Impak Niat Yang Jelas Dalam Kehidupan

impak niat yang jelas dalam kehidupan

Mempunyai niat yang jelas akan membangkitkan fokus dan motivasi.

Seseorang boleh menjalani kehidupan — makan, tidur, bekerja dan hidup — tanpa mempunyai fokus dalam minda mereka.

Namun sebagai seorang muslim, perkara ini tidak dapat diterima.

Setiap tindakan kita mestilah selari dengan apa yang dikehendaki dan diredhai oleh Allah.

Tanpa niat yang jelas, maka biasanya masa dan niat akan dihabiskan untuk kepentingan diri.

Bila ini berlaku, sisa-sisa produktiviti akan hilang.

Niat yang jelas akan memberikan kita manfaat dalam beberapa cara..

Penulis John C. Maxwell menerangkan bagaimana niat menjadi salah satu peraturan untuk perkembangan peribadi.

Jika kita mahukan hasil yang positif dan produktif, ketahuilah yang ia tidak harus berlaku dengan sendiri.

Kitalah yang harus menjadikannya realiti. Kita harus meniatkannya.

Niat yang jelas akan menyebabkan kita berfikir dan bertanya, “Mengapa aku melakukan perkara ini?”

Ini mungkin sebab mengapa dalam Islam, seseorang tidak patut memulakan sesuatu ibadah seperti solat dan puasa sehinggalah dia menjadikan niat itu jelas di dalam hatinya.

Sudah berapa kali kita memulakan kerja atau projek, namun selepas beberapa hari, minggu atau bulan baru kita sedar yang kita hanya membuang masa?

Ini berlaku kerana niat yang pada awalnya sudah tidak jelas.

Fikirkan impak mentaliti sebegini terhadap produktiviti dan kesejahteraan  seseorang.

Fokus spiritual bukan sahaja membolehkan kita hidup dalam gaya hidup berfokus yang bermatlamat, tetapi ia juga mendatangkan keberkatan yang tidak boleh dihitung.

Mungkin sebahagian kita akan berfikir:

Jadi, anda katakan yang Islam tidak menggalakkan produktiviti tetapi hanya bergantung pada ‘niat baik’ tanpa perlu melakukan apa-apa tindakan langsung?”

Tetapi ini hanya menyerlahkan silap faham terhadap maksud sebenar niat yang ikhlas.

Niat ikhlas bukan sahaja ‘keinginan’ untuk berbuat sesuatu tetapi juga satu kuasa dorongan yang mengatakan,

Saya akan mencuba sebaiknya untuk mencari apa yang saya mahu lakukan walaupun saya tidak mempunyai sumber yang cukup sekarang”.

Malah, sebagaimana pentingnya niat dalam Islam, maka begitulah juga tindakan.

Ia begitu penting sehinggakan seorang manusia dihukum berdasarkan niat dan tindakan mereka, bukannya hasil daripada niat dan tindakan tersebut.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

Allah Yang Maha Agung berfirman; ‘Apabila hamba-Ku berniat bahawa ia sepatutnya melakukan perkara baik tetapi dia tidak melakukannya, Aku mencatat baginya satu kebaikan, tetapi jika dia melaksanakannya, Aku mencatat baginya sepuluh kebaikan. Sekiranya dia berniat untuk melakukan kejahatan, tetapi dia tidak melakukannya, Aku memaafkannya. Tetapi jika dia melakukannya, Aku mencatat satu kejahatan ke atas namanya’.

Rasulullah menyaksikan para malaikat berkata: ‘Hamba-Mu berniat melakukan kejahatan. Walaupun Tuhannya lebih berjaga-jaga daripadanya. Untuk ini Dia berfirman: ‘Perhatikannya; jika dia melakukan (kejahatan), tulis namanya tetapi jika dia menahan diri daripada melakukannya, tulis satu kebaikan untuknya kerana dia telah menolak (daripada melakukannya) kerana-Ku’.

Rasulullah SAW bersabda: ‘Dia yang di kalangan kamu yang bagus imannya, semua tindakannya akan digandakan daripada sepuluh sehinggalah tujuh ratus kali (dan dicatat atas namanya) dan segala kejahatan yang dilakukannya dicatatkan seperti tadi (tanpa digandakan) sehinggalah dia bertemu Allah.

— HR Muslim

Perhatikan, Allah tidak menghukum seseorang atas natijah (hasil) perbuatannya.

Ini kerana natijah bukan terletak di tangan kita, walaupun sebanyak mana pun kita berusaha.

Katakan, kita mahu membina sekolah agama dalam komuniti tempatan kita. Kita mempunyai niat  yang baik dan kita telah berusaha dengan gigih.

Namun kerana keadaan yang tidak dijangka, usaha kita tidak berhasil dan kita terpaksa meninggalkan projek tersebut.

Maka, kita tidak diberikan ganjaran atas niat dan tindakan kita tetapi kita tidak akan dihakimi atas natijah yang berlaku jika ia diluar kawalan kita.

Syaratnya mudah:

— Jaga niat dan tindakan kita, biarkan hasilnya di tangan Allah

Kefahaman tentang syarat ini adalah sangat penting untuk kita hidup secara produktif dan tanpa stress.

Sudah beberapa kali kita berhenti menjadi produktif hanya kerana kita risau tentang hasil?

“Aku tak mampu jalankan projek ini kerana ia terlalu besar”

Fokus pada niat dan tindakan, lalu biarkan hasilnya di tangan Allah.

Dia akan memberkati kita dengan hasil yang lebih daripada jangkaan kita.

 

Apa yang boleh dipraktikkan dalam hidup kita:
  • Buat Jurnal Niat

Tulis semua niat untuk tindakan yang mahu kita buat.

Sentiasa lihat jurnal ini bagi mengemaskini semula niat kita dan memastikan kita masih berada pada jalannya.

Ia menjadi sebuah peringatan yang baik untuk bertanya kepada diri kita: “Apa niat aku untuk buat semua ini?”


  • Jelaskan Niat Kita

Disamping senarai perkara yang perlu kita lakukan itu, tulis mengapa kita mendedikasikan masa dan usaha untuk setiap perbuatan / pertemuan / temu janji tersebut.

Ia mungkin akan membantu menghilangkan perbuatan yang tidak selari dengan fokus dan motivasi kita.


  • Pastikan Niat Tersebut Menjadi Kenyataan

Realisasikan setiap perbuatan kita dan jangan risau tentang natijahnya.

Artikel ini dipetik daripada buku The Productive Muslim tulisan Mohammed Faris.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
Hamidah Ahmad Sayuti
Hamidah Ahmad Sayuti
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum,terima kasih tuan naim..sy mohon share ilmu yg tuan share ini pd ramai org..semoga Allah memberkati elmu yg tuan kongsi kan ni..

Last edited 2 tahun yang lalu by Hamidah Ahmad Sayuti

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading