Kisah Realiti Kehidupan Anak-Anak Pulau Banggi

pelajar pulau banggiNawi berjalan kaki 2 jam setiap pagi untuk ke sekolah.

Seperti pelajar-pelajar lain di sini, Nawi mengambil keseluruhan masa perjalanan sebanyak 4 jam sehari untuk pergi dan pulang sekolah.

Sudah menjadi kebiasaan pelajar di sini merentas belantara seorang diri.

Kenapa dia tidak berkasut? (gambar diatas)

Kasut adalah satu kemewahan untuk pelajar disini. Ia sukar didapati melainkan dengan bantuan sekolah.

Jadi untuk memanjangkan hayat kasut tersebut, kebanyakan pelajar disini akan menanggalkan kasut dan berkaki ayam sepanjang perjalanan pergi dan pulang.

Bagi mereka, kasut hanya layak dipakai di sekolah.

Saya rasa tiada semangat anak-anak di bandar yang dapat dibandingkan dengan semangat anak-anak disini.

Kemiskinan dan kesukaran perjalanan tidak pernah melunturkan semangat mereka untuk dapat menuntut ilmu.

Boleh anda bayangkan berjalan kaki dalam kegelapan seawal jam 5 pagi untuk ke sekolah?

Perkara seperti ini membuatkan saya rasa sebak dan sedar betapa beratnya tanggungjawab yang sedang saya pikul sebagai guru di sini sekarang.

Living in here makes me think a lot.

 

Apa rasanya menjadi guru di sekolah pedalaman di tempat terpencil?

SK Kapitangan Pulau Banggi Kudat
Alhamdulillah, sudah tiga tahun saya disini.

Hampir 3 tahun saya bertugas di Sk Kapitangan, Pulau Banggi.

Pulau ini terletak di Kudat, Sabah dan merupakan borderline diantara Malaysia-Filipina. Berstatus P3 menandakan sekolah ini terletak jauh dari pekan.

Pulau Banggi masih lagi sebuah tempat yang mundur dan banyak tempat masih sukar access.

Di kawasan sekolah saya, kemudahan asas seperti air dan elektrik masih belum tiada. Line telefon juga harus dicari ditempat tertentu diatas pokok.

Kemiskinan masih menjadi isu utama disini.

Karakit Pulau Banggi Sabah
Pengangkutan kedua selepas feri. Perjalanan seterusnya akan mengambil masa 1 jam 15 minit
Kapitangan, Pulau Banggi, Kudat Sabah
Jalan masuk ke Kampung Kapitangan Banggi
SK Kapitangan
Pintu masuk ke sekolah Sk Kapitangan
Pulau Banggi
Jika air pasang guru-guru terpaksa menaiki sampan merentasi sungai untuk ke tebing seberang sebelum meneruskan perjalanan berjalan kaki [Gambar tahun 2014]
_DSC4870

Gunung Sinambong Pulau Banggi
Gunung Sinambung, ikon pintu masuk ke Kg. Kapitangan

pulau banggi

sk kapitangan
Rutin mingguan guru SK Kapitangan berjalan kaki selama sejam sebelum sampai ke sekolah [tahun 2014]

_DSC4347

SK Kapitangan
Pelajar tahun 1
Pulau Banggi
Kebanyakkan ibu menunggu anak-anak mereka sehingga sesi persekolahan selesai

Fesyen ke skolah yg santai. Oh anak muridku.. hehe

A photo posted by Muhamad Naim (@inchenaim) on

guru sekolah pedalaman sabah

_DSC4383

Loceng sekolah. Klasik dak? hihi
Loceng sekolah. Klasik dak? hihi
Pelajar SK Kapitangan
Pegawai kesihatan sedang memberi imunisasi kepada pelajar disini
Pulau banggi
Proses mencabut gigi.. hehe
SK Kapitangan Pulau Banggi
Anjing penjaga sekolah

guru sekolah pedalaman

Tembak curi Balat sedang mengajar. Hehe

A photo posted by Muhamad Naim (@inchenaim) on

_DSC9644

_DSC9398

pelajar sekolah sk kapitangan pulau banggi
korang tengok la selagi ada bateri.. hehe
Kantin SK Kapitangan
Suasana kantin SK Kapitangan

 

Apa yang istimewa disini?

