Rasa sunyi dan sepi mungkin menjadi salah satu masalah hidup utama bagi sesetengah orang.
Kesunyian kadangkala sangat menyakitkan.
Ia seperti berjalan tanpa arah tujuan, tanpa perancangan dimana ia akan berakhir.
Ia adalah penderitaan dalam ketakutan.
Menurut John T. Cacioppo 1, kesunyian adalah satu penyakit.
Ia menyebabkan keradangan dalam badan, perlahan-lahan menyumbat saluran arteri, menyebabkan kencing manis, serta menyebabkan kemurungan.
Tidak ada penawar untuk penyakit ini selain daripada kita sendiri berhenti untuk hidup kesepian.
Kesepian bermakna seseorang itu tidak mempunyai hubungan yang bermakna dengan orang lain.
Rasa sunyi tidak bermakna hanya akan berlaku bila kita bersendirian.
Anda juga boleh masih merasa sepi walaupun ramai orang berada disekeliling anda.
Ia ibarat berada di dalam bilik yang gelap. Anda ada dikalangan ribuan orang, tetapi tiada siapa yang menyedari kewujudan anda..
.. membuatkan anda percaya anda tidak bermakna buat sesiapa pun.
Jadi, bagaimana untuk mengatasi rasa sunyi dan kesepian?
Du’a is a place where sadness echoes and disappears.
Berdoalah.
Hanya Allah yang boleh menghilangkan kesunyian dan kesepian yang bersarang di hati.
Perbanyakkan doa dan solat. InsyaaAllah, as long as you remember Him, you’ll be okay.
Tidak akan kamu merasa gundah walau sekali, jika kamu tahu apa yang dicari.”
— Saidina Umar.
Carilah Tuhan. inshaAllah kita tidak akan gelisah.
Selain itu, kaedah paling mudah adalah untuk merawat masalah ini adalah menggunakan media sosial seperti facebook untuk berinteraksi dengan orang lain dalam kehidupan seharian.
Untuk mengatasi rasa sunyi dan kesepian, kita perlu merasakan bahawa diri kita penting, dan orang lain mengambil berat tentang apa yang kita lakukan dan katakan.
Dan dengan media sosial (atau pun blog), jika anda mempunyai ramai pengikut atau kawan, dan aktif berinteraksi dengan mereka…
.. ia boleh memberi anda ‘perasaan’ tersebut.
Dan dengan cara ini, sedikit sebanyak akan mengurangkan rasa kesepian anda.
Doing anything that makes you feel cared about, that makes you feel like you matter to someone, will reduce your loneliness.
Anda boleh melakukannya secara online, atau melakukannya dalam kehidupan sebenar, dengan mencari jalan untuk berhubung dengan orang lain.
Dalam kehidupan sebenar, antara yang paling mudah untuk menghubungkan kita dengan orang lain jika kita selalu melazimkan diri ke masjid.
InsyaaAllah, walaupun mungkin kita tidak mengenali para jemaah tersebut, kita pasti akan merasakan satu ikatan terwujud sesama manusia.
Kesepian tu teguran daripada DIA. mungkin DIA nak awak cariNya, dan kukuhkan hubungan dengan-Nya dahulu.
Amalan berkesan menyingkirkan rasa tertekan (stress)..
Untuk mengatasi rasa stress, salah satu cara yang berkesan adalah dengan membaca al-Quran.
Sekiranya anda mendedikasikan satu jam sehari untuk membaca Al-Quran..
.. perlahan-lahan ia akan membentuk diri anda untuk merasakan bahawa kehidupan akhirat adalah lebih penting berbanding kehidupan dunia ini.
Ini akan membuatkan semua masalah duniawi yang sedang dihadapi kelihatan kecil.
Inilah yang akan menghapuskan tekanan dalam kehidupan seharian.
There’s still tomorrow, inshaAllah. Everything could still happen.
Masa terus berganti, hati akan diubati. :-)


yaallah..sakit sunyi tukan.menangisjela peneman sy skrg..org x alami memng x kan paham
sepi akan berkurang bila mengetahui ramai lagi orang lain yg kesepian
Sepi itu peneman aku kini…
Sy teruna sepi
sepi itu indah
Saya sedih sering tersisih dr keluarga sendiri, mertua, biras dan kawan2
Sy tgh mengalami kesunyian dlm hidup
Samalah kita
Saya lalui kemurungan. Rasa sedih dan sunyi.. Sy risau tidak akn sembuh.
boleh disembuhkan tu, inshaallah. sy pun mengalami kemurungan.. hari2 nangis. rasa mcm tak guna pun ada. kadang rasa mcm nak tamatkan diri ini.. tp sekarang ada kurang sedikit sudah selepas sya cuba fokus untuk kerja. walaupun sya masih lg rasa sunyi dan kosong di jiwa, tp sya berusaha untuk keluar dari perasaan begini. penat dah menyakiti diri sndiri :(
Betul. tu sis. Kita sendiri sebenarnya kena kuatKan semangat dan lawan perasaan Sunyi tu. Cuma ada kdg2 rasa tu datang
Nk mcri kwn sy dh serik
Skrg ni cuma fokus utk bkje
Nk cri kje shif 12jam
Biarla dunia dgn bkje
sy baru balik sekolah, x de org dan saya rasa takut camne nak buat saya jadi x takut?
Kena kuat dik. Semua org ada rasa takut tau tk kira org kecil ke besar, ke tu ke muda semua ada rasa takut. Rasa takut tu fitrah tapi takut ke tak bila ada satu tahap kita kena tempuh juga. So jadikan rasa takut tu cabaran utk kita test power diri sendiri. Kita lawan kita buat2 berani walaupun rasa takut..In Syaa Allah rasa takut tu akan takut plk pada keberanian kita
Saya pernah kemurungan.. kena kuat untuk teruskan kehidupan. Rugi rasanya menyeksa diri sendiri.
Betul tu dik hanya diri kita je yg boleh beri kekuatan pada kita. Walau pun kita rasa kita serba kekurangan tapi sebenarnya kita ada kelebihan kdgkala kita sendiri tk perasan. Tp percayalah setiap yg di lahirkan telah dibekalkan dgn kelebihan juga kelemahan. kena kita adalah sebaik kejadian tetapi tidak sempurna. Yg sempurna hanya Allah swt.
Sekadar berkongsi pandangan. Terima kasih pemilik blog
sunyinya rasa hati,nak menangis pun xde air mata.36 tahun dah umur sy,adik beradik dan kawan2 semua dah ada keluarga sendiri. Sy tinggal sorang2,setiap kali balik keje rasa kosong.xsabar tgu esok.sy x pernah ada hubungan serius dgn sesiapa,xtau apa masalahnya,setiap kali orang tau sy single semua xpercaya.sy sndr xfaham.
Sabar.
Whatever happen, remember one thing; live the moment and let Allah decides what’s better for us in the future.
terima kasih.InShaAllah
Kita serupa. Saya jg berusia 36 tahun dan masih single, tidak pernah ada hubungan serius dgn sesiapa pun. Segalanya berakar umbi drpd past saya yang memberikan parut yg mendalam buat saya. Bukan saya tidak mahu berkeluarga ketika saya lebih muda, cuma saya tidak dapat merelakan keinginan saya itu dek kerana kepahitan masa lampau saya. Kini di usia 36 tahun, hati saya telah terbuka untuk mencari jodoh. Saya berikhtiar. Daripada seorang yg tidak tahu berfesyen saya telah mula groom diri saya. Saya juga mula memberanikan diri saya utk berinteraksi dgn orang lain terutama sekali mereka yang opposite gender. Namun, bukan mudah utk mencari jodoh pada usia begini. Tak ramai yang sudi beri peluang. Ada saya berkenan sungguh dgn seorang jejaka di tempat kerja saya,lama saya menyimpan perasaan terhadapnya. Setahun lebih.Tapi beberapa minggu yg lepas, saya dpt tahu dia telah berpunya. Hancurnya hati Allah saja yg tahu. Baru saya sedar saya telah terlambat. Sedih, kecewa dan sunyi, usah cakap. Saya ingin menyatakan hasrat berumahtangga saya ini kpd ahli keluarga saya, tapi saya bimbang mereka akn bertindak melulu seperti dulu sehingga hati saya sakit lagi. saya tidak mahu keinginan ini hilang. Saya mahu berumahtangga. Sekarang, saya berusaha mendekatkan diri saya dengan Allah. Saya mohon moga Allah kurniakan saya jodoh. Telah terlalu lama hati saya sunyi. Sungguh lama. Moga saya kuat untuk menghadapai ujian ini.
Kak. Be strong okay. Saya faham perasaan tu. Sama macam apa saya rasa. Hari2 saya tunggu esok datang berharap ada sesuatu untuk saya, tapi bila esoknya datang, saya selalu harap esoknya pulak. Tahu2 saya dah hilang masa. Saya anak bongsu, adik beradik semua dah kawin, parents pun dua2 dah takda. Hati saya rasa sunyi. Hari2 menangis. Tambah pulak time PKP takda kawan nak berborak. Saya tak tahu apa masalah saya, walaupun ada ramai orang disekeliling saya pun, saya tetap rasa sunyi and suka asingkan diri.
situasi kita exactly same..umur pon sama..sedih sangat..rasa useless sangat2.. tak nak jumpa orang
Bila saya sedih saya tak pernah cerita kat orang dengan mak saya pun kalau ada jarang sangat dan selalunya masalah yang diceritaknan tu tak lah berat tapi selebihnya saya tanggung sendiri. Saya takut bila cerita kat orang, orang lain akan judge dan tak faham apa yang saya rasa. Kadang saya sendirian kemurungan diam tanpa kata seharian. Kadang saya cuba untuk pretend rasa okay walau jauh di sudut hati hanya Tuhan jelah tahu betapa terlukanya hati ni. Saya tak tahu kenapa dilahirkan dengan perasaan dan hati yang sangat rapuh, mudah terasa dan dengan cara itu saya bertindak untuk berdikari melakukan semua perkara sendiri tanpa mengharapkam orang lain. Saya anak tunggal dah terbiasa sendiri dan saya jarang keluar rumah dan bersosial dengan kawan2. Ia menyebabkan saya culture shock dengan dunia luar dan tak biasa. Mungkin bagi orang lain ia sesuatu perkara yang remeh tapi perasaan saya tak. Saya cuba untuk jadi kuat tapi akhirnya air mata jugak yang jatuh
Saya pun sama.. Lebih memilih untuk menyimpan sendiri sgla hal sebab fikir orang lain pun ade urusn Dan hal mereka nk urus.. Crta dn luahan saya mngkin akan menggu mereka..
Its ok, kadangkala air mata ini adalah satu proses kehidupan.
We feel pain because it is there to tell us something.
Sakit yang kita alami dan rasai, ada tujuan ; untuk menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi masa depan.
Assalamualaikum..tumpang berbicara berkongsi idea. Mama pun actually suny, sepi walaupun dikeliling oleh anak2 cucu. Sunyi dan sepi ni bkn kerana kita tidak berteman tapi mungkin jiwa kita yg kosong kot. Takdir Allah adalah terbaik buat hambaNya sebb Allah tahu apa yg terbaik utk setiap antara kita. Mungkin jodoh adik2 belum lg sampai..In Syaa Allah doa yg baik2 minta yg baik..Allah pasti sediakan yg baik juga utk kita semua. Jika pernah dikecewakan..Alhamdulillah mungkin jika kita teruskan dgn dia mungkin kecewa tu lbh teruk dari apa yg kita rasakan. Ingat Allah ambil sikit Dia nak bagi lebih. Ingat Dia sentiasa..menapak kita ke arahNya, berlari Allah ke arah kita. Bina hubungan dgn Allah nescaya Allah akan tolong kita bina hubungan sesama insan..Wallahuaklam..
maaf ye pemilik blog mama tumpang lalu ye..Terima kasih wujudkan blog ni
trima kasih bang….sy mencari2 sesuatu yg boleh membuatkan rsa sunyi ini hilang…tetapi sy lupa apa yg sy ada…dan sy masih diberikan peluang
Ya, kesunyian ini semua orang ada.
Bersabarlah.
Semoga Tuhan jadikan diri kita selalu bersyukur dengan apa yang ada, dan redhakan kita untuk apa-apa yang bukan milik kita.
“Kesunyian itu kian membunuh jiwaku”
Disebalik happy go lucky seseorang itu tersimpan seribu rasa Sunyi yang mendalam. Ya Allah aku tak kuat ????????????????????
Kt school mmg banyak group ii kaki kuat ,kaki bergosip tp tu lah nak bekawan ngn dorg,rasa diri ni lama-lama tejebak ngn pangai dorg.Pahtu someday tu,ada la sorang pompuan ni dari group begosip ajak aku bekawan.Aku jd resah gile nak teruskan ajakan dorg.Aku buat keputusan dpn mata dy aku cakap “tak pela”.Terus si pompuan tu pergi kt group dy bual pasal aku yg aku sombong.Time jd alone kt school mmg ada je dugaan menimpa.Nasib ii jd org alone ni.
Jaga hati kita sebaiknya.
Bukan untuk sesiapa. Tapi untuk Tuhan.
Sebab Dia yang akan menilai kita pada akhirnya.
Saya sentiasa dipinggirkan oleh kawan2 sebab apa pun saya tak tahu. Apabila tengok dia bersendirian, saya ambil dia jadikan kawan. Tetapi setiap kali saya jadikan seseorang itu kawan saya, tiap kali tu juga lah ramai yang akan pinggirkan saya bila saya berborak dengan mereka dan akhir sekali saya bersendirian dan mereka semua dah jadi kawan berkumpulan. Dah banyak kawan yang saya berbuat macam tu kepada saya
Yes, people hurt us.
Sometimes a lot.
Apa yang penting kekal sabar dan jaga hati kita dengan Tuhan
Sedih ble hati terluka
Ready or not, future will happened.
Like it or not, life goes on.
Takdir jadi tak tunggu kita setuju atau tak.
Kitalah yang kena redha terima apa yang terjadi.
Sdih tiada siapa yg memahami
Sgt membantu blog ni. Byk ilmu. Terimakasih
Alhamdulillah. :-)
Saya baru break up. Saya rsa sunyi sebab selama ni hari2 text dia. Dia dah macam bestfriend tmpt saya luah semua. Saya tkde ramai kawan dan saya jenis memendam perasaan. Sekarang saya rasa sunyi sgt. Apa saya perlu buat
Sya pun Sama ada kawan tapi tak boleh chat selalu sebab dia pun ada orang Yang dia kena layan untuk Jaga hati jadi pasrah je dia pun kata masih kawan masih bff cuma dia kata kena fhm situasi dia dia kena Jaga hati org penting dia
Dekatkan diri dengan Allah.
Banyakkan solat.
InsyaaAllah you’ll be fine
Putus cinta bukan penamat kehidupan anda..lepaskan ia pergi kalau awak pilih untuk bertahan pasti itu akan membuat hati awak lebih sakit..saya pernah lalui pengalaman seperti anda tapi saya percaya Allah telah menetapkan ssesuatu yang lebih baik untuk saya..
Try cari kawan baru.
cople ngan sy..ok…nk…sy akan bawa awk ke dunia bahagia….
saya seorang pelajar perubatan.. dahulu saya ada kawan baik.. namun setelah saya pilih untuk lebih fokus pada pelajaran mereka pergi dalam hidup saya… bila saya cuba untuk berborak, seolah-olah saya dipinggirkan… adakah ini semua salah saya kerana kurang berinteraksi dengan mereka ?? sesungguhnya saya berasa sunyi.. walaupun pergi kelas saya masih berasa sangat sunyi…. tolonglah saya…
Memang sedih kan bila dulu kita rapat dengan seseorang tapi sekarang kita dengan dia rasa macam stranger.
Saya faham. Pernah rasa perasaan tu.
Mungkin awak boleh cuba perbaiki hubungan dengan kawan-kawan dan bina hubungan dengan orang lain.
Tapi dalam masa yang sama, cubalah belajar hidup sendiri tanpa bergantung sangat kepada orang lain. Be yourself enjoy yourself. InsyaaAllah lama-kelamaan kita akan rasa lebih bebas dan hidup aman.
Sebab kita tak perlu dah jaga sangat hati orang lain bila kita indipendent dan boleh hidup sendiri.
Yang penting sabar dan kuatkan semangat ok?
Your hardest times often leads to the greatest moments of your life. Keep the faith. It will all be worth it in the end. In ShaaAllah.
Awk.. Sudi x..kwn dgn sy..sy mmg membosankan..
Saya seorang yang pendiam malah saudara mara yang lebih muda, menjauhkan diri dari saya. Sebab saya tidak mempunyai sebarang topik menarik untuk dibincangkan.
Bagaimana saya nak mengeratkan hubungan silaturahim dengan mereka?
Memang ini salah satu masalah seorang introvert. Tapi cubalah untuk ambil bahagian dalam setiap aktiviti atau perbualan yang berlaku.
Apa yg saya rasa…spt tak mampu nak mengubah takdir hidup ini..mgkin selamanya mcmni..sendiri..sakitnya rasa derita..
Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”
— Al-Maidah: 7
Letakkan sepenuh kepercayaan kepadaNya dan bertenang.
Seorang mukmin yang kuat tidak mudah dipatahkan dengan ujian. Dia percaya semua yang berlaku ada pengajaran yang Allah ingin tunjukkan.
Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.
Berdoalah.
Kadang kala Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat.
Dia hanya mahu kita sabar dan solat (serta berdoa).
Boleh kwn dgn sy..sy sdg mncari kwn.. Pling kurg teman makan pon dah cukop
Sy sering menangis di sekolah akibat perkara ini. Tapi tiada sesiapa yg tahu. Mereka tidak memujuk apatah lgi bertanya keadaan sy. Sy sgt sunyi.
Jangan berharap kepada manusia lain. Kitalah yang bertanggungjawab untuk memujuk dan menguatkan diri sendiri.
Memang fitrah, manusia hanya akan datang bila kita senang dan gembira.
Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit.
Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.
Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh Allah.
Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik.
Disebalik kejadian-kejadian yang berlaku, pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.
Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita.❤❤
Sy pon lonely jgk hidup ni.. Xde kwn,Xde soulmate..hari2 layan youtube facebook..kerja pon sorg2 jage stor..nk kata introvert..tpi x..Sy suka mnegur..berborak..tpi still Xde kwan mcm zaman2 blajar dlu..skrg mkn sorg2 tido2 skrg..smua prkara Sy buat seorg diri..klay sudi bole laa klau nk jdi peneman mkn sy
Samala dengan saya…jom drop email, boleh kita borak2 dn kenal2..
Ms Bunga, boleh saya kenal dengan awak. Saya pon mencari teman. Whatsapp saya kala sudi 0175477749
Hati sy rasa kosong. Mungkin kerana kawan kawan yg tidak merasakan sy istimewa buat mereka. Sy akan lebih buat dgn perkara tersebut. Alhamdullillah ❤
Saat kita sendirian, kita mungkin rasa sunyi.
Sebenarnya kita yang terlalu melayan bila perasaan sunyi itu singgah. Kita yang terlalu memikirkan.
Pernah terfikir apa kelebihan bila kita sendirian tanpa seorang teman?
“ Sometimes it’s better to be alone, nobody can hurt you. “
Dalam bersendirian itu ada keindahan :-)
alhamdulillah, terima kasih catatan ini, teman baik saya beritahu dia kesunyian, saya mahu bantu dirinya, saya baru sedar, mungkin juga kesunyian itu sendiri ujian tuhan, supaya kita mencari dan mendekatiNya..
Benar. Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang :-)
Dah sebulan lebih saya d tggalkan tnpa khabar berita… Sakitnya hnya Allah je yg tau.
Makin sya berdoa makin rasa kesunyian kesedihan d tggalkn begitu shj.. Kawan2 yg ada pun bukan boleh melayan kita selalu.. Sya sgt depress .. Sgt2
Bersabarlah.
Kuatkan hati dengan merapatkan diri kepada Allah ya.
Saya tahu, nak move on bukanlah satu perkara mudah.
Kereta kalau tengah laju-laju tetiba emergency brake boleh remuk terbabas.
Samalah perasaan dalam hati.
Ambil jarak dan masa untuk perlahankan perasaan itu.
Jangan terlalu memaksa ia.
Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.
Lelah mana pun kita nak bangun. Jangan pernah kalah.
Walaupun ambil masa. Walaupuan perlahan-lahan kita naik.
Kerana sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup.
Masih ada yang menanti bila kita dah kukuh berdiri.
Semua perkara yang terjadi adalah bersebab.
Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.
Terima kasih . Sy sedang melalui sekarang. Xtahu punca dr apa. Sayu sgt hati ni.
Bersabarlah.
Akan datang pelangi selepas hujan :-)
kadangkala rasa diri seolah2 diperlukan saat orang2 memerlukan je.. bila kita down sendiri takda seorang pun yang perasan.. susah nk buang rasa sepi dalam hati ni.. susah sangat2.. kadang2 rs takda siapa yg faham even menasihati.. sayu je rs.. hakikatnya, diri ni teringinkan perhatian,kasih sayang,peneman,penasihat,perlindung… penyakit paling susah nak hilang…hmmm
Sentiasalah untuk bersikap matang dan tenang
Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kita kehilangan semangat untuk hidup, dan tidak kekuatan untuk meneruskan langkah.
Sentiasalah kuat. Sebab perasaan hari ini pasti tidak sama dengan hari esok.
Even if our heart’s direction will surely change tomorrow, find the way and we will be able to see the good and the beautiful side of everything.
yang penting kita sentiasa berdoa kepada Allah agar diampun segala dosa tersembunyi dan ditunjukkan jalan bahagia.
InsyaaAllah.
kenapa terlalu susah nak buat semua tuh.. diri nih dah terasa sangat down
“Saya kuat, dan sentiasa akan kuat”
Katalah kalimat itu dengan tatapan tajam ke cermin, kepalkan tangan dan tetaplah optimis.
Air mata bolehlah keluar, tapi air mata itu bukan air mata lemah yang mudah sekali menitik.
Namun air mata itu adalah air mata harapan, yang akan menampung semangat kita untuk tetap bertahan dalam iman.
Kita bukan generasi yang mudah putus asa.
Semangat yang kita miliki akan selalu mekar oleh jiwa yang kita miliki. Harapan kita hanya kepada Allah, dan harapan kita bukalah harapan yang main-main.
Allah tidak tidur, Dia kan selalu mendengar doa kita.
I was surrounded by a lot of people but I don’t know why I still feel lonely.
Feeling lonely while surrounded by people is not abnormal. In fact, it’s quite normal.
A person can have friends, partners, significant others and still feel lonely because loneliness comes from within.
If the people surrounding you don’t see you, understand you or know what you want or need to talk about, that can easily make you feel alone.
Same.. sedang melalui
Sabar.. Get some help ok? :-)
Saya rasa sunyi.. dan tk thu kemana arah tuju..
Maybe Jiha boleh mulakan aktiviti merapatkan diri kepada Tuhan. Improve solat, bacaan al-Quran.
Sy pun selalu rasa sunyi walau dikelilingi ramai org..x Tau knapa.?
Kedengaran seperti cik ada masalah depression.
But we need to know that being lonely is different from being alone.
For example if you know a bunch of people but it happens that they have different interests than yours, you aren’t alone but you might feel lonely.
terima kasih :)
Sama-sama
saya sangat rasa sunyi ,dulu sy suka ibadah tapi berap bln yg lalu sampai skg sy rasa mlas ibadah, sy rukiyah diri sy, sy salu sukar tdo, bila tdo menjelang subuh, sy suka kunci diri dlm blik, dulu sy sorg yg ceria dn bergaul ngn org,tapi kini sy dlm bilik saja,saya kena gangguan jin dsbb kn tu sy jd begini, bantu sy keluar dri kesunyian ni
Dah teruk sangat ni…. pergi jumpa Ustaz/Ustazah la….jgn lengah2 lagi. Tak pun join mana2 usrah….kelas mengaji ke….jgn lagi bersendirian….nanti jin lagi suka….
Setuju
Kesunyian itu kdg kala mmbuatkn kita marah dan menangis.. Dan tktahu arah hidup..
:-)
tu lah yg saya rasakan skg,
Bersabarlah, dan lihatlah ini sebagai satu perkara yang positif.
Kesunyian yang menghimpit adalah jalan menuju Tuhan.
Agar kita mendampingi DIA…
Betul, tambahan hidup di perantauan sungguh sunyi, kita cuba sorokkan dengan gambar2 yg cantik, hakikatnye org yg merasa saja yg tau peritnya perasaan sunyi tu, seperti sy sekarang di Jerman, tidak mudah utk cari masjid seperti di Malaysia, dan teman senegara hanya lah sekadar rakan biasa, bukan sahabat seperti di Malaysia. Serius, kesunyian memang menyakitkan jiwa.
Saya harap tuan tetap tabah berada disana.
InsyaaAllah pengorbanan tuan jauh disana akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilalui.
Semoga kuat selalu!
buat sibuk dan adakan hobi yang kita suka buat
Benar.
Kesibukan akan menghindarkan kita dari kesepian.
saya hilangkan kesunyian dengan menghubungi awek…
dapat la rasa kasih sayang buat seketika
Err.. hihi