Pernahkah anda mengalami homesick?
Apabila saya meninggalkan Semenanjung dan berpindah ke Sabah, perasaan berada di tempat baru itu hebat.
Di sini udara segar, nyaman, dan makanan yang sedap.
Tapi malangnya, lama-kelamaan perasaan teruja itu semakin pudar.
Saya mula berasa rindu terhadap kampung halaman.
Semasa umur hampir memasuki 30-an, saya akui memang agak malu untuk mengakui saya homesick.
Apakah homesick itu sebenarnya?
Selepas setahun lebih tinggal di Sabah, saya mula berasa sedikit tertekan.
Setelah sebegini buat seketika waktu, saya tersedar: Saya bukannya tidak suka Sabah. Saya cuma rindukan kehidupan yang lama.
Belajar untuk mengenalpasti rasa homesick akan memberi berbezaan, kerana dari sini saya akan belajar untuk mengatasi sesuatu yang benar-benar mengganggu saya.
Rasa homesick sebenarnya adalah mengenai keperluan naluri untuk kasih-sayang, perlindungan dan rasa selamat.
Selalunya, kasih-sayang dan keselamatan akan dikaitkan dengan rumah.
Oleh itu, apabila kita tidak merasakannya dalam persekitaran baru kita, kita akan mula rindukan rumah.
Apabila saya berpindah ke sini, saya berkenalan dengan beberapa orang, tetapi mereka semua masih baru kepada saya.
Rasa sukar untuk berasa dilindungi, disayangi, dan selamat dengan orang yang masih belum dikenali dengan baik.
Terdapat 3 faktor yang akan mempengaruhi homesick:
- Pengalaman. Jika anda tidak pernah jauh dari rumah sebelum ini, anda mungkin lebih mudah untuk mengalami homesick. Anda tidak biasa menghadapi perasaan asing.
- Personaliti. Kanak-kanak yang mendapat pengasuh baru akan mengalami “insecure attachment”. Umumnya, jika anda tidak pandai untuk bergaul dengan orang lain, perkara ini selalunya mempengaruhi bagaimana anda menghadapi perubahan persekitaran.
- Faktor luaran. Tahap homesick anda akan bergantung kepada tahap kesanggupan anda untuk berubah. Apa yang anda lakukan dan bagaimana menghadapinya. Reaksi keluarga juga akan mempengaruhi tahap homesick anda.
Seperti perkara lain, belajar mengenali homesick dan apa kesannya adalah langkah pertama untuk bagaimana mengatasinya.
Berhenti mengenang kehidupan terdahulu
Apabila saya homesick, salah satu tabiat buruk saya adalah suka mengenang kembali kehidupan yang terdahulu, (malah melupakan segala perkara pahit yang ada dalam kenangan tersebut).
Saya selalu merasakan tempat sendiri lebih baik dari tempat lain.
Sebenarnya tiada yang salah tentang mengimbau masa lalu.
Tetapi, ia akan menjadi masalah bila selalu mengenang dan tidak mahu keluar daripadanya.
Ia menghalang saya daripada menghargai apa yang saya ada pada masa ini dan juga menghalang diri saya terhadap pengalaman dan orang baru.
Orang yang melihat setiap pengalaman yang baik sebagai sesuatu yang bermanfaat, akan lebih cenderung untuk mendapat mood yang baik.
Tetapi orang yang selalu membanding bezakan antara masa lalu dan sekarang, akan mempunyai sikap tidak dapat menerima setiap pengalaman baik yang datang.
Untuk mengelakkan diri dari membanding beza, apabila anda terfikirkan tentang pekerjaan atau keluarga semasa anda..
.. cubalah untuk mengingati bahawa diri anda dulu pernah berangan-angan mahukan semua ini.
InsyaaAllah, ia dapat melihat secara positif kehidupan yang anda miliki sekarang
Kenangan lalu boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan. Tetapi ia juga boleh membuat keadaan menjadi lebih baik.
Semuanya tentang bagaimana persepektif anda terhadapnya.
Mencipta rutin dan kebiasaan yang baru
Seperti yang disebutkan diatas, homesick adalah berkenaan keperluan naluri untuk kasih-sayang, perlindungan dan rasa selamat yang dikaitkan dengan rumah.
Maka apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mencipta “rasa selamat” di tempat baru anda.
Selain daripada berkenalan dengan kawan baru dan memberikan masa pada diri sendiri..
.. salah satu cara mudah untuk melakukan ini adalah dengan membina rutin baru anda sendiri.
Rutin tersebut tidak perlu rumit.
Suatu rutin boleh semudah pergi ke kedai runcit kegemaran setiap pagi ahad.
Semakin banyak anda melakukan melakukan perkara yang sama berulang kali dalam kehidupan baru anda, semakin banyak anda membina kebiasaan.
Anda akan merasakan rasa selamat di tempat baru dan perasaan homesick itu mula beransur-ansur hilang.
Jika anda merasa homesick, tiada apa yang hendak dimalukan..
Pada asasnya, rasa selamat adalah satu perasaan yang semua orang mahukan, dari kanak-kanak, pelajar kolej, atau orang dewasa pada usia 30-an dan seterusnya.
Ia boleh menjadi perkara yang sangat sukar untuk dilalui, terutamanya ketika hari cuti.
Tetapi bila kita faham apakah itu homesick, insyaaAllah kita boleh mengatasinya.
Pernahkah anda mengalami perasaan ini?
Apa yang anda buat bila mengalaminya?
Saya suka untuk mendengar daripada anda pada ruangan komen dibawah.
Tinggalkan Komen Anda..
saya pelajar berasrama , baru beberapa bulan saya disini tapi saya akan mengalami homesick yg teruk . setiap kali saya balik ke rumah , dan pulang semula ke asrama , homesick saya akan bertambah buruk . saya cuma tak suka perpisahan , mak ayah saya suka saya asrama disitu , tapi hati saya tak terima , saya selalu sedapkan hati saya bahwa asrama bukan tempat selamanya. tapi perasaan homesick itu datang mendadak , apa yang patut saya lakukakn ?
Saya faham, keadaan ini pasti bukan sesuatu yang mudah untuk awak lalui.
Perasaan ‘homesick’ atau rindu rumah ini memang sangat normal, terutama bila kita berada jauh dari tempat yang kita selesa dan orang-orang yang kita sayangi. Tapi ingat, awak tak sendiri dalam menghadapi situasi ini.
Yakinlah, kekuatan dan keberanian awak sebenarnya lebih besar dari apa yang awak rasa sekarang.
Walaupun masa-masa ini rasa cukup berat, tapi percaya lah, awak mempunyai keupayaan untuk melaluinya.
Awak adalah individu yang kuat dan tabah. Situasi ini akan membantu awak menjadi lebih matang dan kuat. Awak pasti boleh lalui semua ini.
Saya doakan awak akan merasa lebih baik dan lebih tenang. Keep strong ya!
Saya ting 1 kat sekolah mrsm muadzam shah saye selalu nangis lepas 3 bulan pun saye still nangis sampai saya penat saya tk de ramai kwn dn tk ramai orng nk kwn ngan saye sbb saya selalu nangis dn saya mintk kt ibu dn bapa saya untuk pindh tapi mereka tk kasi diorang kata sekolah ni bagus sekolah ni budk2 pandai je dpt masuk tapi saya still homesick Dan nangis
Salam, terima kasih banyak kerana memberanikan diri berkongsi pengalaman awak.
Saya faham awak sedang berhadapan dengan cabaran yang besar dan merindui kehangatan rumah.
Bukan awak seorang sahaja yang pernah merasa begitu, dan yang paling penting ialah, saya percaya awak mempunyai kekuatan untuk melalui fasa ini.
Rindu rumah atau ‘homesick’ adalah sesuatu yang sangat normal, terutama apabila kita berada di tempat yang baru dan asing. Tapi ingatlah, setiap keadaan ini ada hikmah dan pelajaran yang dapat kita ambil.
Mungkin ini beberapa perkara yang mungkin dapat membantu awak:
1. Aktiviti baru: Cuba cari dan sertai aktiviti yang menarik di MRSM. Sama ada kelab atau sukan, ini akan membantu awak mencari minat baru dan menjalin hubungan dengan rakan sebaya. Siapa tahu, mungkin awak akan menemui hobi baru atau kawan-kawan yang baik!
2. Berjumpa dengan kaunselor sekolah: Kaunselor sekolah ada di sana untuk membantu. Mereka telah dilatih untuk membantu pelajar seperti awak menghadapi cabaran emosi seperti ini. Jangan segan untuk meluahkan perasaan awak kepada mereka.
3. Mencari sokongan dari rakan-rakan: Awak mungkin merasa sukar untuk mencari kawan pada mulanya, tetapi jangan berputus asa. Cuba berkomunikasi dan berbincang dengan mereka. Ingat, rakan sebaya juga boleh menjadi sumber sokongan emosi dan bantuan yang sangat berharga.
4. Menghubungi keluarga: Menghubungi keluarga melalui mesej, panggilan video, atau panggilan telefon boleh membantu meredakan rasa rindu pada rumah. Ceritakan tentang hari awak dan dengar tentang hari mereka juga.
5. Meluangkan masa untuk diri sendiri: Cuba luangkan masa untuk melakukan sesuatu yang awak suka, seperti membaca buku, mendengar muzik, atau menulis diari. Ini boleh membantu awak melepaskan tekanan dan merasa lebih baik.
Ingat, setiap perasaan yang awak rasai sekarang adalah sementara dan akan berkurangan dengan masa.
Dan yang paling penting, keberanian awak untuk mengejar pendidikan di MRSM adalah sesuatu yang sangat mengagumkan dan patut dibanggakan.
Percayalah, awak lebih kuat dari apa yang awak fikirkan. Saya yakin, dengan semangat dan usaha yang awak tunjukkan, awak pasti dapat menyesuaikan diri dengan baik di MRSM Muadzam Shah.
Semoga nasihat ini membantu. Semoga awak kuat dan terus maju ke hadapan.
Saya semester akhir di kolej ini, tapi rasa homesick saya sangat teruk,sampaikan saya rasa nak giveup berenti belajar, apa patut saya buat, saya selalu nangis sampai rasa penat
saya pelajar ting 2 di sekolah sains sultan mohamad jiwa, saya duduk asrama tapi setiap kali pulang ke asrama lepas cuti, saya selalu homesick, tambah-tambah lagi sebab sebulan sekali outing, tak boleh video call dam tak boleh melawat sebab ada construction worker cikgu takut diaorang ada penyakit, so.. tak boleh melawat, saya tak boleh lawan perasaan homesick tu, sebab dia datang sendiri.
Saya pelajar di satu IPT . Saya dh pon semester 4 tapi tetap merasakan perkara yang sama . Saya tetap rasa nak balik rumah and tak nak jauh dari family . Datipada semester 1 hingga la sekarang , saya tetap merasakan homesick dan nak balik ke rumah . Setiap semester berlaku perkara yang sama . First time masuk , semester 1 tu , dapat roommate yang kita tak kenal tapi and makan masa juga untuk kenal tapi disebabkan covid19 ni . Semua pelajar di arahkan untuk balik , dan meneruskan pembelajaran secara online . Semester 2 pon kelas secr online . Tetapi masuk semester 3 , kena balik ke kampus setelah bertahun dirumah , saya rasa tak semangat sebab saya tahu saya akan mengangis . Saya nangis dari first day saya di kampus dan setiap kali nangis saya akan call mak saya . Sampai kesian kat mak saya sebab kerja , nak angkat call saya lagi . Saya nangis berterusan sampai beberapa minggu . Cuma semester 3 ni okay sikit sebab satu bilik dengan classmates and dah rapat . And masuk semester 4 ni , saya tetap rasa benda yang sama , walaupon cuma beberapa bulan cuti semester . Saya nangis depan kawan rapat saya dan dalam kelas pon syaa nangis . Saya tak semangat untuk buat apa apa sebab saya terlalu memikirkan untuk balik . Kalau boleh saya nak ada kelas je 24 jam , saya taknak balik bilik sebab semester 4 ni saya dapat bilik dengan orng yang saya tak knl and saya rasa sunyi sebab dia kurang bercakap . Jadi saya rasa sunyi . Saya cuba sibukkan diri tapi pada waktu free saya akan memikirkan untuk pulang ke rumah . Tinggal satu semester lagi untuk saya habiskan pembelajaran saya di kampus ni . Saya sangat sanagt berharap saya dapat hadapi dengan tenang . Tetapi ia memakan waktu untuk semua itu . Saya dah penat untk nangis . Apa yang patut saya buat ?
Bertahanlah. Inilah yang dipanggil cabaran dalam menuntut ilmu, dan salah satu jalan membina pengalaman untuk menempuh kehidupan yang akan datang.
InsyaaAllah, percayalah apabila awak berjaya melalui semua ini, awak akan menjadi lebih matang dan mampu berdikari dengan cabaran-cabaran kehidupan yang akan datang.