Mengatasi Rasa Sunyi dan Kesepian

rasa sunyi dan sepi

Rasa sunyi dan sepi mungkin menjadi salah satu masalah hidup utama bagi sesetengah orang.

Kesunyian kadangkala sangat menyakitkan.

Ia seperti berjalan tanpa arah tujuan, tanpa perancangan dimana ia akan berakhir.

Ia adalah penderitaan dalam ketakutan.

Menurut John T. Cacioppo 1, kesunyian adalah satu penyakit.

Ia menyebabkan keradangan dalam badan, perlahan-lahan menyumbat saluran arteri, menyebabkan kencing manis, serta menyebabkan kemurungan.

Tidak ada penawar untuk penyakit ini selain daripada kita sendiri berhenti untuk hidup kesepian.

Kesepian bermakna seseorang itu tidak mempunyai hubungan yang bermakna dengan orang lain.

Rasa sunyi tidak bermakna hanya akan berlaku bila kita bersendirian.

Anda juga boleh masih merasa sepi walaupun ramai orang berada disekeliling anda.

Ia ibarat berada di dalam bilik yang gelap. Anda ada dikalangan ribuan orang, tetapi tiada siapa yang menyedari kewujudan anda..

.. membuatkan anda percaya anda tidak bermakna buat sesiapa pun.

Jadi, bagaimana untuk mengatasi rasa sunyi dan kesepian?

Du’a is a place where sadness echoes and disappears.

Berdoalah.

Hanya Allah yang boleh menghilangkan kesunyian dan kesepian yang bersarang di hati.

Perbanyakkan doa dan solat. InsyaaAllah, as long as you remember Him, you’ll be okay.

Tidak akan kamu merasa gundah walau sekali, jika kamu tahu apa yang dicari.”

— Saidina Umar.

Carilah Tuhan. inshaAllah kita tidak akan gelisah.

Selain itu, kaedah paling mudah adalah untuk merawat masalah ini adalah menggunakan media sosial seperti facebook untuk berinteraksi dengan orang lain dalam kehidupan seharian.

Untuk mengatasi rasa sunyi dan kesepian, kita perlu merasakan bahawa diri kita penting, dan orang lain mengambil berat tentang apa yang kita lakukan dan katakan.

Dan dengan media sosial (atau pun blog), jika anda mempunyai ramai pengikut atau kawan, dan aktif berinteraksi dengan mereka…

.. ia boleh memberi anda ‘perasaan’ tersebut.

Dan dengan cara ini, sedikit sebanyak akan mengurangkan rasa kesepian anda.

Doing anything that makes you feel cared about, that makes you feel like you matter to someone, will reduce your loneliness.

Anda boleh melakukannya secara online, atau melakukannya dalam kehidupan sebenar, dengan mencari jalan untuk berhubung dengan orang lain.

Dalam kehidupan sebenar, antara yang paling mudah untuk menghubungkan kita dengan orang lain jika kita selalu melazimkan diri ke masjid.

InsyaaAllah, walaupun mungkin kita tidak mengenali para jemaah tersebut, kita pasti akan merasakan satu ikatan terwujud sesama manusia.

Kesepian tu teguran daripada DIA. mungkin DIA nak awak cariNya, dan kukuhkan hubungan dengan-Nya dahulu.

Amalan berkesan menyingkirkan rasa tertekan (stress)..

Untuk mengatasi rasa stress, salah satu cara yang berkesan adalah dengan membaca al-Quran.

Sekiranya anda mendedikasikan satu jam sehari untuk membaca Al-Quran..

.. perlahan-lahan ia akan membentuk diri anda untuk merasakan bahawa kehidupan akhirat adalah lebih penting berbanding kehidupan dunia ini.

Ini akan membuatkan semua masalah duniawi yang sedang dihadapi kelihatan kecil.

Inilah yang akan menghapuskan tekanan dalam kehidupan seharian.

There’s still tomorrow, inshaAllah. Everything could still happen.

Masa terus berganti, hati akan diubati. :-)

guest
76 Comments
Inline Feedbacks
View all comments