Setiap tempat ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Saya tidak mahu mengulas lanjut kekurangan disini. Semua orang sudah maklum dan boleh jangkakan.

Tetapi saya hendak berkongsi apa yang menarik perhatian saya disini berbanding di kawasan bandar.

1. Mengingatkan saya dengan kenangan zaman kanak-kanak

Melihat gelagat anak-anak disini selalu membuatkan saya mengimbau kembali kehidupan saya pada zaman kanak-kanak.

Saya nampak diri saya pada 20 tahun yang dahulu.

Saya tidak jumpa perkara yang sama di kawasan bandar, dimana-mana sekarang ini anak-anak hidup dalam alam gadjet.

Kanak-kanak menulis lirik lagu dalam buku, main berebut tiang, mandi sungai petang-petang dan sebagainya, yang biasa dilakukan kanak-kanak zaman 80-an dan 90-an.

 

2. Kurang protokol

Disini saya tidak berasa kekok untuk berinteraksi dengan setiap ibu bapa.

Cara komunikasi tidak perlu formal dan ibu bapa biasanya selalu akan memberi kerjasama yang sangat baik dengan pihak guru.

Semua orang saling mengenali dan mengambil berat antara satu sama lain.

 

3. Syurga Alam Semulajadi

Panorama disini sungguh menawan!

Udara yang sangat segar, kaya dengan tumbuhan, dan pemandangan yang indah merupakan aset yang tak ternilai disini.

Malah sungai yang jernih dan masih dara (kurang aktiviti) penangkapan ikan menjadi salah satu sebab saya masih hendak berada disini.

Disini syurga ikan bro!

 

Guru SK Kapitangan
Aktiviti petang guru

Guru pedalaman yang terlampau stress.. bertukar! Power rangers!

A photo posted by Muhamad Naim (@inchenaim) on

Kehidupan Pulau Banggi
Gambar ini dirakam ketika saya mencari line telefon diatas pokok, 1.5km jauhnya dari sekolah. Walaupun line tidak stabil, ia adalah satu-satunya pilihan untuk berhubung dengan keluarga
Pelajar sekolah pulau banggi sabah
Aktiviti outreach yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk mengenali dengan lebih dekat masalah pelajar di rumah mereka.
Rumah penduduk pulau banggi
Hakikat rumah penduduk disini
rumah-penduduk-pulau-banggi
Ya, ini adalah rumah penduduk kampung. Kemiskinan masih menjadi perkara utama di Pulau Banggi
Rumah penduduk pulau banggi kudat
Tiada elektrik, tiada bekalan air, tiada kemudahan klinik terdekat..

_dsc4933

balai raya usang
Balai raya usang yang tidak mendapat pembaikan

_DSC6660

Wanita pulau banggi kudat
aktiviti memancing ikan
Pulau Banggi
Umpan yang digunakan adalah umang-umang

_DSC7785

_DSC4803

Aktiviti penduduk pulau banggi
Aktiviti menangkap sotong kurita

_DSC6518

_DSC6584

Kurita Pulau Banggi
Alat yang digunakan untuk menangkap sotong kurita – hanya seketul batu putih
Sotong Kurita
Antara hasil yang diperolehi

_DSC6531

_DSC6526

siput laut
Siput laut
hidupan laut
Sejenis hidupan lain yang menyerupai labah-labah

_DSC6632

Gamat Putih
Gamat
Tapak sulaiman
‘Patrick’ memang banyak di kawasan pantai depan sekolah
Penduduk pulau banggi kudat sabah
Antara aktiviti popular ketika air surut disini adalah mencari siput yang dipanggil ‘Kahanga’

Kahanga.

A photo posted by Muhamad Naim (@inchenaim) on

memasang pukat
kadangkala kami guru-guru mengambil peluang memasang pukat jika ada kelapangan
Penduduk pulau banggi
Menunjukkan hasil yang diperolehi
Nelayan pulau banggi
Kehidupan penduduk disini ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang

_dsc8866 _dsc8850

_dsc9896

Kg Lok Agung Pulau Banggi Sabah
Perjalanan ke Kampung Lok Agung
Kampung Lok Agung, Pulau Banggi, Kudat, Sabah
Jambatan gantung yang sudah uzur dan merbahaya kepada pelajar-pelajar dari Kg Lok Agung untuk ke sekolah.
pulau-banggi-sabah
Pemandangan di sekitar Kg Lok Agung.. cantik kan :)

 

Pulau yang dipinggirkan..

Saya bukan merendahkan mana-mana pihak, cuma menulis secara terus-terang.

Besar harapan saya dan penduduk-penduduk di kawasan ini untuk mendapat kemudahan asas yang sewajarnya.

Maaf, secara jujur bagi saya ini adalah sesuatu yang amat memalukan bagi negara yang sudah lama merdeka memandangkan masih ada rakyat yang hidup masih seperti di zaman jepun.

Kemudahan asas sekurang-kurangnya seperti bekalan air bersih, jalan raya dan elektrik harus diberi perhatian.

Bangunan sekolah juga harus dibaikpulih dengan secepat mungkin dan dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan asas bagi sesebuah sekolah untuk berfungsi dengan sempurna.

Kelas malam pulau banggi
Foto ini dirakam semasa kelas tambahan malam UPSR semasa tahun 2015. Ia sangat mendukacitakan melihat pelajar kita masih terpaksa belajar dalam kesamaran lilin dan lampu kecil.
bangunan runtuh pulau banggi
Walaupun setelah beberapa kali laporan dibuat kepada pihak berwajib, masih tiada tindakan untuk membina semula bangunan perpustakaan ini.
Anak-anak pulau banggi
Semoga anak-anak ini mendapat kemudahan yang sewajarnya untuk kualiti pembelajaran yang lebih baik

Sementara kementerian pelajaran sedang gah dengan pelbagai dasar, janganlah melupakan sekolah pedalaman seperti kami yang masih banyak kemudahan asas yang belum lengkap.

Akhir kata, saya berharap perkongsian ini dapat membuka mata ramai pihak diluar sana tentang kehidupan penduduk di sini.

Semoga saya terus dapat bertahan untuk menabur bakti disini. InsyaaAllah.

 

Update:

Ini adalah kisah tahun 2014. Sekarang (bermula 2019) kami sudah mendapat bangunan baru.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest
11 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Annae seonmul
Annae seonmul
10 bulan yang lalu

Skrg cikgu msh mengajar di situ?

Annae seonmul
Annae seonmul
Reply to  Muhamad Naim
10 bulan yang lalu

hr tu adik angkat sy ke situ, sbb sek cikgu dpt bantuan laptop. dia installer rasanya. doakan sy smg ada rezeki menjadi warga pulau banggi :)

Syahrizal
Syahrizal
2 tahun yang lalu

Pernah berkhidmat di sekolah ini masa mula2 posting dulu 2006 – 2008, suasana lagi teruk drpd skrg ni

aqilah
aqilah
3 tahun yang lalu

baru balik dari melawat SK Kapitangan beberapa hari yang lalu. Sekolah yg sgt cantik dan bersih. Pantai dia tu mmg terbaik la!

Wan
Wan
4 tahun yang lalu

Terima kasih cikgu2 yg sanggup mencurah bakti kepada ank bangsa..sebak tngok keadaan sekolah dipedalaman..mudahan kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini

Kerja Sendiri
6 tahun yang lalu

Patutla orang beriman yang miskin 40 tahun lebih awal masuk syurga. Sedih betul keadaan dorang kat sana. Berat mata kita pandang, berat lagi bahu dorang pikul.