Panduan Lengkap Membeli Kamera DSLR Terpakai (Second)

membeli-kamera-dslr

Jadi anda berminat pada fotografi dan google panduan membeli kamera DSLR secondhand?

Pada artikel ini memang saya akan kongsikan tips serta panduan untuk membeli kamera DSLR terpakai.

Teruskan membaca..

Adakah berbaloi membeli kamera DSLR terpakai?

Ya dan tidak.

Sebenarnya ia bergantung kepada citarasa masing-masing.

Bagi saya ianya tiada masalah, tapi anda kena ingat satu perkara bahawa tak semua barang terpakai ini dalam kondisi yang bagus (sekurang-kurangnya berbaloi dengan wang yang dilaburkan)

Hampir semua peralatan kamera saya adalah berstatus secondhand.

Walaupun ini bukanlah satu yang boleh dibanggakan, saya rasa saya ada satu dua perkara yang boleh dikongsi mengenai tatacara membeli kamera dan lens terpakai.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diberi perhatian:

 

1. Periksa Bilangan Shutter Count


Bahasa senangnya, shutter count ini boleh dianggap seperti mileage kenderaan kita la.

Setiap DSLR mempunyai anggaran bilangan shutter tertentu, berapa keping gambar boleh diambil sebelum ia perlu ditukar.

Sebagai contoh, Nikon D7000 mempunyai anggaran shutter count 100K sebelum ia perlu ditukar.

Jadi dengan mengetahui berapa shutter count yang telah dilalui oleh sesuatu kamera itu, ia kan membantu kita menganggar tempoh penggunaan kita dengan kamera tersebut.

Sebaik-sebaiknya apabila anda membeli kamera DSLR terpakai ini, seboleh-bolehnya cari kamera yang mempunyai shutter count yang kurang dari 10K .

Sebab nanti kalau anda aktif mengambil gambar macam saya, limit shutter count 100K itu boleh dicapai dalam tempoh sekejap sahaja.

Berapa lama sebelum shutter perlu diganti bergantung kepada penggunaan kita.

Jika kita menggunakan dalam high-speed mode dan dalam burst shot dalam kebanyakkan masa, maka lagi cepat la mekanisma shutter itu akan fail, berbanding kita gunakan dalam single shot.

Bab shutter count ini memang sukar sedikit nak kesan, sebab kalau tanya seller, kebanyakkan mereka akan cakap ‘condition nora danish’, ‘like new’, ‘baru guna sekali’, padahal shutter sudah lepas lepas 100k

Cara paling tepat untuk mengesan shutter adalah melalui laman www.camerashuttercount.com

Namun kalau kita beli online melalui mudah.my atau di facebook, mungkin agak sukar mengetahui shutter count sebenar melainkan seller itu benar-benar jujur.

Oleh itu, jika boleh, minta COD dengan seller, bawa laptop dan test sendiri shutter count tersebut.

 

2. Periksa Sensor


Cara yang bagus untuk mengesan masalah pada sensor adalah dengan shot menghala kepada langit yang cerah, atau dinding putih dengan cahaya yang cukup pada apurture paling minimum (contohnya f/22).

Selepas itu, periksa imej tersebut dengan zoom maximum disegenap penjuru untuk mencari titik dust atau masalah lain seperti calar pada sensor.

Masalah yang berkaitan sensor akan dapat dikesan dan muncul pada imej yang diambil.

Memang bagus kalau dapat kamera yang bebas dari dust, tetapi kalau ada dust sikit-sikit itu biasalah.

Kalau dust tu terlalu jelas dan besar, lebih baik lupakan kamera tersebut. Melainkan anda tiada masalah untuk menghantar kamera itu ke kedai untuk dibersihkan.

Atau mungkin anda boleh minta untuk pengurangan harga dari seller tersebut.

Kalau saya, kalau dust setitik dua, saya tak kisah. Ia terpulang kepada anda.

 

3. Meneliti Keadaan Fizikal Kamera


Calar dan kemek

Sebenarnya kita tidak perlu risau jika calar skit (minor) sebab itu memang biasa bagi kamera terpakai.

Jika terdapat kesan kemek dan calar yang besar dan jelas, mungkin kamera itu pernah terjatuh dan merosakkan bahagian dalaman kamera.

Sekali lagi ini mungkin memainkan peranan penting dalam penentuan harga.

Sila periksa dengan teliti bahagian memori kad – pastikan kad dapat masuk dan keluar dengan sempurna, serta tiada pin yang bengkok atau rosak dibahagian tersebut.

Jika tidak ia akan menyebabkan short-circuit dan merosakkan kad anda.

 

Getah Tercabut

Penutup getah kadangkala boleh tercabut dengan penggunaan yang tidak berhati-hati dan keadaan persekitaran yang lembab.

Ia memang menyakitkan mata dan akan menjadi semakin teruk jika dibiarkan. Walaupun begitu, getah tersebut tidaklah menjejaskan fungsi kamera namun ia adalah satu kecacatan. Ia boleh diganti dengan getah baru.

Sekali lagi, kecacatan ini boleh menjadi faktor penentuan harga bagi sesuatu kamera.

membeli kamera dslr terpakai
Getah pada bahagian ini mudah tercabut

 

Keadaan View Finder dan Keadaan LCD

Pastikan anda memeriksa keadaan kedua-dua bahagian ini jika terdapat sebarang calar, terutamanya view finder.

Calar pada bahagian view finder akan menyebabkan ketidakselesaan dan sangat mengganggu.

Ia juga tidak mudah untuk dialihkan dan dibersihkan jika terdapat habuk.

Calar pada skrin LCD pula memerlukan belanja yang besar untuk diganti dengan baru, jadi pastikan ia berada dalam keadaan yang baik dan masih memaparkan warna yang tepat.

 

Memeriksa keadaan Mount

Bahagian ini sepatutnya licin berkilau – tiada kemek dan calar, dan contact pin seharusnya bersih.

Jika terdapat kemek atau kesan bengkok, ia menandakan kamera tersebut mungkin pernah terjatuh atau digunakan dengan lens yang berat tanpa hati-hati.

Pastikan lens anda dapat dipasang dengan selamat, sempurna dan tidak bergoyang.

 

Keteguhan Kamera

Saya hanya terbiasa dengan Nikon, dan model D3100, D5100, D7000 serta seterusnya, patut terasa kukuh di tangan anda.

Jika tidak, ia mungkin telah terhempas atau terketuk dimana-mana sebelum ini.

Ia sepatutnya terasa selamat ditangan anda walaupun dipasangkan dengan lens yang berat nanang seperti Nikkor 17-55mm f/2.8.

Juga pastikan tiada butang yang loose atau terkeluar, jika tidak ia pasti menyusahkan anda suatu hari nanti.

 

4. Kelancaran Auto-Fokus


Pasangkan lens pada kamera dan tengok jika ia boleh memfokus dengan baik atau tidak.

Fokus kepada subjek jauh menggunakan mode live view dan cara biasa melalui view finder, biasanya kita dengan mudah dapat mengesan sebarang perbezaan dan masalah auto fokus yang teruk.

Jika masalah fokus terlalu jelas, baik lupakan bodi kamera tersebut dan cari kamera lain, kerana jelas bodi tersebut mempunyai masalah fokus ataupun ia tidak serasi dengan lens anda.

Pastikan operasi autofokus tidak perlahan bila berada dalam keadaan cahaya yang baik (pastikan sentiasa berada dalam keadaan cahaya yang terang dan baik bila menguji peralatan kamera).

Juga periksa prestasi operasi autofokus dalam fasa single dan continuous.

Beli daripada orang yang dipercayai..

Bagus untuk membawa teman setiap kali membeli kamera.

Kerana pasti anda berasa gementar untuk berjumpa orang yang tak kenal dengan membawa wang yang banyak.

Lagi cun jika teman anda mahir dalam bidang ini kerana ia boleh membantu anda memeriksa kamera dan periksa pada bahagian yang anda mungkin terlepas pandang.

Saya selalunya tidak akan membeli kamera secara pos, kecuali barangan murah seperti strap.

Percayalah, tidak semua peniaga itu jujur (dan saya telah terkena). Lebih baik untuk cash on delivery (COD)

Satu kelebihan kepada kita jika penjual tersebut memberi jaminan untuk mengembalikan wang jika barang yang dijual rosak. (biasanya dalam tempoh seminggu selepas pembelian)

Beli kamera secondhand memang best kerana kita boleh dapat barang idaman pada harga mampu, namun pastikan perkara yang kita bincangkan diatas dititik beratkan.


Jika ada persoalan, tinggalkan komen anda dibawah. :)

guest
82 Comments
Inline Feedbacks
View all comments