Panduan Lengkap Membina Pautan Dalaman (Internal Linking) Untuk SEO

pautan dalaman internal linking blog

Ini adalah strategi SEO yang paling mudah dan berkesan di dalam planet.

Apa yang paling menarik?

Anda tidak akan pening untuk memahaminya walaupun masih baru. Saya janji.

Selepas anda membaca panduan ini, InsyaaAllah anda akan dapat membina pautan dalaman (internal linking) yang berkesan untuk blog anda.

Berminat?

Bagus, jom kita mula..

Kenapa anda perlu menggunakan strategi internal linking?

Di dalam dunia search engine optimization (SEO), kebanyakan orang hanya fokus membina backlink untuk meningkatkan ranking pada enjin carian.

Malangnya, ramai orang melupakan sama sekali kuasa yang terdapat dalam blog sendiri.

Ya, saya maksudkan tentang internal linking (pautan dalaman).

Jika anda mengabaikan strategi internal linking, anda telah kehilangan satu peluang berharga untuk meningkatkan SEO, dan juga peluang untuk meningkatkan user experience yang lebih baik kepada pembaca.

Strategi ini ibarat serampang 2 mata. Kills two birds with one stone.

Secara asas, pautan dalaman berfungsi menghubungkan satu halaman ke halaman yang lain.

Ia mempunyai tiga tujuan utama:

  • Melicinkan proses navigasi laman web anda.
  • Menentukan dengan jelas struktur dan hierarki laman web.
  • Mengedarkan seo juice (ranking power) ke seluruh laman web.

Dua tujuan pertama diatas adalah berkaitan dengan user experience, manakala yang ketiga berkaitan dengan SEO.

Walaubagaimana pun, jika anda fokus membina strategi internal linking yang betul, anda akan memperolehi kesemua manfaat diatas.

Kenapa internal linking sangat penting?

Pada dasarnya, dengan menggunakan internal linking akan mewujudkan laluan sangat jelas untuk enjin carian meneroka laman anda.

Pautan internal linking

Cuba bayangkan blog anda adalah seperti sistem rangkaian jalan kereta api bawah tanah.

Setiap perhentian adalah satu halaman unik blog anda (blog post, page, landing page atau fail yang lain).

Enjin carian perlukan jalan untuk meneroka seluruh laman web anda dan mencari kesemua perhentian. Jadi mereka gunakan laluan terbaik yang ada, iaitu pautan (links).

Pautan akan membenarkan bot dari enjin carian (biasanya dipanggil ‘crawler‘ atau ‘spider‘) untuk mencapai post-post yang bersambungan di dalam laman web anda.

Perkara ini dipanggil indexing.

perayap google

Dan dengan mewujudkan pautan dalaman, ia seolah-olah membuka jalan dan mengalu-alukan crawler ini datang melawat kandungan-kandungan dalam blog anda.

Saya rasa anda sudah nampak idea bagaimana search engine berfungsi.

Pautan dalaman juga akan menggalakkan pembaca berpindah dari satu post ke post yang lain, dimana ia akan meningkatkan pageview dan mengurangkan kadar bounce rate.

Sekarang anda tahu kepentingan internal linking, jadi kita akan lihat beberapa kaedah terbaik melakukan strategi internal linking dengan betul.

Kaedah Terbaik Menjayakan Strategi Internal Linking

Konsep asas internal linking adalah untuk menguatkan struktur SEO keseluruhan laman web dengan menyediakan laluan yang jelas untuk enjin carian, dan mencipta satu jaringan yang sempurna untuk post dan page.

Jadi, bagaimana anda boleh melakukan ini?

Bagaimana anda boleh menggunakan pautan dalaman untuk meningkatkan kualiti, visibility, dan daya tarikan terhadap blog anda?

 

1. Tulis Kandungan Berkualiti

internal linking artikel berkualitiAnda tidak boleh mencipta struktur internal linking yang kukuh tanpa kandungan dan halaman untuk dipautkan.

Inilah sebabnya mengapa penting untuk mencipta kandungan yang kerap dan fresh, serta relevan di laman web anda.

Saya mencadangkan anda memfokuskan kandungan evergreen.

Tidak pasti bermula dari mana?

Disini panduan menulis artikel yang berkualiti dan 11 tips menghasilkan tajuk artikel yang convert.


2. Jangan ‘menggila’ dengan internal link

berapa internal links yang sesuai?Berapa banyak pautan dalaman yang harus ada dalam post saya?

Secara minimum, ia seharusnya diantara 2 – 3 pautan.

Tetapi sebenarnya tiada had tertentu untuk meletakkan internal links. Letakkan pada kadar yang sesuai selagi ia tidak mengganggu keselesaan pembaca anda.

Jika blog post anda panjang dan details, dan anda telah mempunyai banyak kandungan yang sudah diterbitkan, cuba masukkan 8 – 10 pautan.

Terlalu banyak juga tidak sesuai kerana ia akan mendorong kepada analysis paralysis. So less is always more.

Selagi ia membantu pembaca, anda akan mendapati ia bermanfaat untuk SEO.


3. Gunakan Anchor Text yang sesuai

anchor textAnchor text juga tidak seharusnya dipilih secara rawak.

Anchor text yang dipilih oleh anda bukan sahaja memberitahu pembaca apa yang mereka akan nampak bila klik link tersebut, malah juga turut menghantar petunjuk kepada enjin carian.

Apa yang saya maksudkan adalah;

  1.  Klik disini untuk melihat panduan menggunakan categories dan tags
  2.  Lihat lebih lanjut panduan lengkap menggunakan categories dan tags

Seperti yang anda fikir, anchor text yang kedua adalah lebih baik dari yang pertama.

Dengan kata lain, anchor text yang kelihatan spam dan over optimize tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada anda.

Malah ia akan membuatkan pembaca berasa kecewa jika anchor text itu membawa kepada sesuatu yang bukan diharapkan oleh pembaca.

Lagi pun perkataan ‘klik sini’ tidak memberi apa-apa makna.

Gunakan perkataan natural dan relevan.


4. Peraturan Tiga Klik (Three Click Rule)

Terdapat satu peraturan tidak rasmi yang mengatakan; sesuatu halaman sepatutnya tidak lebih dari tiga klik dari homepage.

Ini bukan satu keperluan, tetapi ia adalah satu amalan yang baik untuk diikuti.

Dengan berbuat demikian, anda akan membina struktur SEO yang kuat dan teratur.

Sebagai contoh anda boleh lihat pada homepage blog ini.

Cari pautan ke laman servis fotografi perkahwinan dimana anda boleh lihat pautan-pautan ke halaman berkaitan seperti portfolio, album dan FAQ.


5. Pautkan dengan artikel bersesuaian

internal linking artikel bersesuaianPautan yang dibuat seharusnya bersesuaian dengan artikel tersebut.

Jangan sekadar membuat pautan tanpa melihat kesesuaian kandungan artikel tersebut. Sambungkan dengan post-post yang relevan sahaja.

Sebagai contoh, dalam blog saya ini terdapat artikel:

  • Berkaitan blogging
  • Mengenai memancing

Patutkah saya memautkan antara dua artikel ini?

Ya, tiada kaitan yang jelas diantara dua topik ini.

Malah jika saya buat pautan juga, saya tidak akan mendapat apa-apa manfaat daripada ini.

Tetapi jika saya mempunyai artikel mengenai penulisan, maka ia akan menjadi satu sumber pautan yang hebat terhadap topik blogging saya.

Oleh kerana kandungan kedua-dua artikel ini berkaitan, maka ia menjadi pautan yang relevan.


6. Pautan Dalam (deep linking)

Untuk memastikan indeks maksimum terhadap laman web anda, anda perlu cuba untuk membina pautan sedalam yang mungkin.

Apa itu deep linking?

Secara mudah, ia memautkan artikel dengan post yang lebih lama.

Deep links juga bermaksud halaman selain daripada homepage.

Semakin dalam pautan tersebut, semakin bagus.

Membina pautan ke halaman yang lebih dalam akan membantu Google atau enjin carian lain menemui halaman tersebut.

Kaedah ini akan memberi hasil lebih banyak trafik organik kepada halaman tersebut.

Anda juga harus pastikan pautan-pautan dalaman anda sentiasa ‘DoFollow’.


7. Pautan anda dibuka dalam tetingkap baru (new tab)

tetingkap baru internal linkingSecara personal, saya tetapkan semua pautan saya dibuka dalam tetingkap baru.

Saya fikir ia adalah satu user experience yang teruk apabila anda membaca sesuatu artikel dan anda mahu memeriksa satu sumber (pautan)..

.. ia kemudiannya membuatkan anda kehilangan artikel yang sedang dibaca tersebut kerana sumber yang dirujuk tidak dibuka di tetingkap baru.

Sekarang anda harus tekan butang back untuk membaca kembali di tempat anda tertinggal tadi..

Menyakitkan hati, bukan?

Ini adalah sangat penting bila melibatkan pautan luar (external links) kerana anda pasti tidak mahu orang yang meninggalkan laman web anda!


8. Elakkan Pautan Rosak

broken internal linkingPautan rosak boleh memberikan laman web anda dua masalah:

  • User Experience yang teruk – apabila pembaca klik pada pautan tersebut dan menghala kepada halaman rosak 404 error, mereka akan kecewa dan mungkin tidak akan kembali.
  • Merendahkan nilai SEO blog anda – pautan yang rosak menyekat jalan perayap (crawler) enjin carian meneroka seluruh laman web anda, yang mana memberi kesan negatif terhadap ranking blog.

Untuk mengelakkan kesulitan yang mungkin terjadi, anda harus memeriksa secara berkala mencari pautan yang rosak pada blog anda.

Untuk memudahkan kerja, saya menyarankan anda menggunakan tools Dr. Link Checker


9. Lakukan Pautan Dalaman Secara Manual

Saya tidak menggalakkan anda menggunakan plugin untuk membuat pautan dalaman.

Walaupun terdapat plugin yang boleh melakukan kerja ini secara automatik, ia akan menimbulkan dua masalah:

  1. Plugin tidak memahami user experience dan hasrat manusia
  2. Plugin akan memasukkan pautan secara rawak

Kita jangan lupa, proses pautan dalaman adalah untuk meningkatkan user experience.

Oleh itu jalan terbaik melakukan proses ini adalah secara manual.

Lakukan pautan dalaman pada blog anda sekarang!

Anda kini sudah bersedia untuk mula membina pautan dalaman yang efektif di laman web anda.

Hanya ikut peraturan, ambil tindakan dan anda akan lihat autoriti serta trafik organik laman web anda berkembang dari masa ke semasa.

Jika terdapat kesalahan atau penambahan terhadap topik ini, jangan segan untuk nyatakan pada ruangan komen di bawah.

Bersama-sama kita berkongsi ilmu. 

Terima kasih

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading