Panduan Lengkap Membeli Kamera DSLR Terpakai (Second)

membeli-kamera-dslr

Jadi anda berminat pada fotografi dan google panduan membeli kamera DSLR secondhand?

Pada artikel ini memang saya akan kongsikan tips serta panduan untuk membeli kamera DSLR terpakai.

Teruskan membaca..

Adakah berbaloi membeli kamera DSLR terpakai?

Ya dan tidak.

Sebenarnya ia bergantung kepada citarasa masing-masing.

Bagi saya ianya tiada masalah, tapi anda kena ingat satu perkara bahawa tak semua barang terpakai ini dalam kondisi yang bagus (sekurang-kurangnya berbaloi dengan wang yang dilaburkan)

Hampir semua peralatan kamera saya adalah berstatus secondhand.

Walaupun ini bukanlah satu yang boleh dibanggakan, saya rasa saya ada satu dua perkara yang boleh dikongsi mengenai tatacara membeli kamera dan lens terpakai.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diberi perhatian:

 

1. Periksa Bilangan Shutter Count


Bahasa senangnya, shutter count ini boleh dianggap seperti mileage kenderaan kita la.

Setiap DSLR mempunyai anggaran bilangan shutter tertentu, berapa keping gambar boleh diambil sebelum ia perlu ditukar.

Sebagai contoh, Nikon D7000 mempunyai anggaran shutter count 100K sebelum ia perlu ditukar.

Jadi dengan mengetahui berapa shutter count yang telah dilalui oleh sesuatu kamera itu, ia kan membantu kita menganggar tempoh penggunaan kita dengan kamera tersebut.

Sebaik-sebaiknya apabila anda membeli kamera DSLR terpakai ini, seboleh-bolehnya cari kamera yang mempunyai shutter count yang kurang dari 10K .

Sebab nanti kalau anda aktif mengambil gambar macam saya, limit shutter count 100K itu boleh dicapai dalam tempoh sekejap sahaja.

Berapa lama sebelum shutter perlu diganti bergantung kepada penggunaan kita.

Jika kita menggunakan dalam high-speed mode dan dalam burst shot dalam kebanyakkan masa, maka lagi cepat la mekanisma shutter itu akan fail, berbanding kita gunakan dalam single shot.

Bab shutter count ini memang sukar sedikit nak kesan, sebab kalau tanya seller, kebanyakkan mereka akan cakap ‘condition nora danish’, ‘like new’, ‘baru guna sekali’, padahal shutter sudah lepas lepas 100k

Cara paling tepat untuk mengesan shutter adalah melalui laman www.camerashuttercount.com

Namun kalau kita beli online melalui mudah.my atau di facebook, mungkin agak sukar mengetahui shutter count sebenar melainkan seller itu benar-benar jujur.

Oleh itu, jika boleh, minta COD dengan seller, bawa laptop dan test sendiri shutter count tersebut.

 

2. Periksa Sensor


Cara yang bagus untuk mengesan masalah pada sensor adalah dengan shot menghala kepada langit yang cerah, atau dinding putih dengan cahaya yang cukup pada apurture paling minimum (contohnya f/22).

Selepas itu, periksa imej tersebut dengan zoom maximum disegenap penjuru untuk mencari titik dust atau masalah lain seperti calar pada sensor.

Masalah yang berkaitan sensor akan dapat dikesan dan muncul pada imej yang diambil.

Memang bagus kalau dapat kamera yang bebas dari dust, tetapi kalau ada dust sikit-sikit itu biasalah.

Kalau dust tu terlalu jelas dan besar, lebih baik lupakan kamera tersebut. Melainkan anda tiada masalah untuk menghantar kamera itu ke kedai untuk dibersihkan.

Atau mungkin anda boleh minta untuk pengurangan harga dari seller tersebut.

Kalau saya, kalau dust setitik dua, saya tak kisah. Ia terpulang kepada anda.

 

3. Meneliti Keadaan Fizikal Kamera


Calar dan kemek

Sebenarnya kita tidak perlu risau jika calar skit (minor) sebab itu memang biasa bagi kamera terpakai.

Jika terdapat kesan kemek dan calar yang besar dan jelas, mungkin kamera itu pernah terjatuh dan merosakkan bahagian dalaman kamera.

Sekali lagi ini mungkin memainkan peranan penting dalam penentuan harga.

Sila periksa dengan teliti bahagian memori kad – pastikan kad dapat masuk dan keluar dengan sempurna, serta tiada pin yang bengkok atau rosak dibahagian tersebut.

Jika tidak ia akan menyebabkan short-circuit dan merosakkan kad anda.

 

Getah Tercabut

Penutup getah kadangkala boleh tercabut dengan penggunaan yang tidak berhati-hati dan keadaan persekitaran yang lembab.

Ia memang menyakitkan mata dan akan menjadi semakin teruk jika dibiarkan. Walaupun begitu, getah tersebut tidaklah menjejaskan fungsi kamera namun ia adalah satu kecacatan. Ia boleh diganti dengan getah baru.

Sekali lagi, kecacatan ini boleh menjadi faktor penentuan harga bagi sesuatu kamera.

membeli kamera dslr terpakai
Getah pada bahagian ini mudah tercabut

 

Keadaan View Finder dan Keadaan LCD

Pastikan anda memeriksa keadaan kedua-dua bahagian ini jika terdapat sebarang calar, terutamanya view finder.

Calar pada bahagian view finder akan menyebabkan ketidakselesaan dan sangat mengganggu.

Ia juga tidak mudah untuk dialihkan dan dibersihkan jika terdapat habuk.

Calar pada skrin LCD pula memerlukan belanja yang besar untuk diganti dengan baru, jadi pastikan ia berada dalam keadaan yang baik dan masih memaparkan warna yang tepat.

 

Memeriksa keadaan Mount

Bahagian ini sepatutnya licin berkilau – tiada kemek dan calar, dan contact pin seharusnya bersih.

Jika terdapat kemek atau kesan bengkok, ia menandakan kamera tersebut mungkin pernah terjatuh atau digunakan dengan lens yang berat tanpa hati-hati.

Pastikan lens anda dapat dipasang dengan selamat, sempurna dan tidak bergoyang.

 

Keteguhan Kamera

Saya hanya terbiasa dengan Nikon, dan model D3100, D5100, D7000 serta seterusnya, patut terasa kukuh di tangan anda.

Jika tidak, ia mungkin telah terhempas atau terketuk dimana-mana sebelum ini.

Ia sepatutnya terasa selamat ditangan anda walaupun dipasangkan dengan lens yang berat nanang seperti Nikkor 17-55mm f/2.8.

Juga pastikan tiada butang yang loose atau terkeluar, jika tidak ia pasti menyusahkan anda suatu hari nanti.

 

4. Kelancaran Auto-Fokus


Pasangkan lens pada kamera dan tengok jika ia boleh memfokus dengan baik atau tidak.

Fokus kepada subjek jauh menggunakan mode live view dan cara biasa melalui view finder, biasanya kita dengan mudah dapat mengesan sebarang perbezaan dan masalah auto fokus yang teruk.

Jika masalah fokus terlalu jelas, baik lupakan bodi kamera tersebut dan cari kamera lain, kerana jelas bodi tersebut mempunyai masalah fokus ataupun ia tidak serasi dengan lens anda.

Pastikan operasi autofokus tidak perlahan bila berada dalam keadaan cahaya yang baik (pastikan sentiasa berada dalam keadaan cahaya yang terang dan baik bila menguji peralatan kamera).

Juga periksa prestasi operasi autofokus dalam fasa single dan continuous.

Beli daripada orang yang dipercayai..

Bagus untuk membawa teman setiap kali membeli kamera.

Kerana pasti anda berasa gementar untuk berjumpa orang yang tak kenal dengan membawa wang yang banyak.

Lagi cun jika teman anda mahir dalam bidang ini kerana ia boleh membantu anda memeriksa kamera dan periksa pada bahagian yang anda mungkin terlepas pandang.

Saya selalunya tidak akan membeli kamera secara pos, kecuali barangan murah seperti strap.

Percayalah, tidak semua peniaga itu jujur (dan saya telah terkena). Lebih baik untuk cash on delivery (COD)

Satu kelebihan kepada kita jika penjual tersebut memberi jaminan untuk mengembalikan wang jika barang yang dijual rosak. (biasanya dalam tempoh seminggu selepas pembelian)

Beli kamera secondhand memang best kerana kita boleh dapat barang idaman pada harga mampu, namun pastikan perkara yang kita bincangkan diatas dititik beratkan.


Jika ada persoalan, tinggalkan komen anda dibawah. :)

84 thoughts on “Panduan Lengkap Membeli Kamera DSLR Terpakai (Second)”

  1. Sya ada berkeinginan membeli sebiji kamera terpakai,brand Canon EOS 550D..tetapi sya was2 dgn part yg ada patah..patah bahagian penutup mic..apakah berkemungkinan kamera tersebut tlh jatuh ataupun part tu mmg senang patah ke?sc dlm 8211..

    Reply
  2. salam tuan, maaf sy sgt newbie dlm dunia kamera ni..nak tnya apa maksud bila SC dh capai 100k? adakah ia perlu ditukar atau sekadar nk beritahu bahawa kamera itu sgt kerap digunakan? sori tuan soalan basic

    Reply
  3. Saya nak jual canon eos 30D + 17-85mm ultrasonic image stabilizer lens + lens 18-55mm + speedlite yognuo y465 .. sc tak lebih dr 2k . Berapa saya patut jual ? Dah tak guna . Sayang kalau biar terperap . Boleh bg cdgan hrga ?

    Reply
  4. Soalan saya harga used dgn new lebih kurang sama .. Awak rasa mna yg patut saya beli ? .. Dan boleh cadangkan laptop yg sesuai untuk editor

    Reply
    • Kalau begitu beli yang new la. Kalau beli 2nd ni sepatutnya kita boleh jimat atleast 30% dari harga asal.

      Laptop sebolehnya ambik yang latest supaya boleh run perisian terkini.

      Reply
  5. hi, Shutter Count tu boleh tukar baru ke ? atau kena beli camera baru terus? Harga mahal tak kalau boleh tukar? Maaf saya baru nak berkenal kenalan dgn dslr ni.

    Reply
  6. Saya langsung tak pandai bab kamera dslr ni.. tapi ada Nikon D5100 terpakai hendak dijual.. selepas nego saya dapat harga RM700… berbaloi tak beli? …
    On X On ni?

    Reply
  7. bgi sy yg bru nk mnunjukkn ksungguhan utk mncri stu hobi bhru,kamera mne yg ssuai bg sy..adkah molek beli yg bru or scondhand..minta pndangan

    Reply
  8. Minta pecerahan sikit la .. Kalau Nikon D300 (semi-pro) shutter count dah cecah 40k tapi harga yg dijual RM 700 ? Mcm mna tu ?

    Reply
  9. Saya terkena sekali. Dia kata camera tiada masalah. Rupanya camera yg ada maslah sensor. Sy mmg tidak reti bab camera. Adakah kos utk membaikinya tinggi??

    Reply
  10. Sy baru nk berjinak2 dgn dslr. Sy confuse mana lebih better sama ada Canon 1300d atau nikon d3400,.?
    Dari sudut transfer ke hp pula mana lebih smooth n kualiti lebih baik canon 1300d or d3400?. Mintak tolong sgt2 tuan bg pendapat.

    Reply
    • Pada pandangan saya, better ambik Nikon D3400.

      Sebab? Sensor dia lagi besar dari Canon D1300. Megapixel lagi banyak. Clearly confirmed that we can get rock solid images from Nikon D3400.

      Cuma untuk bab transfer ke HP tu Canon lagi bagus la sbb dia ada NFC dan WIfi.

      Reply
    • Untuk permulaan, saya cadangkan beli entry-level camera seperti Nikon D3400 atau Canon EOS 800D.

      Dalam tempoh pembelajaran ni, cuba mantapkan dulu skill asas seperti:

      1. Exposure
      2. Composition
      3. Framing / rule of third / llines & pattern
      4. Editing
      5. … dan sebagainya.

      Lepas rasa kukuh dah benda2 basic ni, barulah fikir untuk upgrade kamera

      Reply
      • Sy otg baru nk bjinak ngn camera…sy ad dua pilihan…sama ada canon eos m50 atau sony a6000 utuk sy blajar amik gambar…pada pndapat bro…yg mna satu lg ok utuk beginner mcm sy ni…sy ske amik gambar prmndangan dnga gambar burung

        Reply
        • Kalau ikut saya punya pilihan, saya lebih prefer pilih sony a6000. Walaupun ia model lama (berbanding m50), ia lebih compact dan ringan. Jadi ia lebih portable dan mudah nak dibawa ke mana-mana.

          Sensornya juga lebih besar, yang mana bagi saya kualiti gambar adalah lebih baik berbanding m50.

          Reply
  11. Salam,nak tanya..saya ada masalah dengan Camera Nikon Coolplix L810..saya baru snap beberapa gambar selepas itu tiba2 camera shut down..lens stuck..bila saya cuba On balik cuma button on saja hidup..tapi screen&lens x berfungsi..saya dh cuba tukar battery tetap x dapat..bila saya try connect ke laptop melalui AV Cable&saya try on Lens bergerak masuk tapi x dapat berfungsi juga..apa masalah admin? Mohon bantuan..kamera saya beli 2nd..

    Reply
  12. salam.. bang nak tanya,, sekarang saya gunkan kamera d3300 .. soalan saya sesuai tak saya upgrade kamera d3300 ke d7000 2nd???

    Reply
    • Harga shutter bergantung kepada jenama dan jenis model kamera.

      Tidak semestinya kamera tak boleh guna bila mencapai shutter count 100k. Selagi boleh berfungsi, kita guna sahaja. Bila rosak, baru kita tukar shutter set.

      Cuma bila mencapai 100k tu biasanya kebarangkalian shutter rosak adalah tinggi.

      Reply
        • Untuk dslr, shutter biasanya limit dia sampai 100k. Bila cukup limit, biasanya kena tukar shutter set yang baru. Kamera mungkin masih berfungsi lepas 100K shutter count tu, jadi kita pakai sahaja selagi boleh.

          Saranan saya, untuk beli dslr 2nd hand, cuba cari shutter count yang masih bawah 10k.

          Reply

Tinggalkan Soalan / Komen