pedalaman daerah Kudat), iaitu jauh lebih pantas dari kawasan pekan atau bandar.

Kelajuan ini membolehkan penggunaan internet yang lancar untuk browsing, muat turun, dan aktiviti online lain.

Dari segi konsistensi dan kestabilan, ia berubah-ubah bergantung kepada cuaca. Setakat ini saya mengalami kurang gangguan. Kadang-kadang sahaja ada outages 2-5 saat.

Bila dibandingkan dengan penyedia perkhidmatan internet lain di Sabah, khususnya di kawasan pedalaman seperti saya, Starlink menawarkan kelajuan beratus kali ganda lebih tinggi dan kestabilan yang lebih baik. Ini adalah kelebihan utama bagi pengguna di kawasan yang tidak dapat dijangkau oleh liputan internet berkelajuan tinggi.

Latency

Seperti yang saya sebutkan di atas, prestasi starlink bergantung kepada keadaan cuaca.

Latency starlink

Namun dalam sepanjang penggunaan saya, Starlink menunjukkan kelewatan (latency) yang sederhana (20 – 70ms) pada kebanyakkan masa, iaitu masih boleh diterima untuk panggilan video. Cuma untuk permainan video game online, saya rasa latency sebegini kurang sesuai. Lebih-lebih lagi permainan yang intensif.

Di kawasan terpencil, di mana provider alternatif lain mempunyai latency yang lebih tinggi, Starlink berjaya menyediakan pengalaman yang lebih baik dengan latency yang jauh lebih rendah.

Pengalaman Pengguna

Setakat review ini ditulis, saya mengalami pengalaman yang positif dengan Starlink. Browsing web adalah lancar tanpa gangguan, sementara streaming video berjalan dengan kualiti tinggi tanpa buffering yang kerap.

Untuk menonton bola sepak secara live streaming memang langsung tiada masalah. Lancar!

Untuk aktiviti lain seperti permainan online, responnya ada sedikit kelewatan. Namun difahami bahawa ia menggunakan satelit, jadi pastinya ia sangat bergantung kepada pelbagai jenis faktor seperti ketebalan awan dan hujan.

Secara keseluruhan, Starlink membawa perubahan signifikan dalam aspek kelajuan, kestabilan, dan kelewatan internet di Sabah, terutamanya di kawasan yang sebelum ini menghadapi cabaran dalam mendapatkan capaian internet yang baik.

Pengalaman pengguna yang lebih baik ini membuktikan potensi Starlink sebagai penyelesaian internet masa depan di kawasan terpencil dan luar bandar.

Perbandingan Kos dengan Perkhidmatan Internet Lain

Berikut beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:

  • Berbanding dengan perkhidmatan internet biasa, harga starlink mungkin lebih tinggi. Walau bagaimanapun, jika mengambil kira pelbagai faktor termasuk kelajuan dan kestabilan yang ditawarkan, Starlink sangat berbaloi untuk orang yang tinggal di pedalaman.
  • Di kawasan luar bandar dan pedalaman, di mana pilihan lain mungkin terhad atau tiada, Starlink menawarkan nilai yang tinggi walaupun dengan harga yang lebih mahal berbanding alternatif lain yang mungkin lebih murah tetapi kurang memuaskan hati.
  • Bagi pengguna yang tinggal di kawasan bandar atau mempunyai capaian internet yang stabil seperti fibre atau 5G, Starlink menjadi pilihan yang agak mahal dan kurang berbaloi untuk anda.

Secara kesimpulannya, kelebihan Starlink dalam menyediakan capaian internet yang stabil dan pantas di kawasan terpencil memberikan nilai yang tinggi bagi pengguna di lokasi tersebut.

Kalau anda tinggal di bandar, rasanya lebih baik kekal dengan provider internet yang sedia ada.

Berikut saya senaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan starlink secara ringkas

Kelebihan

  1. Capaian di Kawasan Terpencil. Starlink menyediakan internet berkelajuan tinggi di kawasan yang tiada perkhidmatan internet biasa.
  2. Kelajuan dan Kestabilan Tinggi. Starlink menawarkan kelajuan internet yang pantas dengan sambungan yang stabil.
  3. Pemasangan Mudah. Pemasangan Starlink agak mudah dan tidak memerlukan keperluan yang kompleks.
  4. Latensi Rendah. Penting untuk aktiviti yang memerlukan respon masa nyata seperti permainan online dan panggilan video.
  5. Tiada kontrak. Satu kelebihan starlink adalah ia tiada kontrak yang tertentu dikenakan kepada kita seperti provider internet lain.

Kekurangan

  1. Kos Tinggi. Harga langganan dan kos pemasangan Starlink mungkin lebih tinggi berbanding dengan perkhidmatan internet biasa. Harga untuk kit adalah RM2400 manakala bayaran bulanan adalah RM220
  2. Bergantung kepada Cuaca. Prestasi sambungan mungkin terjejas oleh keadaan cuaca yang buruk, seperti hujan lebat atau ribut.
  3. Perlunya Lokasi Terbuka. Untuk mendapatkan sambungan yang terbaik, antena Starlink perlu dipasang di lokasi yang terbuka dan bebas dari halangan.
  4. Sokongan Pelanggan Terhad. Sebagai perkhidmatan yang masih baru, sokongan teknikal mungkin masih terhad. Anda kena troubleshoot sendiri masalah yang timbul.

Secara keseluruhannya, walaupun terdapat beberapa kekurangan, Starlink tetap menawarkan peluang capaian internet khususnya di kawasan terpencil dan pedalaman. Kelebihannya dalam menyediakan kelajuan dan kestabilan yang tinggi pastinya dapat memberikan impak yang signifikan di kawasan tersebut.

Pandangan Akhir dan Cadangan

Saya sudah berada di pedalaman ini selama 10 tahun, dan ini lah kali pertama saya berasa tidak terasing dari dunia luar.

Starlink merupakan pilihan yang inovatif untuk capaian internet di Sabah, terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan terpencil atau mengalami masalah dengan perkhidmatan internet. Ini adalah langkah ke depan dalam mengurangkan jurang digital dan memperkasa komuniti dengan jaluran komunikasi.

Tidak lagi sakit kepala untuk mengetahui berita dan keadaan keluarga di kampung. Boleh terus video call 😊

Sebelum anda melanggan Starlink, saya cadangkan untuk menilai keperluan dan keadaan geografi terlebih dahulu. Jika anda tinggal di kawasan yang sukar dijangkau oleh perkhidmatan penyedia internet sedia ada, maka Starlink mungkin solusi yang ideal.

Walau bagaimanapun, anda juga perlu mempertimbangkan faktor kos dan keperluan untuk pemasangan antena starlink di lokasi terbuka.

Penutup

Terima kasih kerana membaca ulasan ini mengenai penggunaan Starlink di pedalaman Sabah.

Saya juga berharap anda juga dapat berkongsi pengalaman anda menggunakan Starlink. Sama ada ia pengalaman positif, negatif, atau tips tambahan yang anda temui. Semoga perkongsian anda dapat membantu komuniti kita memahami dan memanfaatkan teknologi ini dengan lebih baik.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Starlink, jangan segan untuk bertanya. Saya sedia membantu menjawab pertanyaan anda.

Pautan berguna

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Sewa Starlink Malaysia
Sewa Starlink Malaysia
4 bulan yang lalu

Kekurangan support dari Starlink.com tu menjadikan saya pula sebagai support.

Tiada local support untuk call jadi ramai user call bukan nak sewa tapi bertanya macam-macam perkara seperti bagaimana nak off, bagaimana nak beli dan banyak lagi 😂😂😂

Tapi takpe, saya layan kan je untuk bantu

Son
Son
4 bulan yang lalu

wooww..buli tahan kau punya ulasan ne cip.. terbaikk..

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading