Teori Warna: Mendalami Warna Killer Soft Plastic

warna killer soft plasticApakah warna terbaik atau warna killer soft plastic?

Soalan ini adalah antara persoalan yang popular sering diajukan oleh kebanyakkan pemancing.

Jawapannya adalah; – tiada warna killer soft plastic sebenarnya.

Pemilihan warna soft plastic yang terbaik adalah bergantung kepada cuaca, keamatan cahaya, warna dan tahap kekeruhan air.

Kesemua elemen-elemen ini boleh menentukan apakah warna yang produktif dan terbaik pada waktu tersebut.

Oleh itu, bagaimana pemilihan warna soft plastic dibuat?

Baca Sepenuhnya

Benarkah Memiliki Kebebasan Tanpa Had Akan Membuat Kita Lebih Bahagia?

Kebebasan Tanpa Had

Jika kita ingin memaksimumkan kebahagiaan kita, mungkin cara terbaik untuk mencapainya adalah dengan memaksimumkan kebebasan kita.

Ini kerana kebebasan adalah sesuatu yang amat berharga, berguna dan diperlukan oleh setiap orang.

Ia sesuatu yang masuk akal.

Apabila kita mempunyai kebebasan, kita boleh menggunakannya untuk melakukan perkara-perkara yang memaksimumkan kebahagiaan kita.

Tiada siapa akan mengarah kita dan tiada siapa yang membuat keputusan bagi diri kita.

Dan jalan untuk memaksimumkan kebebasan adalah dengan memaksimumkan pilihan kita.

Baca Sepenuhnya

Hobi Itu Untuk Dilakukan, Bukan Dikumpulkan

hobi

Ramai orang menyangka mereka sedang menikmati hobi, padahal yang sebenarnya lebih banyak berlaku ialah mereka sedang mengumpul barang untuk hobi itu.

Kita kata kita suka memancing, tetapi semakin lama semakin banyak masa dihabiskan melihat joran, kekili, gewang, tali, kotak pancing, dan pelbagai aksesori lain.

Kita kata kita suka membaca, tetapi rak semakin penuh sedangkan buku yang benar-benar habis dibaca tidak seberapa.

Kita kata kita suka menulis, tetapi lebih sibuk mengemas meja, membeli buku nota, dan menyusun aplikasi daripada benar-benar duduk menulis.

Di situlah silapnya.

Baca Sepenuhnya