Terima Kasih NGO & Saudara Saudari Penyumbang SK Kapitangan

terima kasih
Dr Afezah sempat menyerahkan barang sumbangan beliau di KK kerana kebetulan beliau ada program dengan rumah anak yatim Papar

Tahun 2017 & 2018 adalah tahun yang “murah rezeki” untuk pelajar Sk Kapitangan.

Semenjak tulisan saya mengenai kesusahan pelajar disini menjadi tular, pelbagai NGO, jabatan, individu hadir memberi sumbangan.

Seingat saya, antara yang terlibat adalah:

  1. Laili Basir & Geng (hugs project)
  2. Our Optometrist
  3. We Love Charity (our happy feet project)
  4. Dr. Afezah (USM Pulau Pinang)
  5. Tuan Herry (Selangor)
  6. Kawan-kawan saya dan isteri (cikgu eppy)

Alhamdulillah, sebagai guru dan wakil kepada pelajar disini, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara-saudari semuanya yang sangat prihatin dan memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan barangan keperluan.

Sesungguhnya, sumbangan tersebut amat bermakna dan sangat membantu pelajar disini untuk terus kuat menimba ilmu.

InsyaaAllah apa yang disumbangkan itu akan menjadi saham akhirat buat kalian.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan!

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading