Bagaimana Kaedah Membina Tabiat Baik Dan Produktif?

Membina Tabiat Baik
Photo by Rae Tian on Unsplash

Perkara-perkara kecil yang kita lakukan menentukan kejayaan atau kegagalan:

Tabiat yang kita bina secara konsisten akan menentukan sama ada kita hidup dengan hebat atau secara biasa-biasa sahaja (jika tidak, hidup yang gagal)

Malangnya, tiada pil magik atau jalan singkat untuk menyelesaikan masalah kita.

Produktiviti adalah sebuah proses.

Perubahan sebenar dibina atas keputusan-keputusan kecil yang kita buat setiap hari yang membantu kita menjadi produktif.

Sebahagian keputusan ini termasuk:

  • Patutkah aku bangun subuh atau tidak?
  • Patutkah aku baca al-Quran ataupun tidak?
  • Patutkah aku bersenam ataupun tidak?
  • Patutkah aku fokus pada kerja penting di waktu pagi atau tidak?

Kita berhadapan dengan keputusan-keputusan ini setiap hari, namun biasanya ia bukanlah keputusan yang kita lakukan dalam keadaan sedar.

kebanyakkan masanya, tabiat kita yang membuat keputusan bagi pihak kita.

Seorang ulama ditanya berkenaan bagaimana dia selalu ada di masjid apabila azan dilaungkan.

Dia menjawab, “ini adalah tabiat yang telah aku bina semenjak zaman mudaku dan aku tidak tinggalkannya pada waktu tuaku”

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Duke pada tahun 2005 menunjukkan 40 peratus perbuatan harian manusia adalah tabiat, dan bukannya keputusan yang dibuat secara sedar.

Ini boleh menjadi berita buruk dan berita baik.

Ia berita baik jika kita boleh membina tabiat produktif, kita akan sentiasa melakukan perkara-perkara yang betul dalam keadaan ‘autopilot’ setiap hari.

Namun ia akan menjadi berita buruk jika kita belum membina tabiat yang betul, kita akan perlukan usaha dan kesedaran untuk mengubahnya.

Ia memakan masa, tetapi ia tidaklah mustahil.

Artikel ini akan membincangkan teori-teori terkini berkenaan tabiat dan mencipta satu rutin automatik untuk kita semua.

Artikel ini dipetik daripada buku The Productive Muslim tulisan Mohammed Faris

Apakah Itu Maksud Tabiat?

Secara mudah:

— tabiat itu adalah perbuatan kita secara automatik.

Kita tidak berfikir tentang perbuatan itu kita hanya melakukannya secara automatik sahaja.

Tabiat adalah cara otak kita untuk menjadi malas, atau ‘cekap’ sebagaimana kata pakar-pakar otak.

Perbuatan berulang kali ‘menyelamatkan’ otak kita daripada harus membuat keputusan dalam setiap apa yang kita lakukan.

Thinking fast and slow, Prof. Daniel Kahnemen.

Bayangkan betapa terganggunya kita jika setiap pagi kita perlu memikirkan jalan mana yang perlu kita ambil untuk ke tempat kerja.

Atau bagaimana kita perlu memandu kereta kita.

Tabiat dan rutin akan membebaskan minda kita daripada kerja leceh, dan hanya bersedia untuk fungsi-fungsi yang lebih penting sahaja.

Bagaimana Tabiat Terbentuk?

Dalam buku The Power of Habits, Charles Duhigg menggariskan tiga perkara penting untuk kita fikirkan tentang pembentukan tabiat:

  • Membentuk tabiat memerlukan masa. Ia tidak berlaku dengan tiba-tiba.
  • Tabiat dibentuk oleh tiga komponen penting: Pencetus, rutin dan ganjaran. Tiga elemen ini datang sekali untuk membentuk kitaran tabiat (habit loop)
  • Tabiat boleh berubah dan dibiasakan. Ini adalah berita yang baik.

Membina Tabiat Baik

Menukar Tabiat Lama Dan Membina Tabiat Baru

Dengan apa yang kita kita ketahui tentang pembentukan tabiat, apa yang boleh kita lakukan secara efektif untuk menukar tabiat kita sekarang dan membina tabiat lebih baik?

Tiga teknik ini telah terbukti paling efektif:

  1. Cabaran 30 hari
  2. Memecahkan gelung (cracking the loop)
  3. Teori penggantian (replacement theory)

1. Cabaran 30 hari

Cabaran 30 hari adalah tentang memaksa otak kita menukar tabiat menerusi gelung tabiat khusus selama 30 hari sehingga tabiat itu menjadi automatik.

Ia terdiri daripada yang berikut:

Langkah 1


Pilih satu tabiat yang kita mahu ada, ubah, atau hentikan dalam masa 30 hari.

Pilih SATU sahaja supaya kita boleh berjaya melakukannya.

Langkah 2


Tulis tabiat tersebut dalam bentuk senarai (list) pada sebuah kertas.

Sistem ini membolehkan kita membuat tanda tick setiap kali kita selesai melakukan tabiat itu.

Matlamatnya adalah kita mendapat sekurang-kurangnya 25 tick dalam masa sebulan supaya tabiat baru tersebut akan menjadi lebih senang dan dibiasakan.

Langkah 3


Sebaik sahaja cabaran 30 hari itu berakhir, JANGAN BERHENTI!

Teruskan dan jika kita rasa diri kita tersasar, ulang proses ini sekali lagi.

Untuk tiga minggu pertama bagi cabaran kita (dalam 21 hari), kita akan sedikit ‘bergelut’ untuk membentuk tabiat baru ini dalam kehidupan kita.

Ia sangat memerlukan kekuatan azam dan daya tahan.

Ibaratnya ada mempunyai gatal, tetapi tidak boleh menggaru gatal itu.

Pada minggu ke-empat (dan seterusnya), ia akan menjadi lebih senang kerana tabiat itu telah menjadi sebahagian rutin kita.

Jika kita mampu mengubah diri kita dalam masa 30 hari, kita akan berjaya mencapai matlamat kita.

Ingatlah yang cabaran 30 hari ini adalah satu pelaburan jangka pendek berskala kecil yang akan membentuk matlamat utama hidup jika kita memilih tabiat mana yang hendak dibiasakan atau tabiat mana yang kita mahu hentikan dengan hati-hati.


2. Menghentikan Gelung Tabiat

Seperti yang disebutkan sebelum ini, gelung tabiat terdiri daripada tiga bahagian:

  1. Pencetus
  2. Rutin
  3. Ganjaran

Jika kita mahu menukar tabiat, kita perlu ‘menyerang’ setiap elemen dalam gelung kitaran tabiat ini untuk ‘memecahkannya’.

Mari kita fahami setiap elemen gelung tabiat ini:

Pencetus Pencetus boleh jadi sama ada bersifat luaran (contohnya jam loceng masa dan waktu, hari pada minggu itu) atau dalaman (contohnya emosi dan pemikiran)
Rutin Ini adalah  perbuatan spesifik yang kita lakukan (atau elakkan jika kita sedang menghentikan tabiat ini) sebaik sahaja dicetuskan oleh pencetus tadi.
Ganjaran Ini boleh berlaku sama ada dalam diri kita (dalaman) contohnya berasa seronok, mempunyai keyakinan tinggi atau luaran seperti coklat, sarapan yang banyak.

Ia juga boleh terjadi dalam bentuk spiritual.

Katakan kita sedang cuba membiasakan diri dengan tabiat bersenam.

Gelung tabiat baru kita akan kelihatan seperti ini:

Pencetus Ahad dan Selasa 6.00 pagi setiap minggu.
Rutin Pakai baju gym kita, ikat kasut dan berlari di luar selama 30 minit (rutin ini harus menjadi spesifik dan efektif)
Ganjaran Kita akan berasa hebat ketika sedang berusaha kea rah matlamat kita untuk hilang berat badan dan kekal sihat

Mari kita ambil satu contoh lain.

Kali ini untuk menghentikan tabiat buruk.

Katakan sebaik sahaja kita pulang ke rumah dari tempat kerja, kita akan membenamkan diri kita di sofa di hadapan TV dan membazirkan tiga hingga empat jam dengan semangkuk snek.

Bagaimana kita hendak mengurus tabiat ini?

Pertama sekali, kita harus melihat gelung tabiat itu seperti mana ia sekarang:

Pencetus: Pulang ke rumah

Rutin: Hidupkan TV, pergi ke dapur ambil snek dan duduk tonton TV

Ganjaran: Terasa tenang, terhibur dan gembira

Tidak banyak yang kita lakukan untuk mengubah pencetus tersebut.

Jadi, mari kita fokuskan kepada rutin dan ganjaran:

Rutin Baru: Mandi dan tukar pakaian, ambil buah-buahan dari dapur dan luangkan masa sejam untuk membaca buku, menonton siri kuliah atau meluangkan masa berkualiti dengan keluarga.

Ganjaran Baru: Kita terasa bersih, sihat, intelektual kita terangsang dan hubungan kekeluargaan bertambah baik.

Ini adalah contoh menggunakan gelung tabiat untuk mencipta atau membuang suatu tabiat luaran.

Katakan kita mahu mengubah tabiat ‘dalaman’, suatu perangai jahat yang kita tahu ia mungkin bahaya untuk hidup dan akhirat kita.

Contohnya perasaan cemburu dan dengki, mengumpat atau menipu.

Sekali lagi, kejahatan-kejahatan ini adalah tabiat tetapi kita boleh menggunakan gelung tabiat untuk mengubahnya.

Mari kita ambil contoh sifat dengki:

Pencetus: Kita melihat seseorang yang mempunyai status sosial atau kerjaya profesional yang lebih tinggi daripada kita

Rutin: Kita panas dengan kedengkian (mungkin juga ada keinginan untuk mensabotaj orang itu)

Ganjaran: lebih banyak perasaan dengki dan rasa negatif.

Gelung tabiat baru akan kelihatan seperti ini:

Pencetus: Kita melihat seseorang yang mempunyai status sosial atau status profesional yang lagi tinggi daripada kita.

Rutin: Kita mengucapkan “MashaAllah, la quwwata illa billah,” (Allah menginginkannya, tiada kekuatan melainkan dengan Allah). Doakan orang itu mendapat lebih banyak kejayaan dan minta Allah agar turut memberkati kita juga.

Ganjaran: Berasa bahagia dan diberkati.

Mari kita ambil contoh menipu pula:

Pencetus: Lebih senang untuk menipu daripada bercakap benar

Rutin: Menipu

Ganjaran: Terlepas dengan penipuan tersebut

Bagaimana mengubahnya:

Pencetus: Lebih senang menipu daripada berkata benar.

Rutin: Beritahu perkara sebenar dengan jujur.

Ganjaran: Ingat kata-kata Nabi Muhammad SAW: “Bercakap yang benar adalah kemuliaan dan kemuliaan membawa kepada Syurga dan hamba yang berusaha untuk bercakap benar adalah dicatatkan sebagai jujur, dan menipu adalah satu kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka, dan hamba yang berusaha untuk menipu akan dicatatkan sebagai seorang penipu” [HR Muslim]

Dalam setiap contoh ini, langkah pertamanya adalah kita menyedari bahawa kejahatan ini akan memberi ‘ganjaran’ buruk kepada kita di akhirat apabila kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan dan perkatakan.


3. Teori Penggantian

Cara ketiga untuk menukar tabiat adalah dengan teori penggantian.

Bagaimana ia berfungsi?

Begini, ia akan menggantikan rutin kita dengan tabiat baru yang memberikan kita kepuasan yang sama dengan tabiat sebelumnya.

Bayangkan, kita mengalami ketagihan menonton TV dan kita menonton selama lima jam sehari.

Bagaimana kita hendak menukar tabiat ini?

Jika kita berhenti menonton secara mendadak, kita akan mempunyai lima jam waktu kosong tanpa ada aktiviti.

Akhirnya ini akan menyebabkan kita mahu kembali kepada tabiat asal dalam tempoh beberapa hari.

Kuncinya adalah untuk menukar tabiat ini dengan tabiat baru yang  memberikan ganjaran sama.

Jika alasan kita menonton selama lima jam sehari adalah untuk berasa terhibur dan mendapat masa peribadi, jadi kita mahukan tabiat ganti yang memberikan ganjaran atau perkara yang sama.

Maka, kita keluarlah dengan kawan-kawan di taman berdekatan, atau membaca kandungan bermanfaat secara online sebagai pengganti asalkan kita mendapat gajaran yang sama seperti sebelumnya.

Penutup: Dimana Hendak Bermula?

Secara umum, kita akan dapati 3 kaedah ini akan berkesan terhadap semua tabiat.

Walau bagaimanapun, secara khusus, ia mungkin memerlukan sedikit usaha.

Kita mungkin perlu bereksperimen sebelum dapat menjumpai pencetus yang betul yang mengingatkan kita untuk memulakan tabiat yang baru.

Kita mungkin perlu berfikir sedikit cara membuat tabiat baru kita begitu mudah sehingga tidak boleh mengatakan tidak.

Ini semua adalah sebuah proses, kawanku.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

5 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
FB : Nurdiyana Masri
3 tahun yang lalu

Masya Allah tabarakallah. Perkongsian yang sangat hebat. Sangat bermanfaat untuk saya yang dalam proses membiasakan diri untuk berterusan dalam loop new habit. Bila dah biasa, terasa ringan dan tak lagi berat.

wanfahmi
wanfahmi
5 tahun yang lalu

Bukan ke ini diambil copy paste dari buku Muslim Produktif?

Azmir Shah
5 tahun yang lalu

Saya tidak ingat bila saya diajar tentang tabiat ini sebenarnya programming kepada diri. Apabila menjadi kebiasaan benda yang berat terasa ringan.Asalkan tabiat itu tabiat yang baik.

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading