Jangan jadikan Sifat Pemalu (Personaliti Introvert) Sebagai Alasan

personaliti introvert

Adakah personaliti introvert adalah satu masalah?

Kita mungkin selalu mendengar banyak alasan dari seseorang introvert yang tidak dapat melakukan ini atau itu kerana disebabkan oleh rasa malu.

Tidak dapat mencari kerja, tidak boleh memberi ucapan, tidak dapat mencari pasangan dan sebagainya.

Saya cuba mengelak daripada membuat alasan sedemikian seboleh yang mungkin.

Mengapa?

Sebab bagi saya, introvert adalah lebih kepada cara yang istimewa untuk melakukan sesuatu, dan bukannya sejenis kecacatan.

Salah Anggap Mengenai Introvert

personaliti introvert

Saya seorang yang pendiam dan tidak suka menonjol.

Saya hanya fikir tentang sifat pemalu ini hanya sebagai sejenis kelemahan mental.

Kemudian saya sedar bahawa memang tiada masalah pun dengan personaliti introvert1 ini.

Dan segala-galanya adalah OK.

Saya percaya ramai di antara kita mempunyai pemikiran sedemikian.

Tetapi kemudian muncul isu tambahan – introvert telah menjadi sesuatu yang menghadkan kepercayaan saya.

Setiap maklumat yang saya cari tentang introvert hanya tertumpu pada “keperluan khas” golongan introvert.

Keperluan untuk kesendirian, keperluan untuk perbualan yang bermakna, keperluan untuk hubungan yang serius.

Seolah-olah introvert ini adalah seperti orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan layanan istimewa.

OKU tidak boleh melakukan banyak perkara:

Bagaimana kita boleh berlari jika tiada kaki.

Bagaimana kita boleh menilai seni jika kita buta?

— Bagaimana kita boleh menjalankan perniagaan, membuat kawan atau mengembara jika kita seorang introvert?

Perlahan-lahan saya mendapati bahawa semua pernyataan-pernyataan ini adalah tidak tepat.

Ia adalah gambaran hanya dari satu sisi.

Semakin saya meneroka dunia, semakin ramai saya kenal orang-orang yang introvert yang menjadi pensyarah, ahli perniagaan, aktivis dan sebagainya.

Oleh itu, personaliti introvert bukanlah alasan untuk kita tidak mencapai apa yang kita mahu sebenarnya.

 

Beberapa Perkara Mengenai Personaliti Introvert

personaliti introvert

Pertama

Introvert adalah bukan sejenis kecacatan sosial.

Kita sudah faham perkara ini.

Tetapi sifat introvert juga tidak boleh dijadikan punca alasan untuk mengelakkan sesuatu.

Adalah tidak benar jika orang mengatakan kita tidak boleh melakukan sesetengah perkara tertentu hanya disebabkan personaliti kita yang pemalu.

Kita hanya perlu melakukannya dengan cara kita.

Tidak apa untuk pergi mengembara tanpa membuat banyak kawan di setiap bandar yang kita lawat.

  • Bagaimana pula dengan berniaga?
  • Menjadi guru dan mengajar?

Saya mula terperasan bahawa orang introvert sangat hebat dalam bidang ini.

Kesemua mereka membawa inspirasi mengenai introversi dengan melakukan perkara-perkara yang luar biasa tanpa terlalu mengganggu ciri personaliti mereka yang introvert.

Jadi, introvert adalah melakukan sesuatu perkara dengan cara tersendiri, bukan alasan untuk mencapai sesuatu perkara yang diidamkan.


Kedua

Adakah orang berpewatakan extrovert itu sempurna?

Kita tahu mereka tidak, tetapi mereka juga mungkin menghadapi masalah yang sama seperti yang kita hadapi.

Saya bertemu dengan banyak orang yang suka bercakap, tetapi tidak boleh mengeluarkan sepatah perkataan pun diatas pentas dihadapan penonton.

Orang extrovert juga membaca artikel tentang cara membuat kawan.

Mereka mempunyai masalah ini kerana mereka melakukan sesuatu perkara dengan cara mereka tersendiri.

Oleh itu, introvert dan juga extrovert adalah cara yang berbeza untuk melakukan perkara yang sama.


Ketiga

Kita tahu personaliti introvert adalah bukan sesuatu yang boleh diperbaiki.

Tetapi ada perkara lain yang perlu diperbaiki.

Apabila orang mempunyai ketakutan tertentu, kebimbangan sosial, masalah bertangguh, mereka cenderung untuk menyalahkan personaliti introvert ini.

Tetapi ini tidak betul.

Anda tidak perlu menjadi orang yang lebih banyak cakap, tetapi adalah bagus untuk ‘menjinakkan’ ketakutan anda.

Ini sebenarnya menghalang hidup kita dalam banyak perkara.

 

Kesimpulan: Apa Tindakan Kita Seterusnya?

Apa yang perlu dilakukan kita seterusnya?

Sedarkan diri kita apabila cuba mengeluh tentang introvert

Ciri sifat ini telah tertanam pada otak dan mustahil untuk diubah.

Lebih baik kita cuba untuk memahami apa sebenarnya ketakutan yang menyebabkan masalah?

  • Adakah kita masih kurang mahir?
  • Atau sesuatu yang lain?

Kemudian cuba menyelesaikan masalah itu, bukan menyalahkan sifat introvert semata-mata.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Amin
Amin
3 tahun yang lalu

Terima kasih atas perkongsian… Introvert perlukan seseorang yg benar² dipercayai dan dirasakan ssuai untuk berbicara… Terkadang introvert cenderung berkomunikasi dengan introvert juga…

Last edited 3 tahun yang lalu by Amin
happy_lyn
5 tahun yang lalu

saya seorang yang introvert, disebabkan personaliti ini saya sering berasa rendah diri dan takut apabila bertemu dengan orang baru. kadang2 saya fikir yang saya nie seorang yang pelik dan awkward.

terima kasih atas perkongsian ini, kerana ia telah membuka minda saya untuk berfikir yang intorvert bukan satu masalah dan bukannya sejenis kecacatan.

Ainin Sofiya Azahar
Ainin Sofiya Azahar
5 tahun yang lalu

terima kasih di atas perkongsian yg bermakna