Rehatkan Minda Dengan Percutian Mikro

percutian mikro ke kundasang
Pemandangan Gunung Kinabalu dari Pekan Kundasang, Sabah

Idea “bercuti” sering membuatkan kita terfikir tentang perjalanan ke tempat yang jauh.

Walaupun memang benar bahawa trip ke tempat jauh adalah lebih menyeronokkan dan menyegarkan, tetapi ia juga memerlukan banyak masa, tenaga, dan wang.

Ini membuatkan banyak orang berasa letih hanya dengan berfikir tentang merancangnya sahaja.

— Itu belum lagi termasuk proses-proses lain seperti memohon cuti, booking tiket, dan merancang bagaimana menyelesaikan atau menangguhkan tugas-tugas supaya boleh dapat bercuti dengan bebas.

Oleh kerana itu, ada orang yang menjauhkan diri dari perkara ini, dan berharap mereka akan free suatu masa nanti..

.. tetapi malangnya bila tiba pada waktu akhir tahun mereka sedar ia tidak pernah wujud.

Saya mencadangkan idea mengambil “percutian mikro” secara kerap, biasanya setiap minggu.

Luang-luang masa kecil ini dapat meningkatkan rasa bahagia dan memberi rasa memiliki “ruang untuk bernafas.”

Percutian mikro adalah masa cuti yang hanya mengambil masa yang sedikit untuk berehat.

Kerana tempohnya yang lebih pendek, ia biasanya memerlukan usaha yang minimum untuk dirancang.

Dan percutian mikro ini biasanya tidak memerlukan anda meminta tolong orang lain cover kerja anda semasa anda tiada.

Oleh kerana manfaat ini, percutian mikro boleh dibuat lebih kerap sepanjang tahun, yang membolehkan kita menyegarkan diri sebelum kita burnt out.

Rancang Percutian Mikro Dengan Perjalanan Hujung Minggu

percutian mikro di ranau sabah
Bersantai bersama ikan di Tagal Sg. Moroli, Ranau, Sabah

Daripada memikirkan percutian besar yang mengambil masa selama seminggu, cuba pertimbangkan mengenai perjalanan yang mengambil masa selama dua hingga tiga hari sahaja.

Saya memang bertuah kerana tinggal di bumi Sabah kerana di sini mempunyai banyak destinasi yang boleh dijejaki. Saya boleh menuju ke kawasan pergunungan seperti Kundasang atau pergi ke pulau-pulau di sekitar.

Terutama jika anda tinggal di kawasan bandar, perjalanan ke tempat lain selama beberapa jam boleh membuatkan anda merasa seolah-olah berada  seperti di dunia lain.

Untuk membuat perjalanan sesegarkan yang mungkin, maka pertimbangkan untuk mengambil cuti pada hari Jumaat supaya kita boleh berkemas, sampai ke destinasi anda sebelum waktu malam.

Ia akan memberi kita masa selama dua hari untuk meneroka kawasan tersebut.

Sekiranya anda pulang ke rumah pada waktu malam hari Ahad, kita akan ada masa untuk mengemas kembali rumah sebelum minggu kerja bermula semula.

Mungkin akan ada sedikit lambakan kerja yang tertangguh untuk dibuat pada hari isnin keesokkannya, tetapi ini adalah percutian mikro yang sepatutnya tidak akan memberi timbunan kerja yang besar.

Penutup

Daripada melihat “percutian” sebagai satu agenda besar yang dilakukan sekali setahun, maka pertimbangkan untuk mengamalkan percutian mikro dalam kehidupan kita secara berkala.

Dengan memberikan masa untuk diri sendiri, InsyaAllah ia akan dapat meningkatkan rasa selesa dan seronok dengan masa terluang kita.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading