Tips Memilih (Warna & Aksi) Gewang Terbaik Untuk Air Keruh Dan Air Jernih

tiemco mad pepper gewang terbaik

Bagaimana membuat pemilihan warna gewang yang tepat berdasarkan keadaan air?

Dalam dunia casting, pemilihan warna gewang  adalah sesuatu topik yang sentiasa menjadi kontroversi.

Ia bergantung kepada banyak perkara dan faktor.

Selalunya, tahap kejernihan air, cuaca dan warna gewang memainkan peranan besar dalam kejayaan sesuatu sesi casting.

Di dalam air yang jernih, kebanyakan ikan bergantung kepada penglihatan visual.

Maka memilih gewang yang menyerupai ikan mangsaan adalah langkah paling terbaik.

Sebaliknya, bila air keruh dan berlumpur, ikan akan bergantung kepada garisan lateral untuk mengesan mangsa.1

garisan lateral ikan

Tumpuan deria mereka akan tertumpu kepada bayang dan getaran.

Ia nampak seperti satu konsep yang mudah kepada kebanyakan pemancing, tetapi kita harus tahu bahawa terdapat beribu-ribu jenis gewang di luar sana.

Kita akan mudah “lemas” dalam memilih gewang terbaik untuk kejernihan air yang berbeza.

Jadi bagaimana memilih gewang yang tepat berdasarkan keadaan air?

Oleh itu dalam artikel ini saya akan menyenaraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih gewang terbaik dalam air yang keruh dan air yang jernih.

1. Gewang Selaman

gewang terbaik megabass flap slap

Keadaan air keruh

Apabila air sedang keruh, keutamaan kita adalah untuk memberikan ikan sesuatu yang mudah disasarkan.

Pilih gewang selaman yang:

  • Beraksi secara wide wobble2,
  • Mempunyai bunyi rattle (gemerincing) yang kuat
  • Warna yang gelap atau terang.

Gewang selaman yang mempunyai bentuk lidah yang bersegi atau berbentuk keranda mempunyai aksi yang lebih melebar berbanding gewang berlidah bulat.

Perlahankan karauan gewang.

 

Keadaan air jernih

Dalam keadaan yang jernih, apa yang lebih penting adalah untuk meniru spesis ikan mangsaan yang menjadi buruan ikan di situ.

Konsep ini dipanggil matching the hatch

Lucky Craft Pointer 78 D

Cuba gunakan gewang yang mempunyai warna semulajadi seperti seluang, belanak dan udang.

Gewang yang silent (senyap), berbentuk kurus dan mempunyai bentuk lidah yang bulat adalah efektif dalam keadaan air yang jernih.

Gunakan gewang yang beraksi tight wiggle3. Berikan karauan yang sedikit laju.

Contoh: Rapala Shad Rap

Tidak pasti tentang perbezaan wide wobble dan tight wiggle?

Saya ada menulis tentang perbezaan aksi renangan gewang selaman dalam artikel sebelum ini.

2. Gewang Permukaan Air

gewang terbaik permukaan magabass pop max

Keadaan air keruh

Dalam keadaan air keruh, lebih baik memilih gewang permukaan yang ‘bising’ dalam persembahannya.

Popper yang mempunyai bunyi ‘bloop’ yang jelas dan kuat, atau propeller yang mempunyai kekipas berkembar (double) yang nyaring.

Elemen bunyi yang nyaring ini akan memudahkan ikan mengesan keberadaan gewang.

 

Keadaan air jernih

Dalam keadaan kondisi air yang jernih, kelembutan dan kehalusan aksi pergerakan gewang adalah kunci.

Taruhan terbaik adalah gewang pencil dan popper yang mempunyai lebih aksi dan percikan air berbanding menghasilkan bunyi.

Untuk pemahaman lanjut mengenai gewang permukaan, anda boleh merujuk artikel ini: Teknik Efektif Menggayakan Gewang Permukaan

3. Gewang Soft Plastics

warna gewang terbaik soft plastic

Keadaan air keruh

Bila menggunakan gewang soft plastic dalam kondisi air yang keruh, apa yang terbaik adalah memilih umpan yang mempunyai aksi yang jelas dan mempunyai profil yang besar.

Pada waktu ini, penglihatan ikan tertumpu kepada warna silloutte.(bayang) kerana ia lebih jelas dalam air keruh.

Oleh itu warna yang terbaik adalah gelap seperti hitam, biru, black neon dan junebug.

SP yang mempunyai tambahan kekilatan (glitter) juga berkesan untuk memantulkan cahaya yang terhad.

 

Keadaan air jernih

Untuk memaksimumkan sambaran menggunakan gewang soft plastic dalam air jernih, pilih umpan yang mempunyai warna semulajadi seperti hijau dan coklat, atau warna yang betul-betul meniru spesis mangsaan.

gewang terbaik soft plastic

Matching the hatch adalah konsep yang sangat berguna ketika air jernih.

Aksi SP juga harus dipersembahkan lembut dan meyakinkan seolah-olah aksi hidupan sebenar.

Anda juga boleh membaca artikel mengenai warna soft plastic terbaik mengikut keadaan cuaca dalam artikel wired2fish: choosing soft plastics colors for bass 4

4. Gewang Janggut (Spinnerbaits)

gewang janggut Keadaan air keruh

Seperti gewang lain, lebih bising gewang janggut lebih bagus dalam air yang keruh.

Gewang janggut yang terbaik dalam keadaan air sebegini adalah mempunyai satu atau dua bilah kipas colorado, dan mempunyai warna skirt yang terang atau gelap.

Kekipas colorado berbentuk seperti cengkerang akan menyesarkan lebih banyak air dan menghasilkan getaran yang kuat.

spinnerbait

 

Keadaan air jernih

Gewang janggut paling produktif dalam keadaan air yang jernih adalah yang menghasilkan banyak kilauan.

Bilah kekipas yang berbentuk willow adalah paling terbaik menghasilkan kilauan. Jadi gunakan janggut yang mempunyai satu atau dua kekipas ini.

Warna silver atau gold juga efektif dalam air yang jernih.

bentuk kekipas spinnerbait
Perhatikan perbezaan diantara kipas bentuk colorado dan willow. Indiana adalah kacukan antara keduanya.

 

Penutup: Pilihlah gewang terbaik yang sesuai mengikut keadaan

Memancing sebenarnya adalah satu aktiviti yang agak kompleks.

Seorang pemancing sejati bukan sahaja perlu pandai dari segi skill, malah perlu banyak berfikir dan mengkaji tentang kelakuan ikan.

Think like a fish — Motto oleh syarikat Storm ini adalah jelas.

Malah banyak lagi perkara lain yang mempengaruhi hasil seperti suhu dan tekanan udara.

Ia memaksa kita menjadi ‘saintis’ untuk mencari sebab disebalik kejayaan dan kegagalan kita.

Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa gewang killer anda menjadi pada hari semalam, tetapi langsung tidak dilayan pada hari ini.

Disinilah uniknya aktiviti memancing.

Ia dipengaruhi banyak faktor.

Maka ia bergantung kepada kita untuk memanipulasi keadaan untuk menukarkan hari daripada zero kepada hero.

Semoga bermanfaat!

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

8 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
khai
khai
2 bulan yang lalu

apa pendapat tuan mengenai gewang warna pink…di penang, kerapu dan ikan pemangsa lain gemar dgn warna pink..bnyk video youtube sy tgok warna pink jdi pilihan di sini

rahmat
rahmat
6 tahun yang lalu

semalam dgn harini beli gewang rapala dok dtg hasil lagi… hmmmm

seri nian
7 tahun yang lalu

geli la tgk gewang untuk air keroh tu…pesal cicak plak jd pilihan?

seri nian
7 tahun yang lalu

saya ingatkan apa bende la gewang ni…rupanya bende ni….

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading