Bagaimana Membentuk Tekad Yang Tinggi?

tekad yang tinggiKita semua mempunyai sesuatu yang kita mahukan.

Untuk menggapainya, usaha diperlukan.

Jika matlamatnya tinggi, maka lebih banyak usaha diperlukan.

Dan jalan menuju kejayaan selalunya bergantung kepada tekad yang kita ada dalam diri kita.

Apabila bercakap tentang menukar tabiat, kita akan memerlukan tekad yang tinggi untuk kekal dengan tabiat baru.

Ada beberapa tip untuk membantu kita mengekalkan tekad kita sehingga tabiat kita berubah:

1. Niat Yang Jelas

Seseorang tidak boleh memandang rendah kepada kuasa niat untuk ‘memandu’ tekad kita.

Jika kita tidak mahu melakukan sesuatu, besar kemungkinan kita tidak akan melakukannya.

Namun, jika kita sentiasa mengingatkan diri tentang niat:

 Mengapa aku melakukan perkara ini? Mengapa aku menukar tabiat ini?”

 — Ia akan menjadi lebih senang.

Saya sangat mencadangkan agar kita menulis niat kita dan merujuknya apabila kita merasakan tekad kita lemah.


2. Lakukan Perubahan kecil

Jangan cuba menukar SEMUA tabiat kita dalam sehari, nanti kita akan cepat mengalah dan kembali pada diri kita yang asal.

Lakukan perubahan sedikit demi sedikit.

Beberapa peringkat perubahan akan memberikan perubahan yang besar pada arah hidup kita.

Pilih satu hingga tiga tabiat sahaja untuk kita ubah pada setiap bulan.

Pastikan kita memang berniat tentang perubahan-perubahan ini, peka tentang kejayaan walaupun kecil, dan kita terlalu teruja dengannya.


3. Petunjuk yang jelas

Tetapkan petunjuk yang jelas dan spesifik tentang rutin serta tabiat kita.

Jika kita sedang cuba bersenam dengan konsisten, tetapkan tarikh yang kita akan pergi ke gym, apa senaman yang kita akan lakukan dan berapa lama kita akan berada di sana.

Tetapkan sacara spesifik.


4. Lakukan Pledge

Pledge adalah bermaksud aku janji dengan orang yang penting kepada kita untuk mengelak daripada melakukan sesuatu.

Selalu maklumkan kepada orang yang kita sayang dan yang menghormati matlamat baru kita.

Kita boleh mengewakan diri kita, tetapi lebih sukar untuk mengecewakan orang yang kita sayang.


5. Berdoa

Minta pertolongan daripada Allah agar Dia menolong kita melakukan perubahan yang kita mahu lakukan.

Akhirnya, Dialah yang menyediakan keadaan yang sesuai untuk kita dan memberikan tekad kepada kita untuk terus berusaha mengubah tabiat kita kepada yang lebih baik.

Artikel ini dipetik daripada buku The Productive Muslim tulisan Mohammed Faris.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading