11 Formula Menulis Tajuk Artikel Blog Yang Menarik (Dengan Contoh)

tajuk artikel blog yang menarik

Ini adalah panduan menulis tajuk artikel blog paling lengkap dalam planet.

Tahu apa yang terbaik?

Saya akan mendedahkan formula mencipta tajuk menarik yang berkesan pada waktu sekarang (tahun 2018)

— Dan ia telah dibuktikan (dengan contoh sebenar)

Secara ringkas: jika anda mahu mencipta tajuk yang menarik, berkesan dan convert, anda akan suka panduan ini.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

 

Kenapa Tajuk Artikel Sangat Penting?

Pastilah kerana ia adalah baris ayat yang pertama sekali akan dibaca.

— Ia akan mencetuskan  persepsi awal  dalam minda pembaca.

Tajuk artikel lah yang akan menentukan tindakan pembaca seterusnya.

Sama ada meneruskan pembacaan, atau hanya berlalu pergi dari blog anda.

Walaupun artikel anda sangat bagus, tetapi jika tajuk artikel tidak menarik, maka ia tidak berguna.

Sebab itulah tajuk sangat kritikal dan memainkan peranan paling besar dalam penulisan.

Mendapatkan perhatian pembaca adalah SANGAT SUKAR!

Anda harus tahu bahawa berjuta-juta artikel blog dipublish setiap hari.

Kita tiada pilihan lain selain daripada memcipta tajuk artikel yang benar-benar menonjol.

Ia perlu menarik perhatian dan membangkitkan perasaan ingin tahu.

Tetapi bagaimana?

InsyaaAllah, dalam entri ini anda akan belajar bagaimana untuk menulis tajuk yang menarik perhatian yang menukar pelawat kepada pembaca setia.


 

Formula Tajuk Artikel #1: Cetuskan Persoalan Panas

soalan-paling-hangat

Anatomi formula ini berbentuk:

Tanya soalan paling hangat dalam niche anda

Contoh:

  • Masa Bersama Anak: Kualiti atau Kuantiti? (Sirap Limau)
  • Adakah Salah Kalau Gemuk? (Nerd Fitness)
  • iOS vs Android – Apakah Pilihan Anda? (Amanz.My)

Mengapa formula ini berkesan?

Persoalan akan membangkitkan rasa ingin tahu.

Kita semua berhadapan dengan soalan-soalan sukar.

Kita membahaskan topik hangat dalam bidang kita. Kita menggunakan Google untuk mencari jawapan.

Siapalah yang tidak ingin tahu jawapan pada soalan hangat, kan?

Formula Soalan Panas mungkin satu teknik yang jarang digunakan.

Tetapi tarikan terhadapnya tidak boleh disangkal.

Menurut kajian, tajuk artikel berbentuk persoalan akan menerima lebih banyak klik berbanding tajuk berbentuk penyataan..

.. dimana baris ayat dengan tanda soal (?) akan menerima 44% lebih klik berbanding daripada ayat yang mempunyai tanda seru (!).

Bagaimana menggunakan formula ini?

Soalan hangat yang mana pembaca anda sukar untuk mendapat jawapan?

Soalan mana yang sedang hangat dibahaskan dalam bidang anda?

Menggunakan soalan sebagai tajuk anda dan memberikan jawapan yang mendalam dalam artikel anda.


 

Formula Tajuk Artikel #2 :”Bagaimana Untuk”

tajuk-artikel-bagaimana-untuk

Anatomi formula ini berbentuk:

Bagaimana untuk [mencapai sesuatu yang khas]

Contoh:

  • Bagaimana Ingin Merancang Untuk Membeli Rumah Pertama (Majalah Niaga)
  • Bagaimana Caranya Untuk Highlight Teks Tertentu Dalam WordPress? (Bina Blog Dot Com)
  • Bagaimana Untuk Terbang Murah Dan Travel Sendiri Cara Bajet Ke Iceland (Vocket)
  • Bagaimana Untuk Mempunyai Simpanan ‘Cash’ RM10K Yang Bertambah Setiap Tahun (Siakap Keli)
  • Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Dan Kebahagiaan Hati? (Aku Islam)

Mengapa formula ini berkesan?

Tajuk “bagaimana-untuk” menjanjikan penyelesaian kepada masalah.

Formula ini paling berkesan apabila anda menjadikan masalah tersebut spesifik yang mungkin.

Sebagai contoh, berbanding menulis bagaimana untuk travel ke Iceland, artikel (contoh bullet ketiga) menjanjikan anda bagaimana untuk terbang murah dan travel sendiri cara bajet ke Iceland.

Bagaimana menggunakan formula ini?

Apakah masalah yang pembaca anda sedang bergelut?

Bagaimana anda boleh menyempitkan masalah ini untuk membuat post anda lebih spesifik?

Kalau anda tidak pasti, anda boleh bertanya kepada follower anda mengenai masalah yang mereka sedang hadapi.

Ingat, tajuk yang umum adalah hambar, manakala tajuk yang spesifik akan menambah tarikan.


 

Formula Tajuk Artikel #3: Kajian Kes

tajuk kajian kes

Anatomi formula ini berbentuk:

Bagaimana [saya / kami / syarikat X] [mencapai sesuatu yang spesifik] dalam [kerangka masa / tempat]

Contoh:

  • Bagaimana Startup Ini Mampu Menderma 1 Juta Pasang Stokin Dalam Masa 2 Tahun (The Vocket)
  • Bagaimana Saya Meningkatkan Trafik Hasil Carian Sebanyak 110% Dalam Masa 14 Hari (Brian Dean)
  • Bagaimana Saya Membina Bisnes T-Shirt Online Dan Membuat $1248.90 Dalam Masa 3 Minggu (Shopify)
  • Bagaimana Saya Menghafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan (Sirap Limau)
  • Bagaimana Saya Peroleh Keuntungan RM75,00 Dengan Menjual Harum Manis Selama 5 Minggu (Majalah Niaga)

Mengapa formula ini berkesan?

Ini adalah variasi kepada formula bagaimana-untuk.

Tajuk ini menimbulkan rasa ingin tahu dengan berkongsi cerita mengenai orang atau syarikat tertentu yang telah membuat sesuatu yang hebat.

Sudah tentu, sebagai pembaca, kita berharap dapat belajar sesuatu daripada kajian kes ini.

Bagaimana menggunakan formula ini?

Anda boleh berkongsi kajian kes pelanggan, menemubual seseorang, atau mungkin juga pembaca anda berminat dengan cerita tentang anda.

Jangan lupa untuk menyertakan hasil spesifik untuk menambah kredibiliti dan tarikan.


 

Formula Tajuk Artikel #4 :  Wujudkan Perbandingan (Yang Tidak Dijangka)

tajuk perbandingan

Anatomi formula ini berbentuk:

Mengapa [x] mengatasi [y]

Contoh:

  • Mengapa content marketing adalah lebih hebat dari pengiklanan? (Heidi Cohen)
  • Lego Adalah Pelaburan Lebih Baik Dari Saham Dan Emas (The Vocket)
  • Mengapa Anda Harus Membina Kepercayaan, Bukan Trafik (Convince & Convert)

Mengapa formula ini berkesan?

Kita semua perlu membuat pilihan dalam hidup.

Kita patut fokus beli rumah atau beli tanah? Kita patut minum kopi atau milo?

Perbandingan tajuk menjanjikan jawapan kepada mereka sukar membuat pilihan.

Formula ini berkesan untuk membangkang mitos, iaitu apabila kita ingin mencadangkan orang lain supaya memilih A, dalam situasi semua orang berfikir B adalah lebih baik.

Bagaimana menggunakan formula ini?

Apakah pilihan yang paling sukar pembaca anda perlu buat?

Gunakan formula ini untuk memberikan jawapan yang muktamad untuk perbahasan paling hangat dalam bidang anda.


 

Formula Tajuk Artikel #5 : Panduan

tajuk artikel panduan

Anatomi formula ini berbentuk:

Panduan [kata sifat] untuk [topik khusus]

Contoh:

  • Tutorial Membina Fail Robots.txt Untuk Laman Web & Blog (Prospek Digital)
  • Panduan Memulakan Bisnes Untuk Mengelakkan Anda Berhutang (Majalah Niaga)
  • Panduan Buat Bakal Jemaah Haji Dan Umrah Jika Tersasar Arah Di Masjidil Haram (The Vocket)
  • Panduan Lengkap Untuk Solat Jenazah Beserta Doa (Sirap Limau)
  • 15 Panduan Ringkas dan Adab Dalam Kenduri Kendara (Hasrul Hassan)

Mengapa formula ini berkesan?

Formula panduan adalah satu kaedah yang sudah klasik, tetapi anda harus berhati-hati dalam mengungkap kandungan dalam panduan anda.

Gunakan perkataan diluar kebiasaan dan jadikan sesuatu topik itu lebih spesifik.

Ini dapat mengelakkan ia kedengaran sama dengan panduan-panduan lain yang sudah banyak bertaburan di internet.

Bagaimana menggunakan formula ini?

Yang mana masalah Pembaca anda boleh menyelesaikan?

Jangan cuba untuk menyelesaikan semua masalah dalam satu masa; sebaliknya cuba kecilkan topik anda sebaik yang mungkin.


 

Formula Tajuk Artikel #6 : “Memalukan, Kesilapan dan Kesalahan..”

tajuk-artikel-yang-memalukan

Anatomi formula ini berbentuk:

[Angka] [topik] Kesilapan Yang [membawa kepada kerosakan]

Contoh:

  • 10 Kesilapan Pembeli Yang Menyebabkan Pemaju Tidak Baiki Kerosakan Rumah (Majalah Niaga)
  • 5 Kesilapan Ini Melayakkan Resume Anda Dibuang Ke Bakul Sampah (The Vocket)
  • 7 Kesilapan Besar Yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak (Tudung Si Comel)

Mengapa formula ini berkesan?

Perkataan seperti kesilapan, kesalahan dan memalukan adalah perkataan berkuasa, sangat menarik perhatian manusia.

Kita semua takut membuat kesilapan bodoh, jadi senarai kesilapan akan menimbulkan rasa ingin tahu..

… dan menggalakkan kita untuk melihat sama ada kita telah melakukan perkara bodoh juga.

Ia menonjolkan bagaimana kita boleh membahayakan diri kita sendiri (kehilangan bisnes atau membuat keputusan yang silap)

Bagaimana menggunakan formula ini?

Fikirkan tentang pembaca anda dan kenalpasti apa kesilapan yang biasa mereka buat.

Atau kongsikan tentang kesilapan yang pernah anda lakukan.

Pastikan post anda juga menjelaskan bagaimana untuk melakukan perkara yang betul mengenai topik tersebut.


 

Formula Tajuk Artikel #7 : Senarai

tajuk-artikel-senarai-vocket

Anatomi formula ini berbentuk:

[Angka] Cara [kata sifat] untuk [mencapai sesuatu yang spesifik]

Contoh:

  •  9 Tip Kenali Lelaki Baik Untuk Dibuat Calon Suami (The Vocket)
  • 21 Taktik SEO Yang Terbukti Berkesan Anda Boleh Lakukan Sekarang (Backlinko)
  • 7 Trends Defining the Future of Content Marketing (Vivipins)
  • 9 Sebab Wanita Rasa Macam Orang Gaji Di Rumah Sendiri (Sirap Limau)
  • 17 Nota Penting Untuk Melepaskan Masa Silam Dan Move On (Aku Islam)

Mengapa formula ini berkesan?

Sudah bosan menulis artikel bersifat senarai?

Sila fikirkan kembali.

Post berbentuk senarai terus menerus mendominasi carta artikel yang popular.

Sebagai contoh; artikel The Vocket; 9 Tip Kenali Lelaki Baik Untuk Dibuat Calon Suami, menghasilkan perkongsian sosial yang sukar dipercayai iaitu sebanyak 206.4K facebook share..

… menjadikan ia sebagai post paling popular di laman tersebut!

artikel viral

Bagaimana menggunakan formula ini?

Tips yang mana boleh membantu pembaca anda?

Penyelesaian pantas yang mana  boleh menyelesaikan masalah pembaca anda?

Ada beberapa fakta menarik yang berbaloi untuk dikongsi?

Jangan menulis post ringkas.

Sebaliknya, masukkan tips tertentu yang membolehkan pembaca lakukan dengan segera.

Untuk menambah tarikan, masukkan kata-kata yang mencuit emosi dalam tajuk blog seperti terbukti, licik, kebaikan, kasih sayang, atau kebenaran.

Penggunaan nombor yang tinggi juga boleh membantu meningkatkan perkongsian sosial.


 

Formula Tajuk Artikel #8 :  “Rahsia Untuk”

menulis tajuk artikel yang menarik dan berkesan

Bagaimana anatomi formula ini?

Rahsia untuk [mencapai sesuatu yang spesifik]

Contoh:

  • Rahsia Mendapatkan Perhatian Pembaca Blog (Zulhilmi Zainuddin)
  • 8 Rahsia Untuk Mengekalkan Persahabatan  (Aku Islam)
  • Gadis Ini Dedah 7 Rahsia Travel Ke Seoul Dengan Bajet RM1000 (The Vocket)
  • 8 Resepi Rahsia Kejayaan Secret Recipe (Majalah Niaga)
  • Rahsia Kedai Online Ini Mendapat 100,000 Likers Secara Organik Dalam Masa 4 Bulan (The Vocket)

Mengapa formula ini berkesan?

Taktik sudah lama digunakan oleh kebanyakan penulis, tetapi terbukti ia masih berkesan.

Kita hidup dalam dunia yang memberi jawapan segera.

  • Hendak tahu bagaimana untuk membaiki tayar pancit?
  • Cara membuat formula dalam Excel?
  • Bagaimana mengecilkan imej menggunakan photoshop?

Kita google soalan tersebut dan mendapat jawapan segera.

Sebagai blogger, kita adalah mentor kepada pembaca kita.

Permudahkan hidup orang lain dengan menyediakan jawapan mendalam dan berguna untuk membantu pembaca belajar perkara baru, dengan mudah.

Bagaimana menggunakan formula ini?

Formula ini memanipulasi sikap manusia yang sentiasa mencari rahsia sesuatu perkara sebagai jalan pintas untuk berjaya, lebih bijak, kaya dan berpengaruh.

Biasanya formula ini berkesan untuk subjek yang orang sangat peduli seperti kekayaan, bisnes, anak, cinta dan sebagainya.

Anda nampak ideanya disini.


 

Formula Tajuk Artikel #9 : “Mengapa..”

mengapa

Anatomi formula ini berbentuk:

Mengapa [fakta mengejutkan]

Contoh:

  • Mengapa Kita Harus Lupakan Untuk Nampak Baik Dan Sopan? (Aku Islam)
  • Ini Sebab Mengapa Sebuah Helmet Arai Boleh Mencecah Harga Ribuan Ringgit (The Vocket)
  • Mengapa Perniagaan Kecil Mesti Bermula Dengan Blog (Majalah Niaga)
  • Mengapa Semakin Banyak Membaca, Semakin Kurang Anda Faham? (Inche Naim)
  • Kenapa Anda Benci Menulis? (Copy Blogger)

Mengapa formula ini berkesan?

Kita semua mahu memahami sesuatu perkara dengan lebih lanjut.

Mengapa kanak-kanak bertanya soalan-soalan seperti mengapa hijau rumput? Mengapa orang jatuh sakit? Mengapa air basah?

Bagaimana menggunakan formula ini?

Formula ini hanya berkesan apabila anda berjaya membuktikan sudut pandangan mengejutkan dalam post anda.

Sebagai contoh: Mengapa Kita Harus Lupakan Untuk Nampak Baik Dan Sopan.

Bukan kah ia sesuatu yang janggal untuk berfikiran sebegini?


 

Formula Tajuk Artikel #10 :  “… Sebab Mengapa..”

sebab-mengapa

Anatomi formula ini berbentuk:

[Angka] Sebab Mengapa [Fakta Mengejutkan]

Contoh:

  •  7 Sebab Mengapa Kerja Di Luar Negara Bukan Untuk Orang Pandai Sahaja ( The Vocket)
  • 3 Sebab Mengapa Penulis Hebat Suka Bekerja Secara Bersendirian (Copy Blogger)
  • 10 Sebab Mengapa Rekod Sistem Perakaunan Penting Di Dalam Bisnes (Majalah Niaga)
  • 5 Sebab Mengapa Kereta Anda Bergegar (Siakap Keli)
  • 9 Sebab Anda Kerap Sembelit Dan Cara Mengatasinya (Sirap Limau)

Mengapa formula ini berkesan?

Formula ini berkuasa kerana ia menggabungkan senarai (nombor adalah menarik perhatian) dengan alasan atau bukti mengapa sesuatu fakta yang mengejutkan itu adalah benar.

Bagaimana menggunakan formula ini?

Jika anda mempunyai satu sebab yang besar, gunakan formula tajuk #9 sahaja.

Tetapi jika anda mempunyai banyak sebab untuk dibuktikan, maka gunakan variasi ini untuk menjana lebih perkongsian.

Anda boleh menggunakan formula ini untuk membangkitkan sedikit kontroversi, meningkatkan komen dan perkongsian sosial.

Apa yang penting anda harus menggunakan hujah yang baik dalam artikel anda.


 

Formula Tajuk Artikel #11 : Gabungan Dua Formula

gabungan dua formula menulis tajuk artikel

Anatomi formula ini berbentuk:

Bagaimana untuk [menyelesaikan / mencapai ini] : [angka] langkah atau tips

Contoh:

  • Pemaju Gagal Baiki Kerosakan Dalam Tempoh Waranti: Ini 10 Langkah Untuk Pembeli (The Vocket)
  • Anak Selalu Kencing Malam? Cuba Lakukan 7 Langkah ini mengatasinya. (Sirap Limau)
  • Langkah Awal Sebelum Memulakan Bisnes – 3 Tip Mahal (Majalah Niaga)
  • Bagaimana Untuk Mengatakan Tidak: 4 Kaedah Daripada Pro (Todoist)

Mengapa formula ini berkesan?

Gabungkan dua formula tajuk yang paling popular, iaitu formula bagaimana-untuk dan formula senarai untuk mencipta sebuah tajuk yang super efektif.

Bagaimana formula ini boleh berkesan?

Ia berkesan dengan sangat baik kerana pembaca sudah mendapat bayangan apa yang mereka akan belajar dalam beberapa patah perkataan pertama.

Bagaimana menggunakan formula ini?

Formula ini mempunyai dua bahagian.

Untuk bahagian pertama formula ini, mulakan dengan menulis tajuk bagaimana-untuk yang super pendek.

Tonjolkan masalah utama yang pembaca anda sedang hadapi.

Kemudian rumuskan dengan sebeberapa banyak tips yang anda akan kongsikan dalam bahagian kedua dalam formula ini.


 

Kepercayaan Diperolehi Apabila Anda Berjaya Melaksanakan janji

Sentiasa hormati pembaca anda.

Ramai yang salah anggap bahawa formula untuk menulis tajuk artikel yang menarik adalah dengan menggunakan perkataan yang penuh hiperbola dan terlalu hype.

Dengan kata lain, ia adalah clickbait.

Tulis kandungan artikel yang benar-benar menyampaikan janji dan realistik sebelum mencipta sesuatu tajuk yang bombastik.

Jika anda gagal melaksanakan janji seperti yang diwar-warkan dalam tajuk, maka pembaca tidak akan mempercayai anda lagi selepas ini.

Dan kemahiran menulis tajuk yang menarik bukanlah sukar.

Kemahiran ini boleh dipelajari oleh sesiapa pun, tidak kira peringkat usia.

Apabila tajuk anda menggunakan formula yang telah terbukti dan menyelesaikan masalah pembaca, anda akan lihat trafik anda meningkat.

Itulah bagaimana anda menjadi seorang yang mempunyai authoriti dalam bidang anda.


Semoga artikel ini membantu anda menulis tajuk dengan lebih baik! :)

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

13 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Mawar Melati
4 tahun yang lalu

Terima kasih …sangat bermakna saat ketandusan idea

Tusin
4 tahun yang lalu

Artikel yang sangat bermanfaat untuk saya yang baru belajar membina blog. Terima kasih Cikgu.

Azlina
Azlina
5 tahun yang lalu

terimakasih perkongsian nya.

azli
azli
5 tahun yang lalu

Jazakallah IncheNaim.Artikel yang sangat berguna terutama bagi saya yang baru nak berjinak-jinak dalam penulisan blog.

mariam
5 tahun yang lalu

terima kasih banyak. ilmu ini sangat berguna kepada saya yang baru dalam bidang penulisan. penerangan dari cikgu naim sangat jelas dan senang difahami..

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading