5 Tips Berkesan Mengalahkan & Mengatasi Sikap Bertangguh

sikap bertangguh Semua orang pasti ada sikap suka bertangguh.

Melawan sikap suka bertangguh ibarat melawan raksaksa yang tidak pernah mati dalam diri kita.

Dan makhluk ganas ini hidup dalam diri setiap orang.

Tiada orang yang kebal daripadanya.

Sebenarnya, kita hanya mengatasi sikap bertangguh, bukan menyembuhkan penyakit suka bertangguh ini.

Ia berkaitan dengan menguruskan psikologi dan tingkah laku kita, supaya kita dapat menyiapkan perkara-perkara penting.

Sikap bertangguh adalah jurang antara kemahuan dan perbuatan.

Jadi mengapa kita melakukannya?

Ada tiga sebab mengapa manusia bertangguh:

  • Kita membenci tugasan tersebut dan tidak menghargai kepentingannya lalu kita memilih untuk tidak melakukannya.
  • Kita tidak memahami tugasan tersebut dan tidak mempunyai idea bagaimana untuk menguruskannya.
  • Kita sedang melakukan sesuatu yang lebih menarik dan tidak mahu melakukan kewajipan yang ada di hadapan kita.

Sikap suka bertangguh adalah cara kita “memberi tindakbalas” terhadap mana-mana sebab di atas.

Melawan sikap bertangguh atau mengalahkan sikap ini bukanlah sikap semulajadi manusia (counter-intuitive) jika ia dipaksa.

Namun hanya kerana ia adalah proses logikal, kita tidak patut menyatakan yang ia adalah proses yang tidak dapat dihalang atau ia adalah sesuatu yang sihat.

Sikap bertangguh lebih banyak membawa mudarat kepada produktiviti manusia.

Bahaya sikap bertangguh

Kita mungkin tertanya:

  • Mengapa sikap bertangguh-tangguh ini adalah sesuatu yang buruk?
  • Bagaimana jika saya hanya menyemak notifikasi facebook sebentar sahaja selama beberapa minit?

Saya rasa kita semua tahu jawapan kepada soalan-soalan ini.

Lambat-laun kesan daripada sikap bertangguh ini akan dapat dirasai, sama ada berasa tertekan untuk menyiap assignment atau laporan di saat akhir atau ketika menghadapi peperiksaan.

Ia juga boleh menjadi penyesalan kerana membuang masa yang sepatutnya boleh dilaburkan untuk melakukan perkara besar atau kerja penting.

Kesan paling dasyat daripada sikap suka bertangguh adalah berkait rapat dengan akhirat, dimana apabila tiada lagi peluang untuk kita kembali kepada kehidupan dunia.

Seperti yang disebutkan dalam al-Quran, salah satu nama akhirat adalah “Hari Penyesalan“.

Ini kerana bukan sahaja orang-orang yang tidak beriman akan menyesal kerana tidak percaya kepada balasan Allah, malah orang beriman juga akan menyesal kerana tidak menguruskan masa mereka dengan melakukan lebih banyak kebaikan.

Tabiat suka bertangguh adalah sangat bahaya.

Ibnu Abbas pernah berkata seperti berikut, “Kemerosotan mengahwini kemalasan, dan mereka melahirkan kemiskinan”.1

Nabi Muhammad SAW pernah berdoa dimana baginda meminta Allah untuk menyelamatkan daripada kemalasan dan kekurangan (disebabkan oleh sikap bertangguh tadi) di mana baginda berdoa:

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kemurungan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kebakhilan dan sikap penakut, bebanan hutang serta daripada dikuasai oleh manusia

— Bukhari dan Muslim

Dan ya, walaupun kita semua bertangguh dengan cara kita sendiri.

Tapi jangan jadikan ia sebagai cara hidup kita dan cubalah dengan cara terbaik untuk membuang tabiat ini supaya ia tidak mengganggu kita.

Mari kita kalahkan sikap suka bertangguh ini bersama-sama.

5 Cara Praktikal Untuk Melawan Sikap Bertangguh

Sekarang kita mengetahui tiga sebab utama kita bertangguh-tangguh dan memahami kesannya yang buruk.

Maka mari kita mengambil langkah untuk mengatasinya:

1# Jika kita tidak suka tugas itu, jangan rasakan ia penting atau rasa terbelenggu dengannya

Jadilah seorang yang PRO.

Dalam buku Steven Pressfield, The War of Art, ada menerangkan mengenai kepentingan melawan “halangan” (sikap bertangguh) dengan hanya melakukan tugas itu pada harinya dengan profesional.

Seperti mana seorang atlet profesional hadir setiap hari untuk latihan, sama ada mereka menyukainya atau tidak.

Dan bagaimana profesional dunia korporat hadir ke tempat kerja mereka setiap pagi sama ada mereka sedang mempunyai mood untuk membuat kerja atau pun tidak.

Wujudkan sikap profesional dalam diri kita dan kita akan letakkan emosi ke tepi dan “buat saja!”

2# Kita tidak memahami tugasan dan tiada idea bagaimana untuk melakukannya

Ini dapat diselesaikan secara mudah dengan hanya:

  • Meminta tolong daripada orang yang telah melakukan tugas tersebut
  • Membuat research mengenai subjek tersebut secara online
  • Mengadakan sesi brainstorm dengan rakan sekerja atau kumpulan pekerja kita tentang bagaimana mahu menyelesaikan tugasan tersebut.

Jangan takut untuk bertanya.

3# Kita sedang berminat untuk melakukan perkara lain yang jauh lebih menarik

Ini agak payah untuk diatasi kerana sangatlah sukar untuk menarik perhatian kita daripada sesuatu yang sudah menambat minat dan fokus kita kepada sesuatu yang lebih membosankan.

Salah satu teknik yang saya boleh cadangkan adalah kita menukarkan tugas yang membosankan itu kepada satu permainan.

Bagaimana?

  • Untuk setiap tugas, saya akan catatkan di atas satu slip kecil yang menandakan tarikh / masa / butiran untuk tugasan tersebut, bila masa ia perlu dihantar dan sebagainya.
  • Kemudian saya susun semua slip ini seperti seorang chef restoran menyusun tempahan-tempahannya.
  • Saya tumpukan kepada setiap tugasan ini satu persatu. Dimanakah permainannya? Permainannya adalah seberapa banyak tugasan yang boleh saya lakukan dalam masa sejam.

Kita boleh melakukan banyak variasi kepada game ini. Cari yang sesuai dengan kita.

Disini terdapat beberapa tips untuk menjadikan permainan ini lebih berkesan:

  • Setiap permainan yang baik datang dengan ganjaran. Oleh itu, pastikan kita memberi diri kita ganjaran jika kita berjaya menyiapkan tugasan X dalam jangka waktu X.
  • Permainan yang dihadkan masanya adalah lebih seronok daripada permainan yang tiada had masa tertentu. Berikan masa sejam untuk diri sendiri bagi menyiapkan sebanyak mungkin tugas yang boleh adalah lebih menarik daripada tiada had masa.
  • Libatkan rakan sekerja. Persaingan sihat akan mengalahkan sikap bertangguh.
4# Mari memulakan tugas dengan Strategi 2 minit

Matlamat strategi ini adalah untuk memudahkan anda untuk “memulakan sesuatu” yang sepatutnya dibuat dalam masa terdekat.

Strategi 2 minit akan mengatasi kemalasan dengan membuatkan ia senang dimulakan apabila hati kita berkata tidak dan taknak.

Ia adalah kaedah efektif.

Baca kaedah ini dengan lebih lanjut di sini: Mengatasi Sikap Malas dan Melengahkan Kerja Menggunakan Strategi 2 Minit

5# Teknik Pomodoro

Salah satu teknik lain iaitu Teknik Pomodoro telah dibuktikan sebagai cara efektif untuk mengatasi sikap bertangguh.

Melalui kaedah ini, kita perlu membuat sesuatu tugas selama 25 minit sahaja.

Bagaimana?

Tetapkan jam kita untuk 25 minit dan mulakan.

Selepas tamat, hentikan apa yang sedang kita lakukan; ambil masa rehat selama 5 minit dan bekerja untuk 25 minit lagi.

Jika waktu itu, walaupun kita hanya merenung kertas sahaja, jangan berhenti!

— Cuba juga untuk teruskan.

Dalam kebanyakkan kes, 25 minit itu akan membantu kita mengatasi inertia otak untuk melakukan tugas tersebut sehingga kita akan mendapati sukar pula untuk berhenti daripada melakukan tugas tersebut selepas 25 minit tadi.

Apa yang bagusnya, tempoh 25 minit ini adalah tidak terlalu panjang (sehingga kita rasa tidak mampu mengendalikannya) dan juga tidaklah terlalu pendek sehingga kita tidak membuat apa-apa progress.

Tambahan pula, Teknik Pomodoro akan ‘memanipulasi’ kecintaan kita terhadap progress untuk membantu kita berasa hebat dengan tugas kita dan mengatasi sikap bertangguh-tangguh kita.

Membina Motivasi: Kuasai Tenaga Kita

sikap malas dan suka bertangguh

Malangnya, kita hidup dalam dunia yang tidak sempurna.

Dalam realiti sebenar, kita mempunyai emosi yang kadangkala sukar dikawal, dan mungkin merasa penat.

Sesetengah tugas yang kita terpaksa lakukan memang betul-betul kita benci, walaupun kita tahu ia adalah penting — malah mungkin perlu disiapkan segera.

Rasa tertekan? Sudah pasti.

Kita perlu menghadapi semua perkara ini dan belajar untuk menguruskannya, berbanding terus-menerus mengelakkannya.

Saya pernah sebutkan dalam artikel sebelum ini bahawa kita memerlukan 3 elemen untuk menjadi produktif, iaitu:

  • Fokus
  • Masa
  • Tenaga

Dimana jika kita kurang tenaga, maka kita akan cepat letih dan mudah menjadi malas untuk menyiapkan tugas.

Apa yang boleh kita lakukan adalah mengurus tenaga kita dengan baik.

  • Susun hierarki keutamaan tugas.
  • Lakukan tugasan penting DAHULU pada waktu pagi. Fokuskan diri kita dengan menggunakan Teknik Pomodoro.
  • Susun semula atau tangguhkan perkara lain yang dirasakan kurang penting pada masa yang lain.

Akhir sekali, kita perlu mengukur masa yang kita ada.

Kemudian rangka perancangan bagaimana untuk menggunakannya dengan cara terbaik berdasarkan TENAGA yang kita ada sepanjang hari.

Susun keutamaan kita dengan betul dan kendalikan tugasan penting setiap hari maka kita tidak akan terjatuh dalam perangkap tabiat sikap suka bertangguh, InsyaaAllah.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

5 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Abdul
Abdul
3 tahun yang lalu

Salam.. akhirnya tejumpa artikel ni.. 3 faktor2 sifat tangguh ni memang tepat sekali ada dalam diri saya.

Saya rasa saya sedang menghidapi sifat ni dah tahap parah.

Hopefully dari bacaan ni dapat kuatkan diri melawan sifat tangguh ni..

Thanks for the sharing.

Nur
Nur
4 tahun yang lalu

Mohon keizinan salin dalam buku boleh dak untuk peringtan..pengajaran akan datang
 

Azmir Shah
6 tahun yang lalu

Alangkah bagusnya sikap bertangguh ni dapat dilenyapkan terus didalam diri. haha.