Cabaran: Jangan Menggaru Gatal

menggaru-gatal
Purple Itch by thrumyeye
Cabaran: Hanya perhatikan sahaja tempat gatal itu dan jangan garu!

Persoalannya sekarang, apa perlunya saya berbuat sedemikian?

Sebenarnya jika kita boleh belajar bersabar untuk tidak menggaru gatal, InsyaaAllah kita boleh bertahan dalam banyak perkara.

Saya analogikan seperti ini:

 Tabiat buruk kita adalah seperti gatal. Dan melakukan tabiat buruk itu seperti menggaru gatal.

Mengalah bila berasa sukar dalam membuat sesuatu kerja adalah seperti menggaru gatal.

  • Malas bersenam adalah seperi menggaru gatal.
  • Bangun lambat adalah menggaru gatal.
  • Tidak baca Al-Quran adalah menggaru gatal.
  • Mencarut adalah menggaru gatal.
  • Pergi mengorat perempuan adalah menggaru gatal (ya, ini memang ternyata gatal.. haha)

Kebanyakkan tabiat  buruk dalam kehidupan kita, dan daya ketahanan kita terhadapnya, boleh dikaitkan dengan ‘gatal’.

Jadi persoalannya sekarang adalah bagaimana kita boleh mengelakkan daripada terus menggaru gatal?

Pertama: peka dimana tempat gatal tersebut & sedar adakah kita menggarunya

Inilah bahagian dimana tidak semua orang akan perasan.

Pada kebanyakkan masa, kita menggaru gatal (secara literal & metafor) tanpa menyedari yang kita sedang melakukannya.

Itu adalah tindakbalas unconscious, tindakbalas yang tanpa sedar.

Kebanyakan orang tidak sedar betapa hidup kita dikawal oleh kegatalan ini:

  • Kita selalu pergi check emel atau facebook serta smartphone setiap masa adalah umpama menggaru gatal
  • Kita mencarut apabila sakit hati terhadap seseorang, adalah menggaru gatal secara tidak sengaja

Jadi menyedari kehadiran rasa gatal itu dan waspada adakah kita menggarunya adalah langkah pertama — untuk membina kesedaran dan kepekaan.

Dan proses ini memang memerlukan masa.

Sebab pasti selalunya kita akan terlupa & terlalai daripada yang kita sedar.

Kedua: sedar menggaru gatal itu adalah tidak baik

Apa yang salah sangat menggaru gatal ni?

— Tiada yang salah.

Tapi lama-kelamaan, pasti ia akan melukakan kulit, atau terus menangguhkan kerja yang penting bagi kita.

Atau terus menjadikan kita lalai di media sosial asyik menge-like foto selfie orang lain, sedang kita sendiri tidak melakukan kerja yang sepatutnya.

Oleh itu, berwaspadalah keburukan menggaru gatal.

Ketiga: buat azam untuk berhenti menggaru

Cuba tanamkan dalam kepala, bahawa komitmen yang dibuat ini adalah untuk kebaikan kita dan juga orang lain.

Genggam azam ini sekuatnya.

Have a good reason to resist the itch.

Keempat: tengok sahaja tempat gatal tapi jangan cuba-cuba untuk menggaru

Ini mungkin adalah part yang paling sukar

Rasa gatal boleh menjadi sesuatu yang amat kuat dan sukar menahannya.

Setiap kali kita terasa gatal (literal), cuba duduk diam-diam tanpa menggarunya.

Keinginan untuk menggaru memang akan membuak-buak sehingga kita rimas dan tidak sedap duduk.

Tapi sebenarnya kita boleh je duduk diam-diam tak bergerak, kalau kita betul-betul mencuba.

Pegang nasihat ini:  kita hanya perlu yakin yang kita akan OK walaupun kita tidak menggaru. 

Ya, sekarang ini saya bukan lagi bercakap setakat gatal yang literal sahaja, tetapi termasuk juga kegatalan metafor – termasuk keinginan kita untuk melayari instagram, facebook, twitter, emel dan apa sahaja.

Ingat, anda akan OK walaupun tidak menggaru gatal.

Penutup

Yang penting dalam proses ini, kita harus peka terhadap gatal.

Kenalpasti keburukannya, tetapkan azam, perhatikan..

.. dan jangan menurut kehendak (menggaru gatal)

Ok?

guest
2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments