Tips Membina Tabiat Pemakanan Sihat

tips pemakanan sihat

Kita adalah apa yang kita makan…

Ia merupakan satu nasihat pemakanan yang popular.

Dan ia adalah satu peringatan bahawa makanan yang kita makan mempunyai impak secara terus kepada hidup, kesihatan, rupa dan sudah pastinya produktiviti kita.

Namun, berapa ramai yang mengaplikasikan nasihat ini dalam kehidupan seharian kita?

Untuk memahami nutrisi yang betul kadangkala boleh menjadi satu cabaran kerana terdapat begitu banyak pendapat dengan pelbagai idea.

Oleh itu lebih baik kita merujuk kepada mereka yang memang pakar dalam bidang ini.

Terdapat beberapa nasihat praktikal untuk menguruskan tabiat pemakanan kita dengan lebih baik:

1. Rancang makanan kita terlebih dahulu

Luangkan hujung minggu untuk merancang makanan kita setiap hari dan barang yang hendak dibeli di kedai supaya kita tidak terpaksa makan meggi pada lewat malam sebagai pilihan.


2. Buat diari pemakanan

Gunakan telefon pintar atau jurnal kita untuk merekod perincian setiap hidangan yang kita makan kemudian rujuk semula setiap perkara yang kita rekodkan setiap minggu.

Kita akan kagum dengan jumlah makanan yang kita makan.

Jika kita mahu lebih advance, terdapat aplikasi yang boleh membantu kita mengira jumlah kalori yang kita ambil setiap hari.


3. Lazimkan berpuasa

Manfaat kesihatan daripada berpuasa tidak boleh dipandang rendah.

Cubalah berpuasa dua kali seminggu (isnin dan khamis) seperti mana yang dinasihatkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Jika itu terlalu sukar, amalkan tiga kali sebulan (hari ketiga belas, empat belas dan lima belas dalam kalendar bulan Islam)


4. Mulakan hari kita dengan sarapan penuh nutrisi

Terlalu ramai orang menafikan sajian terpenting untuk permulaan hari mereka.

Sarapan bertindak sebagai catalyst (pemangkin) untuk tubuh badan dan minda kerana ia menjadi sepak mula kepada metabolisma kita.

Metabolisma pula adalah enjin yang bertanggungjawab terhadap kepantasan fungsi otak dan tubuh kita.

Bersarapanlah dengan makanan yang dapat menguatkan otot daripada sumber protein yang baik seperti telur dadar.

Berikan juga karbohidrat yang penting seperti oat, muffin atau roti untuk otak kita.


5. Sentiasa bawa snek sihat

Kita sememangnya memerlukan snek sihat untuk memastikan tenaga kita sentiasa tinggi antara sela hidangan.

Kacang memberikan lemak yang baik untuk aktiviti otak yang baik dan mempunyai banyak tenaga.

Bawa sedikit bekalan kacang campuran dan buah-buahan kering dalam beg kerja kita.

Mengekalkan tenaga kita antara hidangan akan membantu kita untuk menjadi sentiasa bertenaga fokus dan produktif.


6. Makan buah

Buah adalah sumber karbohidrat yang diperlukan oleh otak dan sumber tenaga untuk tubuh.

Sebiji buah adalah snek yang ideal untuk mengekalkan tenaga dan aktiviti otak pada tahap tinggi antara hidangan.

Makanlah epal yang penuh fiber, pisang yang penuh potassium, atau buah berry yang penuh dengan anti-oksida.

Kebaikan pada buah-buahan ini adalah berlipat kali ganda.


7. Minum satu hingga dua liter air setiap hari

Air adalah sumber kehidupan.

Badan manusia terbina daripada 60 peratus air.

Dehidrasi menyebabkan kemalasan, kelambatan dan ketidakmampuan untuk fokus serta menyebabkan sakit kepala.

Badan kita memerlukan air untuk menyebarkan nutrien melalui saluran darah kepada organ tubuh, termasuklah otak.

Namun ramai daripada kita yang mengalami dehidrasi tetapi tidak menyedarinya.

Jangan keluar dari rumah tanpa membawa sebotol air. Jangan pergi gym tanpa membawa sebotol air. Jangan duduk di meja tanpa sebotol air.

Dan jangan lakukan apa-apa pun tanpa sebotol air!

 

Pengurusan Pemakanan Secara Sosial

Ramai orang mengadu yang mereka cenderung untuk terlebih makan apabila mereka berada bersama kawan-kawan atau family gathering.

Ya benar, agar sukar untuk berhenti bila makan beramai-ramai.

Namun, tekanan sosial inilah yang boleh membantu kita mengurus pemakanan kita secara optimum termasuklah:

1. Berkongsi hidangan dengan orang lain

Kehidupan di bandar telah merosakkan ikatan komuniti asas yang biasanya wujud di kampung di mana kita terbiasa untuk makan di rumah jiran atau kita menjemput jiran untuk datang makan-makan di rumah kita secara spontan.

Walaupun adakala dia tidak mempunyai makanan yang cukup untuk dirinya sendiri, tetapi jika ada seseorang lalu dekat dengan pintu rumahnya, dia akan menjemput orang itu untuk duduk makan bersamanya

Ini merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW:

Makanlah untuk dua orang cukup untuk tiga dan makan untuk tiga orang cukup untuk empat

– Bukhari

Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita untuk menerima jemputan walaupun makanannya sedikit.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa baginda bersabda:

Aku akan menerima jemputan meskipun aku hanya dijemput ke hidangan kaki kambing, dan aku akan menerima hadiah walaupun ia hanya lengan atau kaki biri-biri.

– Bukhari

Baginda telah dilihat banyak kali makan bersama orang miskin dengan makanan yang sedikit.

Tidak sesekali seseorang patut risau bahawa makanan itu sedikit.

Terdapat kisah yang diriwayatkan oleh Aishah RA:

Rasulullah SAW sedang makan bersama enam sahabatnya apabila seorang arab badwi datang dan makan makanan itu dua mulut penuh. Rasulullah berkata, “jika dia menyebut nama Allah sudah pasti ia mencukupi untuk kamu semua”

– Tirmizi

Ia adalah peringatan kepada konsep barakah dan produktiviti.

Kita perlu menghidupkan semula idea menjemput barakah pada makanan kita dengan cara menjemput orang lain makan bersama.

Namun ia memerlukan perubahan pada persepsi kita tentang jemputan termasuklah:

  • Jangan jadikannya formal
  • Jadikannya spontan sahaja
  • Jangan membuat persediaan keterlaluan

Jika kita mengingati perkara-perkara ini, kita akan dapat mengatasi sebarang formaliti dengan cepat dan mengekalkan hubungan asas komuniti dengan makan bersama-sama.


2. Makan dengan orang yang mementingkan tentang kesihatan

Ini akan membantu kita membina tabiat pemakanan yang betul.

Namun, untuk memanfaatkan perhubungan sosial, kita memerlukan usaha dan kesedaran.

Jadi ini adalah idea praktikal:

  1. Kongsi diari pemakanan kita / pelan pemakanan
  2. Kongsi cadangan terbaru dalam pemakanan sihat

Saya tahu sebahagian daripada kita hanya membaca sekilas lalu tulisan ini dan berkata “Ya ya makan dengan sihat, saya faham”

Saya faham pemikiran sedemikian.

Tiada diantara kita yang suka untuk diberitahu apa makanan yang patut dimakan dan apa yang tidak patut.

Kita suka untuk percaya bahawa makan apa yang kita mahu makan akan menjadikan kita lebih bahagia, tanpa mengambil kira kesan jangka panjang.

Ramai daripada kita percaya bahawa kematian itu telah ditakdirkan, jadi tidak perlulah untuk berfikir mengenai nutrisi (pengambilan makanan sihat).

Namun saya mempunyai persoalan:

  • Mengapa kita mahu terseksa sebelum meninggal dunia disebabkan pilihan pemakanan yang tidak bijak?
  • Apa yang lebih baik – meninggalkan makanan tidak sihat secara sukarela atau dipaksa?
  • Adakah kita mementingkan diri sendiri ketika membuat pilihan pemakanan tanpa mengambil kira orang di sekeliling kita yang akan menderita kerana kita mendapat penyakit berkaitan makanan yang sebenarnya boleh dicegah?
  • Pernahkah kita berfikir kenapa kita selalu letih, malas, lambat dan tidak produktif? Ia mungkin disebabkan oleh diet kita!

Menguruskan pemakanan bukannya tentang kita semata-mata atau untuk keseronokan.

Ia adalah amanah dan kepercayaan untuk menjaga tubuh kita agar sentiasa berfungsi dengan cekap bagi membolehkan jiwa kita mengumpul sebanyak mungkin kebaikan sebelum kita kembali kepada Pencipta.

Imam al-Ghazali berpendapat bahawa perut dan kemaluan adalah dua perkara yang mengawal nafsu kita; jika kedua-duanya dikawal; maka semua anggota yang lain akan dapat dikawal.

Imam al-Haddad menyimpulkan kesederhanaan yang perlu kita bawa dalam diet kita dengan berkata:

Jangan jadikan makanan yang lazat sebagai perkara utama..

Berjaga-jaga dengan makan berlebihan dan makan dengan kerap untuk kenyang kerana walaupun ia datang daripada makanan yang halal, ia mungkin menjadi permulaan kepada kejahatan.

Ia akan menyebabkan kekerasan hati, kekurangan ketelitian, fikiran bercelaru, kemalasan beribadat, dan banyak lagi.

Untuk bersedarhana, berhenti makan ketika masih mahukannnya dan jangan mulakan sehingga kita benar-benar mahu makan.

Tanda-tanda bahawa nafsu kita adalah nafsu yang sebenar adalah kita menghendaki makanan”

Penutup: Kita Sedang Hidup di dalam Zaman Kemewahan

Kita telah diberikan nikmat untuk hidup pada era age of abundance (zaman melimpah ruah) untuk segala perkara di mana setiap kehendak kita dapat dipenuhi dengan hanya berjalan ke kedai berdekatan – atau dihantar secara terus ke rumah kita.

Malangnya, ini menyebabkan kurangnya kesedaran tentang makanan yang kita makan dan impaknya kepada hidup kita.

Oleh itu fokus kita dalam artikel ini adalah memahami hubungan antara pemakanan dan produktiviti serta bagaimana ia kita boleh mengurus pemakanan kita daripada perspektif fizikal dan sosial.

Peringatan kepada perkara yang saya sebutkan diatas:

Saya bukannya pakar pemakanan.

kebanyakkan maklumat yang saya kongsikan adalah berdasarkan bacaan-bacaan saya, interaksi dengan pakar nutrisi dan juga pengalaman hidup saya sendiri.

Artikel ini dipetik daripada buku The Productive Muslim tulisan Mohammed Faris.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

7 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Khairul
4 tahun yang lalu

Terima kasih berkongsi artikel macam ni. Sangat bermanfaat..good job

Huda
4 tahun yang lalu

Perkongsian yang sangat menarik. Semoga anda juga sudi untuk membaca article saya =)

http://www.hudakamil.com/2019/10/tips-mengurangkan-sakit-belakang-ibu-menyusukan-bayi.html?m=1

aidil isma
5 tahun yang lalu

Mohon share ye

Siti Shaklee
5 tahun yang lalu

Terima kasih sudi berkongsi info ini.

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading