Kepentingan Membina Produktiviti Sosial

produktiviti sosial

Penilaian sebenar seseorang lelaki adalah bagaimana dia melayan seseorang yang tidak dapat memberikan apa-apa manfaat pun kepadanya..

Produktiviti sosial adalah tentang sesuatu yang lebih jauh melangkaui diri kita dan menolong orang lain secara aktif dengan melaburkan masa, pengetahuan kemahiran dan kekuatan fizikal.

Ia boleh jadi apa sahaja.

Baik dengan menolong keluarga dengan kerja rumah, kepada memberikan masa dan kepakaran kita untuk projek komuniti atau mengetuai sesuatu kempen di peringkat negara untuk tujuan yang kita benar-benar yakini.

Teras produktiviti sosial adalah khidmat kepada masyarakat.

Sebagai muslim, kita sepatutnya terkehadapan dalam produktiviti sosial.

Bermula dengan keluarga kita sendiri, jiran tetangga, komuniti tempatan, kepada menolong ummah dan kemanusiaan.

Sangat sedih bila kita melihat betapa sedikitnya muslim yang berada dalam pelbagai lapisan masyarakat yang benar-benar sanggup menghadapi cabaran yang sedang dihadapi dunia dan berusaha mencari penyelesaian untuknya.

Walaupun satu perempat populasi dunia ini terdiri daripada orang Islam, namun sumbangan kita kepada masyarakat tidak mencerminkan nisbah ini.

Dimana cerdik pandai dalam dunia Islam?

Jika kita benar-benar percaya yang kita adalah ummah terbaik yang dihantar kepada manusia, maka kita perlu mengambil tanggungjawab mengepalai misi-misi ini.

Untuk itu, kita perlu memahami produktiviti sosial.

Islam banyak menekankan tentang kepentingan membantu orang lain dalam kehidupan seharian.

Jika kita perasan, kebanyakkan ibadah Islam adalah berasaskan komuniti berbanding perbuatan peribadi atau individu:

  • Kalimah syahadah1 yang kita lafazkan dilakukan dengan sekurang-kurangnya dua orang saksi.
  • Solat digalakkan untuk dibuat secara berjemaah.
  • Zakat pula dimana orang kaya memberikan sebahagian harta mereka kepada orang miskin.
  • Berpuasa ketika bulan Ramadhan dilakukan bersama-sama sebagaimana seorang muslim patut berpuasa dan berbuka puasa dengan komunitinya.
  • Haji dilakukan dengan semua Muslim di seluruh dunia pada satu tempat.

Ketika Rasulullah SAW mula-mula tiba di Madinah, antara perkara utama yang baginda perkatakan kepada para pengikutnya adalah:

Wahai manusia, berikan makan kepada yang lapar, sebarkan salam, kekalkan hubungan keluarga, dan solatlah pada malam hari ketika orang lain sedang tidur. Dengan ini kamu akan masuk syurga dengan tenang 

Bukhari

Perhatikan bagaimana tiga daripada perkara yang baginda sebutkan adalah perbuatan berasaskan komuniti dan hanya yang terakhir sahaja berhubung dengan ibadat peribadi.

Allah menyifatkan umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat terbaik yang dihantar kepada manusia kerana tiga perkara: dua daripadanya adalah tentang membantu orang lain.

Allah berfirman dalam al-Quran:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

Surah Al-Imraan ayat 110

Menggalakkan perbuatan baik dan menghalang perbuatan jahat adalah aktiviti berasaskan komuniti.

Kita sepatutnya berganding bahu dengan saudara muslim kita serta non-muslim, dan membawa mereka ke arah kebaikan dan menghalangi mereka daripada kejahatan.

Ini tidak bermaksud dengan hanya berdakwah dan memberitahu mereka apa yang halal dan haram,.

Tetapi ia melibatkan perbuatan menggerakkan komuniti terhadap apa yang baik (membina projek komuniti, sekolah, hospital, menghalang kejahatan melalui kempen melawan kezaliman, penyeksaan dan kemusnahan alam sekitar)

Diriwayatkan oleh Anas RA. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tolonglah saudaramu, sama ada dia yang zalim atau dizalimi”.

Sahabat-sahabat bertanya, “Bagaimana kami membantunya jika dia yang zalim?”.

Nabi menjawab, “Dengan menghalangnya daripada menzalimi orang lain.”

Bukhari

Dan jika kita tidak memainkan peranan dalam dunia hari ini, kita berisiko membiarkan kebinasaan terhadap diri kita dan masyarakat.

Diriwayatkan An-Nu’man bin Bashir bahawa Nabi SAW bersabda:

Perbandingan orang yang patuh kepada suruhan dan larangan Allah berbanding mereka yang melanggarnya adalah diibaratkan dengan mereka yang mengambil tempat duduk dalam satu kapal.

Sebahagian mereka mendapat tempat di atas, dan sebahagian mereka di bawah.

Apabila yang dibawah tadi memerlukan air, mereka perlu naik ke atas untuk membawa air (dan menyusahkan yang lain) maka mereka berkata, “Mari kita buat lubang di bahagian kapal kita (dan dapatkan air) dan kita tidak perlu menyusahkan mereka yang berada di atas”.

Jadi jika orang yang duduk di atas membiarkan mereka ini melakukan apa yang telah mereka cadangkan, kapal itu akan musnah, tetapi jika mereka menghalangnya, kedua-duanya akan selamat

— Bukhari

Walaupun terdapat banyak projek sosial yang hebat dalam dunia muslim, namun elemen produktiviti sosial mudah hilang daripada masyarakat muslim hari ini.

Malangnya, ada yang merasakan mereka tidak punya masa atau tiada kesungguhan atau mereka hanya mahu fokus pada kerjaya, keluarga dan jiran terdekat dengan mereka sahaja.

Sudah sampai masanya kita keluar dari zon selesa kita dan menjadi produktif secara sosial!

Artikel ini dipetik daripada buku The Productive Muslim tulisan Mohammed Faris.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading